24 April 2013

APC 2012.

Alhamdulillah rezeki. Aku telah terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012. Sangat2 bersyukur dan tak sangka. Rezeki Muhammad Aqil Rizqin ni namanya. Rizqin = Rezeki. Aku terima dengan besar hati dan gembiranya. Terima kasih YaAllah.

Majlis APC KPKK telah diadakan pada 18.04.2013 di Istana Budaya. 1st time aku masuk IB ok! Bestt. Aku pulak dapat seat depan pentas gak. Aku dapat duduk baris keempat dari depan pentas. Jadi jelaslah mata aku ni tengok depan. Bertambah best lah kan. Tapi rasa sedih tu ada jugak lah untuk warga KPKK sebab time tu adalah kali terakhir menteri bersama ngan kitorang. Dr Rais Yatim lepas ni dah takde. Jadi lepas PRU-13 ni KPKK akan dapat menteri baru. Sapelah agaknya? Hehehe.. Tak perlu cerita banyak lah. Jom layan gambar di hari kejadian.

:: Ni kat screen kat pentas ::

:: Antara penerima dari JASA HQ ::

:: Persembahan dari koir KPKK & artis budaya IB ::

:: Ni lah menteri KPKK ::

:: Tu baju merah tu, Ketua Pengarah JASA. Adik-beradik Jalaludin Hasan ::

:: Terkedek2 aku tu. Malu! ::

:: Ceria tak kami ::

:: Riang ::




Borak kosong

Lega! Kenapa? Sebab kerja dah beransur kurang. Hahaha.. Boleh berfoya-foya online lah sekarang. Eh..bukan memang hari-hari ke aku berfoya-foya online. Apa nak cerita ekk arini. Macam takde yang menarik nak diceritakan je. Biasa-biasa je semua. Oh pasal rumah kami tu. Masih dalam proses. Lawyer kata paling cepat pun dalam masa 3 bulan nanti baru setel. Tak sabar nak duduk rumah sendiri. Walaupun tak besar mana, tapi kepuasan itu pasti!

Sekarang ni masih menumpang di rumah mertua. Keselesaan tu sudah pasti terhad. Yela nak terkangkang ke, nak menjerit ke, berlari ke, kuak lentang ke, memasak ke, mengemas ke semua terhad. Sekarang aku tau balik duduk je. Bosan ok! Aku nak balik rumah aku. Tapi buat masa ni tak boleh lagi. Setelah kami buat keputusan minta nenek nya yang jaga aqil, jadi tinggal la situ sementara. Tapi maybe bulan depan start nak balik rumah Putrajaya tu hujung minggu je. So, weekend boleh lah berehat2 dengan bebasnya di rumah sendiri. Dah lama tak main masak2, mengemas bagai. Rindunya nak buat semua tu!

Lagi apa ye. Oh! Impian aku bakal tercapai. Setelah bertahun-tahun mencuba. Akhirnya akan tercapai jugak. Kalau dah comfirm jawapannya nanti, kisahnya memang sama macam incik suami. Bila dah comfirm barulah aku up status FB n up entry ye. Sekarang ni biarlah rahsia dulu.

Aqil pula? Sekarang dia dah semakin banyak cakap dan banyak hal. Garang bukan main hero sorang tu. Duduk dengan nenek sekarang, asyik gaduh je ngan anis (cousin dia). Yang si anis tu pulak suka sangat nak cubit2 dia lah sakat dia lah. Aqil ni pantang betul, anis buat je dia, memang comfirm2 anis kena balik. Sampai menangis lah aqil buat. Gengster tau anak mama ni. Ngan mama pun dia garang gak. Anak oh anak. Jangan lah begitu sampai besar k. Tau lah awak tu lelaki, tapi jangan lah gangster sangat. Risau mama tau.

Tu je kot nak cerita. Entry pasal APC belum up lagi. Nanti aku cerita ye pasal APC. Biarlah dah basi pun. 

16 April 2013

Penatlah....

Banyak kerja! Penat. Waktu bizi dah tiba. Biasalah duduk kat Sumber Manusia, mulai bulan 4 comfirm bizi gila. Pergerakan gaji! Fuhh serius penat sekarang. Bukan pergerakan gaji je, tapi tambah pulak pemindahan JGMM tu nak rekodlah buat q8 lah. Pastu nanti bulan 7 pulak, kenaikan 1 tangga gaji lagi untuk semua penjawat awam. Huwaaaaaa.. Penatlah!

04 April 2013

Aku bahagia melihat dia bahagia

Past is past. Kini aku bahagia melihat dia bahagia. Kenangan lama tidak perlu diingat lagi. Semoga dia lebih bahagia berbanding dulu. Takde apa yang perlu diingat dan didendam lagi. Semua telah berlalu. Aku germbira melihat kegembiraan dia sekarang. Aku juga telah bahagia bersama keluarga aku kini. Tidak ada yang lebih berharga daripada keluarga aku. I love u suami and son!

Sekarang aku jadi kawan rapat kepada dia dan keluarga dia. Terima kasih dan maaf atas kesilapan lepas. Semua manusia tidak sempurna. Disebabkan kisah lepas, kita semua telah dan akan menjadi matang sekarang dan di masa akan datang. 

Semua orang berhak mendapat kebahagiaan. Tidak perlu dikenang perkara lalu. Bahagia sedang menanti anda. Semoga kita semua bahagia dengan kehidupan masing2. Dan semoga hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-bila. 

Salam bahagia sahabatku! Peace!

03 April 2013

Resepi aiskrim goreng

Assalamualaikum

Haritu ada terbaca kat mana tah pasal aiskrim goreng. Aku ni memang suka sangat aiskrim goreng ni. Kalau pergi makan kat luar, sebijik pun dah 2 ringgit lebih. Mahal kan? Baik buat sendiri lebih jimat dan yang penting boleh makan manyak2 sampai pengsan. Hahaha.. Bila aku share gambar2 aiskrim goreng tu kat IG dan FB, ramai yang tanya resepinya. Jadi di sini aku nak share resepinya yang sangat-sangat lah mudah.

Bahan-bahannya sangat2 lah mudah dan senang nak cari. Ada 3 benda je :-

1. Roti
2. Aiskrim
3. Cawan/bekas plastik yang berbentuk bulat permukaannya.

Cara-caranya pulak :-

1. Ambil sekeping roti dan letak sesudu aiskrim diatasnya (ikut anggaran masing2, asalkan aiskrim tu takkan terkeluar daripada roti tu nnt)
2. Kemudian, ambil sekeping lagi roti dan tutup atas aiskrim tersebut. 
3. Ambil cawan/bekas plastik tadi dan tekan kan di atas roti berisi aiskrim tu kuat2 sampai tertanggal tepi2 roti tu. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar.
4. Pastu masukkan dalam peti ais semalaman supaya ia beku.
5. Keesokannya dah boleh goreng. Pastikan minyak dipanaskan betul2, baru masukkan dalam kuali. Goreng sampai keperang-perangan. Dah siap! Boleh makan!

:: Sebelum dan selepas ::

Selamat Mencuba!

02 April 2013

Tak sangka! Terima kasih YaAllah

Harini aku dapat berita gembira yang tak disangka2. Patut lah haritu geng2 wasap group wasap ada cakap "korang takkan sangka sape yang dapat tu". Rupanya salah seorang daripada mereka adalah aku! Homaigod, rasa tak percaya. Syukur alhamdulillah. Inilah dinamakan rezeki. Berharap dengan rezeki ini, dapat lah jugak aku merasa jawatan tetap pulak. Apakah yang aku happy sangat tu? Hmmm... malu nak cakap. Hahaha.. Jangan tak percaya ye, aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun ni ok. Korang tak percaya, aku lagi tak percaya. Aku ni kat ofis, potpetpotpet je aku tau. Tapi kerja tak pernah tak siap lah. Semua ni rezeki. Aku baru 4 tahun je berkhidmat kat sini. Terima kasih YaAllah.

Bulan 3 dan 4 banyak berita gembira untuk aku. Dapat temuduga jawatan tetap, dapat beli rumah sendiri, dapat APC. Alhamdulillah. Syukur kepadamu YaAllah. Semua ini rezeki dariNya. Minggu depan aku ada interview jawatan tetap, aku berdoa dan berharap aku dapat lah jawatan tu. Semoga Allah memberi rezeki kepadaku. Amin. 

Aku taknak share benda2 ni kat FB. Sebab FB ramai orang baca, nanti nampak macam bongkak pulak. Cerita kat sini, dah pasti takde orang baca. Hahaha.. Hanya untuk kenangan aku je. Nanti akan2 datang boleh baca balik apa aku merepek kat sini.

Cerita Cerita Cerita

Assalamualaikum! 

Ceria2 ye pagi ni. Takmo masam2. Tak best lah. Kita kena happy selalu supaya hidup pun tenang dan ceria dan yang penting tu awet muda. Cehh! Oh lupa nak ucap selamat datang April. Ada yang dah terkena April fool ke semalam. Pelik aku mana datang lah istilah April fool tu. Whatever lah!

Pepagi saje nak bercerita. Sekarang aku, incik suami dan qiqil buat sementara ni menumpang dulu kat rumah nenek di Taman Melawati. Sekarang kami taknak hantar Aqil pada orang lain lagi. Nak bagi nenek jaga je. Memandangkan Aqil kan kena perhatian lebih. Jadi hantar kat nenek lebih ok lah. Hantar kat pengasuh bukan tak ok, tapi dengan nenek sendiri lebih perhatian dapat diberikan. Betul tak? 

Sekarang aku dengan incik suami pergi kerja hati senang je. Berbanding sebelum2 ni. Alhamdulillah. Maaflah mak kalau kami ni menyusahkan mak. Nanti Aqil dah besar sikit, kami akan cari pengasuh. Taknak susahkan mak lama2. Sekarang kami terpaksa.

Dan sekarang kami dalam proses membeli rumah. Segalanya berjalan lancar. Kami pun dah pergi jumpa peguam. Nampak mudah, tapi tak tahulah lagi macam mana kan. Tinggal lagi 8% je kami nak bayar. Lepas tu boleh proceed loan rumah terus. InsyaAllah katanya paling cepat pun dalam 3bulan dah settle lah semuanya. Kalau tuan rumah tu dah baiki rumah tu, kalau dah ok kami ingat nak sewa dulu rumah tu sementara tunggu proses jual beli settle. Tapi nak minta separuh harga sewa lah. Tu yang peguam suggest kat kami. Takkan nak menumpang rumah mak lama2 kan. Segan lah kan. Lagipun kembar incik suami dengan husband n anak dia memang tinggal kat situ. 

Sejak dok Melawati ni, aku lah yang berulang alik pergi kerja dekat. Incik suami terpaksa lah berulang alik jauh KL-Putrajaya. Pengorbanan katanya. Penat sikit takpelah. Yang penting anak sihat. Anak tiada galang gantinya. Dialah segala2nya.