17 September 2013

Weekend MiniVacation


Kembali bersiaran.
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia! 

Semalam cuti hari malaysia. Kalau time cuti mesti lah seronok. Dapat duduk rumah ngan family terutama dapat luangkan masa dengan anak kan. Semalam jalan2 area KL je. Tengahari attend wedding kat Semarak. Petang bawak Aqil pergi jalan2 kat Festival City. Biasalah aku ni. Kalau tak pegi jalan2 dan membeli apa2 time cuti, memang tak sah. It's me!

Minggu lepas aqil demam kan. Alhamdulillah sekarang dah ok. Syukur. Hari Khamis tu aku terpaksa amek MC tuk jaga aqil tambahan pula aku pun demam gak time tu. 

Hari Jumaat aku kerja macam biasa. Tapi minta balik awal. Sebab plan nak gi PD. Tapi terpaksa tangguhkan keesokan harinya sebab suhu badan aqil still turun naik lagi. Jadi kitorang risau lah nak bawak dia. Tambahan pula ari Jumaat tu KL hujan. Jadi kalau nak gerak gak petang tu comfirm2 lah jem jalan kan. So takyah lah. Rilex dulu lah kat rumah.

Tujuan kitorang nak pegi PD ni sebab ofis incik suami ada buat kursus tuk staf2 + ada family day sekali. 

So, hari Sabtu pagi2 kul 7 kitorang dah keluar rumah dah. Masa tu alhamdulillah suhu aqil ok, terkawal. Bagi dia ubat siap2 sebelum gerak. Jalan lancar je pagi2. Cepat lah sampai kan. Kul 8.30 gitu dah sampai dah Glory Beach Resort, PD.

Incik suami terus pergi kelas, kitorang anak beranak duduk diam2 kat bilik je. Berehat2. Aku dok kat bilik tu just pantau suhu aqil. Setiap 5-6 jam bagi dia makan ubat supaya suhu tak naik.

:: View dari koridor apartment kami ::
Kitorang kat sana dapat apartment 3 bilik. Sekali ngan BFF incik suami, abang zali. 

Tengahari time kelas rehat, incik suami ajak kitorang pegi lunch kat cafe hotel. Makanan ok2 lah. Makanan hotel biasa lah kan. Semua tempat hampir sama je. Lepas siap makan, aqil ajak pegi swimming pool. Sebab swimming pool tu betul2 sebelah cafe. Jadi tak boleh nak elak lagi lah. Nak mandi tak boleh. Jadi duduk tepi2 je lah. Kang klu kasi mandi lagi melarat pulak demam + kene semput pulak. Kami serik!

:: Suka sangat ::


:: Mak bapak dok tepi memerhati ::


:: Aqil lah tu ajak bergambo kat situ ::

:: Aqil takut ngan turtle tu ::

Lepas dah bawak aqil jalan2 kat bawah, kitorang balik bilik semula. Sebab incik suami nak rehat2 jap. Kul 2.30 kelas start balik sampai kul 4.30pm. Aqil dok kat bilik tidur je dia. Pastu tetiba kul 4.00 pm suhu dia naik tinggi. Aku dah risau gila dah. Aku masukkan ubat bontot. Pastu jelum dia. Nasib baik ok takde apa2  yang tak diingini berlaku. Legaaaaa. 

Petang tu kira kelas yang terakhir lah. Lepas tu dah bebas. Petang tu cuaca elok sangat. Jadi jom lah kita ronda2 kat pantai. Pantai dia tak berapa cantik. Nak mandi pun kene pikir 18 kali.


Ada aktiviti melepaskan penyu pada kul 8pm tapi tak berkesempatan nak bawak aqil tengok turtle dilepaskan. InsyaAllah lain kali ye sayang. 

:: Bapak dan anak, anak yang geli dengan pasir ::


:: Tak cantik kan pantai dia ::


Seronok dapat spend time bersama family. Ini kire mini vacation kami lah. Next month insyaAllah JB dan Singapore pulak. Dah lama tak pegi Singapore ni. Plan nye kitorang akan beraya haji di JB dan Singapore.

Malam kul 8.30 pm pulak ada BBQ dinner. Ada cabutan bertuah lagi. Yeay! Pastu ada karoke. Aqil malam tu alhamdulillah ok. Happy dia malam tu. Siap naik2 atas pentas bagi cenderahati kat orang. Pastu ayah karoke atas pentas pun dia ikut sebagai penari latar. Hehehe.

:: Buah kelapa ni lah yang aqil bawak naik pentas bg org nyanyi ::



:: Sesi ayah nak karoke ::

Malam tu rezeki kami murah. Kami dapat hadiah lucky draw lagi. Percutian ke Penang pulak. Alhamdulillah. Syukur.

:: Syukur ::
Tak tau lah bila pulak nak pegi ni. Haritu menang percutian ke Bukit Merah Laketown Resort pun belum decide nak pegi ke tak. Tapi rasa cam taknak. Penang ni cmfrm lah aku nak. Syorga makanan. Hahahaha

Balik dari dinner ni, dah siap2 tukar baju, basuh2 kaki tangan aqil, dia tidur lena sampai pagi. Esok kul 7 lbh dah kejutkan dia. Sebab kita ada aktiviti family day pulak. Sukaneka!



Orang bizi sukaneka, kita bizi bergambor. Hihihihi.

Tengahari kul 11 gitu kitorang dah checkout. Terus gerak balik KL. Ehhh tapi sebelum sampai umah tu sempat lah singgah makan tengahari dulu kat Cheras. Menu masakan kampung. Ikan patin tempoyak lah! Nyummsssssssssss.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan