27 Disember 2012

Cuka Epal

Assalamualaikummm....

Selamat hari Khamis semua! Selamat bekerja dan selamat bermalas-malasan di tempat kerja seperti diriku ini. Hahaha.. Malas2 tapi kerja dah siap takpe ye. Jangan kerja tak siap tapi dah malas. Bahaya tu. Nanti tak dapat anugerah cemerlang pulak. hahaha. Bila kemalasan datang, mula lah rasa nak share satu petua yang baru mula aku amalkan. Petua ni memang bagus untuk orang yang dalam tempoh berdiet (macam aku yang berisi comel gemuk gedempol ni). Sekarang aku baru start minum CUKA EPAL. Cara2 nak minum senang je, amik satu sudu cuka epal tu, then campur dgn sedikit air suam, korang boleh letak air suam tu dalam 1/3 cawan, lepas tu dah boleh minum. Kalau nak minum cuka epal tu begitu sahaja pun boleh. Lebih pure lah rasanya.



CUKA EPAL memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai bahan tonik kesihatan oleh orang-orang Greek di Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Antara Khasiat CUKA EPAL:

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alergi(disebabkan binatang kesayangan, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar 
kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.

4. Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan 
daging untuk menguatkan tulang.

5. Kaya dgn Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk 
kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.

6. Kaya dgn Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel 
tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan memudakan kulit.

7. Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman , bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.

8. Mengimbang kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan 
himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.

Takyah beli produk mahal2. Beli je cuka epal ni. Harga sangat murah! Tak sampai RM20 pun. Nak dapatkan pun senang. Cari je kat mana2 pasaraya, booth jual kurma ke. Mesti ada. Amalkan setiap hari, insyaAllah.

~Sharing is caring~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan