13 September 2013

Semoga aqil cepat sihat

Semalam (Khamis) aku MC. Sebab demam. Hari Rabu malam memang dah pegi klinik. Pastu masa doc tanya nak MC tak? Aku selamba boleh jawab taknak. Konon2 bajet esok pagi ok lah ni. Last2 tidak sama sekali. Masih demam lagi. Tapi still boleh bangun lah kan.

Ikutkan hati nak je pegi keje. Tapi mengenangkan aqil pulak tak bape sihat. Badan dia dah start deda2. Aduhhh risau ni. Terus lah aku amek keputusan nak MC je. Pegi balik klinik yang aku pegi malam tu minta MC. FOC ok. Baik betul klinik tu. 

Pagi semalam jugak aku bawak aqil gi klinik desa melawati tempat biasa bawak dia tu. Seperti biasa tonsil bengkak. Punca demam dia lah. Doc bagi antibiotik.

Malam tadi dia lena je tidur. Cuma mak ngan bapak dia lah tak lena tidur. Setiap 4 jam cek suhu dia. Risau kan. Aqil ni tak boleh biar suhu dia naik tinggi. Bahaya.

Harini kitorang pegi keje macam biasa. Tapi dah plan awal2 nak half day je arini. Nak jaga aqil. Nanti tengah hari kang kitorang balik lah. Aku pun dah minta kebenaran nak balik awal.

Ikutkan harini kitorang nak ke PD. Ofis incik suami ada buat kursus + family day. Family day saje je diselitkan sekali supaya boleh bawak family. Kat sana 3hari 2malam. Tapi nak tengok keadaan aqil dulu macam mana. Kalau tak pegi arini, esok pagi baru kitorang gerak pegi PD.

Incik suami kata kalini ada gak cabutan bertuah. Hadiah pun best2 gak katanya. Banyak percutian. Dan voucher. Mari lah kita terjah. hihihihi.

Semoga aqil cepat sihat ye sayang. Boleh kita spend time cuti sama2 weekend ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan