19 Jun 2013

Aqil demam

Assalamualaikum!

Harini mood tak berapa fully sangat. Bukan takde mood rasa nak marah orang bagai tu, tapi mood kurang sikit sebab Aqil demam. Harini hari kedua dia demam. Semalam dah bawak pergi klinik. Klinik biasalah. Kat pakar kat Desa Melawati tu. Memang terkezut gile la aku sebab PAED tu tunjuk kat aku tekak Aqil. Ia adalah tonsil. Besar ok kali ni. Kitorang memang dah faham sangat Aqil kalau tak sihat, comfirm punca dari tonsil. Tapi kali ni lain macam sikit, takde apa2 tanda macam selsema ke batuk ke, tetiba dia terus demam je.

Anak kitorang kalau demam tak sama macam anak2 orang lain, yang boleh dibagi makan kotal je. Pastu makan ubat demam, dah baik. Anak kitorang? No! Dia perlu perhatian yang sangat2 ketat. Kena sentiasa kawal suhu dia supaya tak naik. Sebab Aqil ni kalau demam memang lain macam. Suhu dia naik memang mendadak. Jadi dia perlu perhatian supaya perkara2 lepas tak berulang. Kami dah serik! Dan mohon pada Allah jangan beri dugaan tersebut kepada kami lagi. Cukuplah.

Semalam seharian aku yang jaga dia. Alhamdulillah ok. Cuma suhu dia kejap ok kejap tak ok. Bila tak ok tu, terus naik mendadak. Terus risau. Tapi try control supaya tak gelabah. Then malam tadi dah ok, suhu semua dah normal. Elok dah main bagai. Banyak cakap. Tapi pukul 1.30 pagi, tetiba badan dia rasa panas balik. Tapi dia lena lah tidur, tak meragam. Tapi kita lah yang tak lena tidur dibuatnya.

Harini minta incik suami cuti jaga dia pulak. Tak taulah mana silapnya tetiba dia boleh demam. Semoga Aqil cepat sembuh ok. Sekarang lagi membuatkan aku risau sebab Khamis depan kitorang bakal travel lagi. Harap Aqil ok lah. Aqil ni jenis tak boleh berubah angin. Kalau berubah angin, pasti akan demam. Tapi aku harap dia akan ok. 

Seronok bila tengok orang lain senang je bawak anak jalan sana sini, mandi kolam lah laut lah sungai lah. Pastu anak tak jadi apa2. Tapi takpe, ni semua dugaan buat kami. Tak susah pun. Cuma susah hati je. Allah takkan menguji kita jika kita tak mampu nak hadapinya.

14 Jun 2013

Masih menanti

Sedar tak sedar dah 3 minggu berlalu setelah aku terima keputusan yang gembira dari SPA. Tapi sampai harini aku masih menanti surat dari SPA/JPA untuk penempatan. Bilakah? Eh.. kenapa tetiba aku ni. Tak sabar ke? Mungkin juga..

Bukan tak sabar nak tinggalkan tempat kerja sekarang, tapi tak sabar nak tau aku dapat kat mana nanti. Best ke tempat baru tu nanti? Jauh ke? Kementerian ke Jabatan? Ada ke kawan2 yang best? Ada ke kawan2 yang sekepala macam kat tempat sekarang? Semua tu bermain2 je kat minda. Tapi sebenarnya aku tak kisah. Cuma berharap jugak la tempat baru tu best.

Jumaat lepas aku ada call SPA, dia kata surat penempatan memang dah keluar, tunggu nak pos je. Tapi still takde lagi sekarang. Jauh ke nak hantar surat2 tu? Padahal alamat aku kat rumah Putrajaya je pun. Sekangkang kera je pun kalau posmen nak hantar. Mungkin terlalu banyak ke, so dia sorting ikut kawasan kot. Sedapkan hati sendiri.


07 Jun 2013

Dah Mula Rasa.......

Sedar tak sedar dah beberapa bulan kami 3 beranak menumpang tinggal di rumah mak mertua aku. Selama tinggal kat rumah mak, aku lah yang paling dekat pergi kerja. Laki aku terpaksa ulang alik KL- Putrajaya. Memang lah aku best ulang alik pergi opis dekat. Tapi................................

Aku sebenarnya tak selesa lah menumpang rumah orang. Even tu family incik suami sendiri. Kita dah kahwin ni comfirm lah nak keselesaan dan kebebasan sendiri di rumah sendiri kan. Bila dok rumah orang ni, kita sebagai 'penumpang' sementara ni mesti ada rasa kurang selesa tersebut. Tapi pejamkan mata je. 

Maklumlah aku ni dah jadi bini dan mak. Mesti lah nak buat itu ini. Tapi bila kat rumah orang, sume tu aku jadi tak biasa buat. Aku tau balik keje je, aku duduk je tanpa buat apa2. Fuhh..bosan bosan. Aku dah mula rasa rindu nak balik rumah kitorang. Melalui kehidupan seharian seperti dulu. Sekarang tak sama macam dulu. Memang serius family mertua aku sangat sangat ok. Tapi aku sendiri je yang rasa kurang selesa menumpang.

Tapi sekarang aku terpaksa hadapinya. Sementara nak bagi Aqil betul2 ok. Kami dah ada risik2 gak kat makcik kat blok kami tu tuk jaga Aqil. Makcik tu pun duduk rumah je. Tak ada mengasuh sape2 pun. So kalau dapat dia jaga Aqil, insyaAllah kami akan balik tinggal kat Putrajaya semula. Kalau makcik tu dapat jaga Aqil, memang aku seronok lah. Sebab dia akan jaga Aqil sorang je. Maklum lah Aqil sekarang kene pantau betul2. Setiap hari pagi dan malam Aqil kena pakai inhaller. So kami kena cari pengasuh yang boleh fokus jaga Aqil seorang. Kalau yang mengasuh ramai2 ni susah sikit tuk fokus kan. 

Semua ni demi Aqil. Aku tak kisah. Yang penting, Aqil mesti sentiasa sihat. Itu je! Nasib baik aku dapat mertua yang sangat ok. Memahami. Boleh membantu jaga Aqil. Kalau tak, tak taulah macam mana kan. Yang penting, mertua aku sangat penyayang. Diorang tak pernah beza2 kan antara anak dan menantu. Semuanya dapat kasih sayang yang sama rata. Aku sangat bersyukur. Sekarang baru aku betul2 dapat merasa kasih sayang sebuah keluarga yang sempurna. Begitu indah rasanya. Terima kasih YaAllah.