19 Jun 2013

Aqil demam

Assalamualaikum!

Harini mood tak berapa fully sangat. Bukan takde mood rasa nak marah orang bagai tu, tapi mood kurang sikit sebab Aqil demam. Harini hari kedua dia demam. Semalam dah bawak pergi klinik. Klinik biasalah. Kat pakar kat Desa Melawati tu. Memang terkezut gile la aku sebab PAED tu tunjuk kat aku tekak Aqil. Ia adalah tonsil. Besar ok kali ni. Kitorang memang dah faham sangat Aqil kalau tak sihat, comfirm punca dari tonsil. Tapi kali ni lain macam sikit, takde apa2 tanda macam selsema ke batuk ke, tetiba dia terus demam je.

Anak kitorang kalau demam tak sama macam anak2 orang lain, yang boleh dibagi makan kotal je. Pastu makan ubat demam, dah baik. Anak kitorang? No! Dia perlu perhatian yang sangat2 ketat. Kena sentiasa kawal suhu dia supaya tak naik. Sebab Aqil ni kalau demam memang lain macam. Suhu dia naik memang mendadak. Jadi dia perlu perhatian supaya perkara2 lepas tak berulang. Kami dah serik! Dan mohon pada Allah jangan beri dugaan tersebut kepada kami lagi. Cukuplah.

Semalam seharian aku yang jaga dia. Alhamdulillah ok. Cuma suhu dia kejap ok kejap tak ok. Bila tak ok tu, terus naik mendadak. Terus risau. Tapi try control supaya tak gelabah. Then malam tadi dah ok, suhu semua dah normal. Elok dah main bagai. Banyak cakap. Tapi pukul 1.30 pagi, tetiba badan dia rasa panas balik. Tapi dia lena lah tidur, tak meragam. Tapi kita lah yang tak lena tidur dibuatnya.

Harini minta incik suami cuti jaga dia pulak. Tak taulah mana silapnya tetiba dia boleh demam. Semoga Aqil cepat sembuh ok. Sekarang lagi membuatkan aku risau sebab Khamis depan kitorang bakal travel lagi. Harap Aqil ok lah. Aqil ni jenis tak boleh berubah angin. Kalau berubah angin, pasti akan demam. Tapi aku harap dia akan ok. 

Seronok bila tengok orang lain senang je bawak anak jalan sana sini, mandi kolam lah laut lah sungai lah. Pastu anak tak jadi apa2. Tapi takpe, ni semua dugaan buat kami. Tak susah pun. Cuma susah hati je. Allah takkan menguji kita jika kita tak mampu nak hadapinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan