06 Mac 2013

Dah tiba masanya

Zaman sekarang susah betul nak cari rumah yang mampu milik ikut kemampuan kita yang tinggal di bandar yang besar ni. Kalau ada pun, rumah apartment / flat je. Ok lah kan daripada takde. So, kami laki bini dah decide nak beli rumah kat KL sekarang ni. Beli rumah atas orang je. Sekarang pencarian sedang giat dilakukan. Dah ada 2 3 orang kami hubungi untuk pergi tengok rumah. Hari Sabtu ni baru pergi tengok.

Ikut hati memang nak rumah teres atau dipanggil rumah tanah. Tapi KL ni mana lah dapat rumah ikut kelayakan kami. Kalau ada pun kat kawasan rumah mertua aku tu pun RM300k+++... Mana mampu. Memang kami nak cari rumah dekat ngan family mertua je. Final decision. Dan sekarang tengah cari n terus nak beli dan terus nak pindah. 

Biarlah orang kata rugi pulang balik rumah kuarters putrajaya tu, beli rumah sendiri dan tinggal di rumah sendiri jauh lebih baik. Anak pun nanti boleh hantar kat mak je. Memandangkan aqil pun selalu tak sihat, so itu adalah salah satu sebab besar kami buat keputusan ni. Setakat ni kami cari kat Mudah.my je dulu. Minggu lepas dah ada pergi cari2 kat kawasan yang kami nak tu. Kami mampu beli rumah apartment/flat kat Ukay Perdana or Bukit Antarabangsa je. Harga2 kat situ memang under bajet kami. Moga semua dipermudahkan.



Ini salah satu rumah yang aku suka lah dari yang banyak2 kami pilih. Sebab yang ni lebih besar dari yang lain2 kami tengok. Harga RM175k je. Dan yang penting apartment ni ada lif, safety guard 24hours. Kawasan ni pun aku dah pergi tengok. Memang ok. Apartment lain pun banyak. Tapi banyak yang nak jual tu di tingkat 4 takde lif ok! Oh.. aku lemah betul dengar takde lif ni. Korang rasa ok tak rumah ni? Ok kan ok kan. Boleh lah kan. Ni je yang mampu. Dah hubungi orangnye, insyaAllah Sabtu ni baru nak pergi tengok. Aku minat yang ni, tapi incik suami pulak tak suka. Dia kata kalau boleh biar lah yang rendah2 je. Ni tingkat 9 ok. Sebab tu dia taknak. 

Korang kalau ada info mana2 rumah nak jual bawak RM200k kat area KL terutama di area ulu klang tu bagitau lah aku. Aku memang serius nak sangat sekarang. Kalau berkenan terus nak beli. Taknak tunggu lagi. Dah tiba masanya.

Tak sabar nak beli rumah dan pindah ke rumah sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Berharap ada lah rezeki kami. Mudah mudahan. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan