04 April 2013

Aku bahagia melihat dia bahagia

Past is past. Kini aku bahagia melihat dia bahagia. Kenangan lama tidak perlu diingat lagi. Semoga dia lebih bahagia berbanding dulu. Takde apa yang perlu diingat dan didendam lagi. Semua telah berlalu. Aku germbira melihat kegembiraan dia sekarang. Aku juga telah bahagia bersama keluarga aku kini. Tidak ada yang lebih berharga daripada keluarga aku. I love u suami and son!

Sekarang aku jadi kawan rapat kepada dia dan keluarga dia. Terima kasih dan maaf atas kesilapan lepas. Semua manusia tidak sempurna. Disebabkan kisah lepas, kita semua telah dan akan menjadi matang sekarang dan di masa akan datang. 

Semua orang berhak mendapat kebahagiaan. Tidak perlu dikenang perkara lalu. Bahagia sedang menanti anda. Semoga kita semua bahagia dengan kehidupan masing2. Dan semoga hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-bila. 

Salam bahagia sahabatku! Peace!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan