24 Februari 2012

Kemaruk Lagi

Pepagi buta ni saya kemaruk lagi dengan hero pujaan malaya 2011. Siapa? Haaa...dah tentulah abang AARON AJIS ku! hahahaha... Korang rasa nak muntah ke dengan kenyataan merepek aku pepagi ni. Sila lah muntah. Hahaha.. Saya rasa pasti ramai yang tahu semalam adalah tarikh hari kelahiran beliau yang keberapa tu saya tak berapa nak pasti. Takde kaitan kot dengan aku. Aku wish pun tak. Hahaha... Poyo je kan aku ni. Ahhh...whatever lah. Pagi ni aku just nak share gambar dia yang aku jumpa kat satu laman gosip artis ni.



Hensem nya lah mamat ni. Untung nya kalau dia ni laki aku. Hahaha.. Eh, aku dah dapat dah laki yang sama dengan aaron, tapi sama tempat kelahiran je. hahaha..

14 Februari 2012

Ariana Mikhail

Ariana Mikhail adalah sebuah drama Slot Ratu di TV9 setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Drama ni telah menarik perhatian saya untuk menonton nya tanpa meninggal satu episod pun. Cuma hari Selasa tu susah sikit lah. Mana taknya cerita ni sampai pukul 9.30 malam. Pastu pukul 9.00 malam cerita TV3 pulak 'Vanilla Coklat'. Dah kena tukar2 channel. Tu yang selalu tengok selebihnya Ariana Mikhail tu keesokan harinya. Minta kawan download kan, dan kita ni melayan je lah. Hehehe.. Memang best lah drama Ariana Mikhail ni. Nak2 nya bila Nora Danish yang jadi heroin nya. Hehehe... Dah, takyah nak bebel panjang lah ekin. Moh saya share sikit sinopsis nya.



Cerita bermula di Paris, France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti, hubungan mereka rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya.
Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dari Amerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku di sebuah cafe di bandar Paris. Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya, disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’.
Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.


09 Februari 2012

Happy 1 year aqil

Again? Yes! Again cerita pasal aqil. Seperti mana yang korang tahu anak saya aqil dah genap berumur setahun pada 02 Februari lepas. Takde sambutan besar-besaran untuk aqil. Sebab masa sangat tidak mengizinkan. Tetapi tanpa disangka, hari Selasa baru2 ni (07 Feb 2012), keluarga mertua saya semua call and bagitau nak datang buat suprise for aqil. Alhamdulillah kami seronok dengar. Lagipun family mertua semua memang tak pernah lagi datang ke rumah kami di Putrajaya. Jadi inilah 1st time nya.

Saya pun mulalah dok memikir nak buat apa, nak masak apa. Saya ni dah lah tak berapa nak pandai sangat bab masak memasak ni. Sekadar biasa2 je tau lah. Last2 saya plan masak nasi ayam je lah senang. Hehehe.. Simple kan. Mula2 ingat nak masak mi sup je, tapi dorang kata nak datang tengah hari pulak. Takkan nak makan mi sup kan. Mestilah nak makan nasi. Bagi memudahkan kerja saya, saya masak lah nasi ayam. heheh.. Banyak jugak saya masak. Sebab saya ingat kan mak mertua saya tak bawak apa2. Rupa2 nya mak mertua saya bawak nasi minyak ok. Memang mewah lah makanan kami tengah hari tu. Hancur diet ku. Tapi memang kalau time cuti je hancur diet aku. Bila cuti dok rumah je asek nak makan, makan, nak makan, makan. Hahahahaha... Arghhh forget it! Jom kita layan gambar2 yang ada di masa kejadian. 

:: Atuk ngn nenek baru sampai terus tiup belon ::

:: aqil suke buat muke tau bile pakai ape2 kat kepala dia ::


:: Tengok tu dah mule nak bukak ::

:: Kek for aqil ::


:: Rebut nak tiup lilin ::

:: Suke aqil dapat banyak hadiah ::



:: Meleleh2 air liur sakit gusi nak tumbuh gigi ::

:: From pakcik ::

:: From pak busu ::

:: From nenek ::

:: From pakcik again ::

:: From papa n mama anis ::
Terima kasih banyak2 kepada keluarga mertua saya yang sudi buat suprise untuk aqil. Memang nampak seronok aqil. Daripada tak sihat, terus jadi sihat. Hehehe..

03 Februari 2012

Seriau aku!

Pada saat dan ketika ini saya mengalami kemengantukan yang teramat sangat. Ini semua sebab awal2 pagi lagi saya dah bangun. Pukul 3.30 pagi saya dah bangun sebab anak saya tak sihat. Rupanya sepanjang malam dia meragam. Incik suami yang jaga dia. Saya mengantuk betul, langsung tak sedar. Sedar2 incik suami kejut kata badan dia panas. Memang balik dari kerja petang semalam dah aqil demam. Tapi deda2 je. Bagi ubat dan dia baik. Siap kami keluar malam tadi pergi Mydin. Tak sangka pulak menjelang ke subuh datang balik demamnya. 

Dia merengek je pagi2 tu. Yang paling buat saya risau bila bunyi nafas dia dah lain macam. Macam susah betul nak bernafas. So, saya dan incik suami pun amek keputusan bawa dia pergi Hospital Putrajaya pagi2 pukul 3 lebih tu. Sampai2 je sana, pihak hospital terus bagi dia sedut gas tu. Saya ni tak tahu sangat pasal tu, incik suami kata alat tu untuk buka semula laluan pernafasan. Sebab dia macam sesak nafas. Incik suami tahu lah benda2 tu semua sebab dia memang ada penyakit semput dari kecik sampai sekarang. Pergi mana2, tak boleh tinggal inhaller dia tu.

Berbalik pada cerita hero kecik saya tu. Lepas je amek gas tu, alhamdulillah ok nampaknya dia. Cuma panas badan tu masih ada. Seriau betul saya bila tengok dia gitu. Maklumlah tak pernah kan. Kita ni dah lah tak tahu apa2. Dia tu pulak halus kecik je. Kena pulak gitu, lagi lah saya takut. Mujur takde apa2. Inilah dia penangan aqil bila genap usia setahun. Dah lama dah dia tak kena demam. Bila sekali kena, macam ni lah. Anak mama anak mama. Jangan lah buat mama risau. Saya berdoa agar anak saya cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

Yeay! Esok cuti sampai hari Selasa. Tapi apalah nak buat kat rumah kan. Boring boring.... Nak pergi jalan2, tak tahu nak kemana. Paling tidak nanti just pergi jalan2 dan main2 kat Jambatan Presint 4 tu. Itu je lah tempat nak hilangkan bosan sambil bawak si kecik main bola dan kereta kecik dia tu.

02 Februari 2012

Happy birthday aQiL!


Harini tanggal 02 Februari 2012 (Khamis) genap lah setahun umur hero saya. Sungguh tak terasa masa tu berlalu begitu cepat. Rasa macam baru semalam je melahirkan si kecik. Rupanya dah setahun. Cepat kan masa berlalu. Apa2 pun mama doakan semoga anak mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga anak mama menjadi seorang anak yang soleh dan berguna di masa hadapan. Dan semoga menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada ibu bapa. Mama dan ayah sayang sangat pada aqil. Muahhh!!

30 Januari 2012

Percutian Kami

Kalau sesape dah bace entry saya sebelum ni atau FB saya, mesti korang dah tau kan seminggu yang lepas saya dan family dan kawan2 pergi bercuti ke Cameron Highlands. Ye! Saya tau lambat saya nak update pasal cuti2 tu. Bukan busy, tapi malass. Hehehe.. Memang seronok percutian tersebut. Kami pergi 3hari 2malam. Seronok dan happening sebab pergi ramai2. Kami 4keluarga pergi ke sana. Ini adalah percutian saya dan family yang pertama bagi tahun 2012. Percutian yang kedua akan menyusul pada bulan April nanti. Yang tu saya akan pergi dengan family in law. Kami akan ke Langkawi. InsyaAllah! Mari kita kembali kepada cerita asal kisah percutian kami 4keluarga di Cameron Highlands tempoh hari. Kami pergi hari Sabtu (21.01.2012-23.01.2012). Hari Sabtu kami gerak dari KL dalam pukul 5 pagi tau. Tapi terkejut sangat highway selepas tol Jalan Duta tu dah jem ok! Nasib baik lah si kecik lena. Kalau tak mau mengamuk dia. Memang sepanjang jalan tu jem teruk. Kami sampai kat tol Simpang Pulai dalam pukul 9 pagi. Lama kan. Elok2 biasa 2jam lebih je, ni jadi 4jam. Dasattt..

Kat sana kami tinggal di Apartment kat Tanah Rata. Agak selesa. Memuaskan! Sampai2 sana, hari hujan pulak, sejuk je. Aqil apa lagi asyik tidur je la. Senang betul dia tidur, saya ni siap bawak buai dari rumah tau sebab takut dia tak boleh tidur, tapi tak memang senang je dia tidur. Sejuk agaknya, best. Tak perlu la kot saya cerita panjang2 , meh la kita layan gambar2 yang ado..

:: Ni dah sampai, nak pergi lunch ::

:: Cantik kan pemandangan ::

:: Sambil minum petang, sambil melihat pemandangan yang cantik ::

:: Suke sangat aqil dapat jalan2 ::

:: Kami bertiga ::

:: Nak jalan2 kat pasar malam brinchang ::

:: Jalan2 cari breakfast ::

:: Inilah tempat tinggal kami selama 3ari 2mlm ::

:: Meleleh air mata menangis, nak tidur la tu ::


:: Tak kira di mana, pantang nampak ::

:: 'Angry bird' sangat ::

:: Kami nak masuk muzium ::

:: Posto...posto! ::

:: Susah betul aqil ni pandang kamera, bad mood ::

:: Sayang sangat aqil ::


:: Malam BBQ kami, sebelum pulang ke KL ::

:: Hasil air tangan kami OK! ::

:: Pagi di BOH ::

:: Kenal tak tempat ni, tempat abg AARON shooting tu! ::

:: Yeay! kami dah sampai di sini ::



:: Meh makan ::

:: Memang dia tak suka mayonis betul ::

:: Tengok tu bad mood lagi ::

:: OTW turun dari BOH ::

:: Sejuk! ::

:: Jom kita petik daun teh ni mama ::

:: WAJIB! Sebelum pulang ::

:: Ni kami masa di BOH ::

Itulah saje gambar2 yang boleh di share. Karang banyak sangat, boring pulak kan. Muntah pulak karang tengok gambar banyak2. Hehehe.. Alhamdulillah balik dari Cameron ni aqil sihat tak demam. Ye la aqil ni sebenarnya tak boleh jalan jauh sangat, kalau balik mesti demam. Alhamdulillah kali ni tak. 

Lagi 3hari Muhammad Aqil Rizqin akan genap setahun. Sekejap masa berlalu. Tanpa sedar anak saya dah hampir mencapai usia setahun.