14 Jun 2013

Masih menanti

Sedar tak sedar dah 3 minggu berlalu setelah aku terima keputusan yang gembira dari SPA. Tapi sampai harini aku masih menanti surat dari SPA/JPA untuk penempatan. Bilakah? Eh.. kenapa tetiba aku ni. Tak sabar ke? Mungkin juga..

Bukan tak sabar nak tinggalkan tempat kerja sekarang, tapi tak sabar nak tau aku dapat kat mana nanti. Best ke tempat baru tu nanti? Jauh ke? Kementerian ke Jabatan? Ada ke kawan2 yang best? Ada ke kawan2 yang sekepala macam kat tempat sekarang? Semua tu bermain2 je kat minda. Tapi sebenarnya aku tak kisah. Cuma berharap jugak la tempat baru tu best.

Jumaat lepas aku ada call SPA, dia kata surat penempatan memang dah keluar, tunggu nak pos je. Tapi still takde lagi sekarang. Jauh ke nak hantar surat2 tu? Padahal alamat aku kat rumah Putrajaya je pun. Sekangkang kera je pun kalau posmen nak hantar. Mungkin terlalu banyak ke, so dia sorting ikut kawasan kot. Sedapkan hati sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan