16 Januari 2012

Sepetang di Putrajaya

Weekend yang baru lepas ni, kami tak kemana2 pun. Hari Sabtu balik Melawati sekejap, tak tidur sana pun. Petang balik Putrajaya. Ahad kami anak beranak tak kemana2. Duduk rumah je. Tiba2 petang bosan, jadi kami pun decide bawak si kecik jalan2 sekitar Putrajaya. Bawak dia naik motor ok. Memang dah pernah bawak dia naik motor. Tapi tak pernah lah dalam keadaan yang panas. Tetiba semalam petang dalam pukul 5.30 rupa2 nya cuaca kat luar panas terik. Tapi kami redah jugak lah bawak aqil pergi ke Jambatan Sri Gemilang rasanya nama jambatan. Jambatan yang dekat KPKT tu, sebelah bangunan Kementerian Wanita. Sape2 dok Putrajaya tau lah kan.. Heheheh... Saje2 je bawak dia lepak2 situ. Kami memang salu datang kat situ lepak2. Semalam bawak aqil main bola kat situ. Ramai jugak orang. Memang seronok lah si kecik tu. Termengah2 dia. Mana tak nya, dah lah cuaca panas, pastu dia pulak tak dok diam. 

:: Tengok tu, semangat nak sepak bola ::

:: Sampai keluar lidah tengok tasik tu ::

:: Ralik tengok apa la tu ::

:: Dah taknak pegi mana pulak ::

:: Yeah..sepak bola tu sepak! ::

:: Tengok ayah! ::

:: Bila dah penat ::
Rugi pulak rasanya tak bawak kereta mainan aqil datang sini. Kalau tak, boleh lah aqil memandu. Sebab time kat sini, dia asyik nak pergi dekat kereta mainan orang lain je. Tak malu betul anak teruna aku ni. Next time ada masa, mama bawak aqil datang sini lagi ye. Yang penting, this weekend the best! Mama dan ayah akan bawak aqil pergi bercuti ke Cameron Highlands. Wahh...tak sabar tunggu. Mesti best! Nanti saya update pasal bercuti di Cameron tu ye.

13 Januari 2012

Suatu Ketika Dahulu

Pagi2 ni suram je cuaca. Mendung je. Sungguh menyamankan. Walaupun tak dok kat kampung, suasana 2 3 harini sungguh menyamankan. Sebabnya cuaca mendung je. Hehehe... Takdelah panas macam selalu. Dan tetiba pulak saya teringat kenangan masa mula2 saya berada di sini. Mula2 saya masuk kerja kat sini dulu, saya dilantik sebagai Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS). Tetapi alhamdulillah rezeki saya, saya dapat jawatan PT (P/O) pulak kat sini, sehinggalah sekarang. Keadaan dulu dan sekarang sangat lah berbeza. Dulu mula2 masuk sini, saya tak kahwin lagi. Tapi sekarang saya dah kahwin. Hehehe.. Memang berbeza lah kan. Tetttt...... Bila dibelek2 saya jumpa gambar2 lama saya dengan kawan2 SPS dulu. Rindu time tu!


:: Antara kawan2 rapat saya ketika itu ::

:: Khair! He's my best fren ::

:: Ketua kami pada masa itu, sporting kan..heheh ::








Bila ingat2 balik time ni, memang seronok. Sebab happy go lucky je sume! Sume sekepala. Tapi sume tu dah tinggal kenangan. Sebab semua dah berpecah. Sorang di sana, sorang di sini, sorang di situ, sorang di sinun. Tapi still keep in touch lah. Cuma tak boleh nak bersama-sama seperti dulu. Semua ada komitmen masing2. Lagipun moment ni semua berlaku masa sebelum saya ditukarkan ke Jabatan Penyiaran. Tapi sementara je di sana. Bila saya dapat jawatan PT ni, saya kembali ke sini semula. Tapi dah tak sama seperti dulu. 

12 Januari 2012

Kindergarden di Rumah

:: Muka konon2 tak semangat ::

:: Dah mula pegang n semangat ::

:: Tadaaa dah siap pasang ::

:: Tengok...dah melambak dah atas tu ::




:: Bila dah penat, rehat kejap ye. Macam orang besar cara duduknye ::

Senang dah mama nak buat apa2 kerja, sebab dia akan ralik bila dah mula duduk kat 'kindergarden'. Hehehe... Tapi kadang2 dia taknak gak main kat situ. Sebab aqil ni memang jenis tak excited dengan mainan. Ikut mood dia jugak. Dah tengok gambar, dan sekarang mari kita tengok video pulak. Video dia main sorang2 kat situ.


Teleng sikit lah ye kepala anda menonton video anak saya ni. Hehehe... Cukuplah setakat ni je blog saya hari ni. Lain kali saya sambung lagi lah. 


11 Januari 2012

Dosa Meninggalkan Solat

Semua orang yang mengaku beragama Islam sebenarnya sedara tentang kewajipan melakukan solat. Namun, ramai yang kesedarannya hanya bermain di hujung lidah sahaja. Tidak turun ke hati dan dizahirkan dengan perbuatan. Maka bukan suatu yang ganjil sekiranya kita dapati orang yang beragama Islam, namun gagal mendirikan solat. Mungkin kerana malas ataupun jahil akan akibatnya.

Sekiranya Islam itu diumpamakan sebagai rumah, maka tiagn yang menjadi tunjang kepadanya ialah solat. Demikianlah perumpamaan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan peri pentingnya solat dalam kehidupan beragama seseorang muslim. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud :"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama". (riwayat Baihaqi).

Justeru, sesiapa yang meninggalkan solat walaupun mengerjakan ibadah-ibadah yang lain seolah-olah memiliki rumah yang indah dan mewah, tetapi tidak mempunyai tiang yang kukuh untuk menjaminya kekal teguh. Maka, lama kelamaan rumah tersebut akan runtuh dan musnah menyembah bumi. Perumpamaan ini begitu signifikan sekali sekiranya dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam yang ada pada hari ini. Bukan sedikit yang meninggalkan solat walaupun tetap melakukan ibadah yang lain seperti menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Sebahagian mereka pula pada umumnya tidak meninggalkan solat, tetapi lalai serta alpa dalam mengerjakannya dengan kata lain suka melengah-lengahkan solat dan bersolat di akhir waktu. Sebahagian lagi walaupun mendirikan solat namun gagal untuk menumpukan hati dengan penuh khusyuk dan tawaduk ketika melakukan solat. Solat hanya menjadi rutin biasa dalam kehidupannya tanpa memberikan kesan yang positif kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bahkan, semakin hari mereka semakin jauh dari agama Allah SWT. Akhirnya, di atas kealpaan dan kelalaian ini, maka mereka digolongkan dalam neraka bersama dengan azab yang tidak terperi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (al-Maa'un:4-5). Allah SWT juga berfirman yang bermaksud : (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab : Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang. (al-Muddathir:43).

Meninggalkan solat merupakan dosa yang boleh menghampirkan seseorang itu dengan kekufuran. Ini adalah penghubung seseorang hamba kepada penciptanya. Sekiranya solat tidak dikerjakan, maka terputuslah hubungan dengan Allah SWT. Bukti seseorang itu masih beriman kepada Allah SWT ialah solat. Ini dapat dilihat dari firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku. Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku. (Taha:14). Bahkan, ada beberapa hadis yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh dianggap kufur sekiranya meninggalkan solat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a menyatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dengan kufur kepada Allah, ialah solatnya yang ditingglkan. (riwayat Muslim).

Hadis lain yang memperkatakan tentang kekufuran akibat meninggalkan solat dengan sengaja adalah : "Perjanjian antara kami dengan mereka itu adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya, maka kufurlah dia". Namun, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para ulama berhubung hukum meninggalkan solat dengan sengaja,sama ada kufur atau berdosa besar. Pandangan-pandangan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu :-

  1. Golongan pertama berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat secara sengaja, namun tidak mengingkari tentang kewajipannya dikira sebagai berdosa besar (fasiq). Tetapi dia tidak dianggap kafir. Sebaliknya, orang yang meninggalkan solat dalam keadaan dia menafikan kewajipannya akan dianggap sebagai kafir.
  2. Golongan kedua pula berpandangan bahawa meninggalkan solat secara sengaja atau malas boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, bukan berdosa besar. Justeru, orang yang meninggalkan solat itu perlu untuk mengucap kalimah syahadah semula dan bertaubat dengan dosa kekufuran tersebut. 
Daripada kedua-dua pandangan ini, pandangan pertama dilihat lebih tepat. Ini kerana, perkataan kufur atau kafir dalam hadis-hadis tersebut bermaksud melakukan dosa besar. Walaupun begitu, ini bukanlah bermaksud kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya. Ia tetap dosa besar dan boleh mengundang murka daripada Allah SWT. Solat yang ditunaikan secara sempurna seperti yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas penting kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Menerusi solat seseorang itu dididik dan dilatih agar sentiasa mengingati Allah, memperbanyakkan zikir, istiqamah dengan amalan soleh, berdisiplin dengan waktu, menjauhkan kemungkaran dan sebagainya. Pendek kata, dengan mendirikan solat dan menghayati makna di sebalik solat itu menjadi asas kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

05 Januari 2012

Pengalaman manis 2011

Terlupa pulak saya nak share apa pengalaman paling manis saya 2011. Terleka tatkala tahun 2012 menyapa. Tahun 2011 adalah tahun paling bermakna kepada saya kerana saya telah mengalami satu pengalaman yang tidak pernah akan saya lupa sampai bila2.

:: Saat mendebarkan dan juga teruja ::

Inilah dia pengalaman nya. Pengalaman melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel pada tanggal 02.02.2011. Gambar di atas adalah sehari sebelum melahirkan baby saya. Saya ditahan sehari sebelum melahirkan kerana saya dah overdue time ni. Dah seminggu overdue. Tapi tak induce ok. Masa ditahan ni jalan dah buka 3cm. Tapi takde rasa apa2 pun. Sampai doktor pun pelik kenapa saya tak rasa sakit. Masa bukaan mula buka 5cm, baru lah rasa sakit semakin kerap. Itu lah rezeki namanya kan. Dipermudahkan dalam urusan untuk melahirkan baby come saya tu. Alhamdulillah.. Syukur.

:: Usia aqil 2 minggu ::
:: Nyenyak benar pulak kan dia tidur time majlis cukur jambul ::
:: Alhamdulillah murah rezeki aqil ::
:: Yeay! mama dah habis pantang, aqil pun dah boleh kua jalan ::

Banyak sungguh kenangan manis tahun 2011 bersama hero sulung saya ni. Kalau nak share kat sini semua, tak cukup masa kot. Sekarang aqil saya ni dah pandai jalan. Yeay! mama dan ayah sangat gembira. Sekejap je rasa masa berjalan. Kurang sebulan dari sekarang anak saya bakal genap berumur setahun. Semoga anak mama sentiasa diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh dan menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Aminn...


:: Semangat betul dia nak drive kan ::

:: Walaupun dah 11bulan, kain dia tu tak boleh tinggal ye, di mana2 mesti ada ::

:: Time with ayah ::


:: Yeay! sekarang aqil dah pandai jalan! ::

Inilah antara ragam si kecik saya. Memang pengalaman terindah bila dah bergelar seorang ibu ni. Selamat tahun baru semua! Masuk tahun baru bermakna umur kita meningkat ke satu tangga lagi ye. Semoga perjalanan hidup kita diredhai Allah S.W.T.. InsyaAllah.

04 Januari 2012

Santau Merasuk

Rajin kan saya ni nak share2 pasal drama2 yang sedang ditayang di TV sekarang. Nak buat macam mana kan, kalau dah namanya peminat drama. Tapi ni 1st time ye saya nak share dan memberitahu semua yang saya sedang mengikuti drama Santau Merasuk slot Seram di TV3 setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Sejujurnya saya katakan drama2 slot seram TV3 yang sebelum2 ni memang tak pernah saya ikuti. Sebabbbbb saya tak berapa nak berani. Hehehe... Kira ni 1st time lah saya ikuti. Saya rasa tertarik nak ikuti episod seterusnya setelah menonton drama ni minggu lepas. 


Nak share sinopsis nya, tapi tak ketemu pulak bila dicari. Hehehe... Takpelah, kita tunggu je lah setiap episod yang akan datang ye. Tapi kan, esok rasanya incik suami akan outstation sampai hari Ahad, so saya tinggal berdua je lah dengan Aqil selama 4 hari. Berani ke ek saya nak tengok cerita ni esok. Hehehe.. Cuba2 lah.

Masak + Makan

Sepertimana yang telah kita semua sedia maklum pada hari Ahad lepas tibalah tanggal 01 Januari 2012! Selamat Tahun Baru semua! Macam mana sambutan tahun baru anda? Apa azam tahun baru anda? Ke manakah anda di malam tahun baru tu? Saya? Saya hanya duduk rumah je. Tak kemana2. Maklumlah dah ada anak kecik ni, memang tak kemana2 lah. Lagipun saya ni kalau dah dok rumah tu, memang liat lah pulak nak keluar rumah. Kami hanya tengok bunga api sempena sambutan tahun baru di kaca TV je. Memang nampak meriah. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia! Selama cuti 3hari, Sabtu, Ahad dan Isnin kami dok rumah je. Tak pergi mana2 pun. Hanya keluar bawa Aqil pergi jalan2 kat sekitar Putrajaya je. Bosan? Tak lah. Seronok melayan kerenah si kecik tu. Selama 3hari tu jugak lah dah tentu saya menjadi surirumah sepenuh masa. Hobi saya bila menjadi surirumah adalah mengemas rumah, memasak dan segala bagai berkaitan kerja rumah.. Hehehehe.... 

Saya ni memang suka masak, tapi tak berapa nak pandai. Tapi sekali sekala mencuba apa salahnya kan. Hari Sabtu tu saya masak biasa2 je sebab incik suami takde, dia terlibat dengan program Ambang 2012 di Dataran Merdeka. So, saya masak kari ayam je. Maklumlah nak makan sorang je kan. Menu hari Ahad pulak, saya sengaja cuba2 nak masak asam pedas ikan kerisi. Alhamdulillah menjadi. Bagi yang dah pandai masak, mesti cakap entah apa2, tu pun tak tahu masak. Takpelah saya sedar siapa diri saya. Hehehe.... Lihat lah hasil asam pedas ikan saya. 

:: The making ::

:: Tadaaaaa...dah siap ::

 Nampak sedap kan. Hmmm...boleh tahan lah rasanye. Tapi incik suami kata kurang asam jawa dan kalau boleh pekatkan sikit lagi. OK..saya terima kritikan tersebut. Nama pun percubaan. Hari Isnin pula percubaan pertama memasak paprik ayam. Memang sedap. Hehehe.. Tak sia2 saya cuba. Mari lihat hasilnye!

:: Nampak sedap tak? ::


Seronok bila dapat masak untuk keluarga. Bukan selalu kan. Maklumlah orang sibuk bekerja. Hehehe.. Konon2 sibuk je. InsyaAllah saya akan belajar lebih banyak lagi resipi lain. Bila dah menjadi isteri dan ibu ni wajiblah kena tahu masak kan. Kalau tak, habislah tonggang langgang rumah tangga. Takkan hari2 nak makan kat kedai kan. Nanti suami cari lain, baru padan muka. Lalalalalalla.... Wahai isteri2 sekalian yang tak suka @ tak pandai masak, sila lah ubah cara hidup anda sekarang. lalalalalalalalala..........