21 April 2014

Tak sabar!

Minggu lepas hari Jumaat, aku kena pergi KK Presint 3 minum air gula. Dalam kul 10 pagi gitu dah setel dah pun. Tapi memang rasa malas betul nak masuk ofis. Lepas je habis amek darah semua, aku balik rumah kat Putrajaya dulu, basuh baju. Maklumlah KL kan kena catuan air. Dah setel jalankan mesin, aku keluar pergi Taman Equine Seri Kembangan.

Memang dah lama plan nak ke Jusco Taman Equine tu pastu nak jalan2 kat area sana cari kedai perabot. Akhirnya Jumaat tu dapatlah aku pergi sorang2. Best. Baru bebas nak jalan and shopping. Kat Jusco tu aku beli barang2 baby je. Round2 bagai lah. Keluar dari JJ tu kononnya nak cari lah kedai perabot berhadapan JJ tu, tapi macam tak jumpa je. Ada je jumpa kedai perabot, tapi macam tak best je. Pastu kawasan tu pulak susah gila nak dapat parking. Ahh terus rasa malas lah!

Dengan rasa kecewa dan tak puas hati, terus la memandu untuk pergi Bangi pulak. Cehh ayat skema memandu. Hahaha.

OTW drive tu kepala berputar je kat mana lah aku nak cari perabot yang berkualiti tahan lama cantik semua lah. Tetiba dah dekat ngan pasar borong Selangor tu aku nampak ada Valencia. Pastu boleh pulak ada papar besar2 kat situ SALE! SALE! 50%! Kau gila taknak singgah? Aku singgah lah! 

Masuk2 je, wahhhhhhhh. Memang perabot dia cantik2 dan menepati citarasa aku. Yes! Tapi aku tak terus beli ye. Sebab aku masih beringat, aku ada laki lagi. Kang beli2 tanpa persetujuan bersama, tak best gak kan. Sebab dah beli nanti sama2 dok rumah mana tau laki aku tak berkenan ke. Tapi serius murah2. Sofa besar gedabak dari 3k++ jadi 1k++ je. Serius puas ati lah. Cuma kabinet tv je lah yang aku tak berapa ok sebab harga dia mak aiiiii mahal. Sofa memang ok lah beli kat situ.

Bila dah survey2 kat situ, aku pergi pulak Bangi. Konon2 ok kita survey harga2 perabot kat sana plak. Tapi takde yang menepati citarasa aku lah. Harga mahal tapi kualiti tak berapa lah bagi aku. Kat Valencia tu aku boleh tempah tukar warna ke, design ke. Memang aku suka lah. Pastu dalam masa 5tahun kalau sofa aku tu koyak ke patah ke, dorang boleh datang amek balik and jahit balik ke ganti kulit baru. Ye aku suka aku suka!

Dengan perasaan hampa jugak tak dapat beli perabot lagi, aku pun balik rumah Putrajaya sementara nak tunggu laki aku abis keje kul 6 lebih gitu. Tapi macam mana pun minggu ni aku mesti pergi balik Valencia tu. Aku akan beli gak. Tak kira! Aku dah kira bajet aku, memang ngam sangat ngan bajet aku. So tak boleh tunggu lagi.

Ikutkan hati nak pergi tengah hari ni. Kereta pun aku yang pegang arini. Tapi malangnya petang ni kul 3 aku ada checkup pulak. So tangguhkan la ke esok hari or lusa. Yang penting minggu ni! Tak sabar!

1 ulasan:

  1. ambi kin berjalan sungguh ye...teruja nak masuk umah baru kan...

    BalasPadam