Semalam dah pergi tengok dan jumpa owner rumah. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. Masa kami tengok tu, ada lagi seorang perempuan pun berminat nak beli. Tapi owner tu lebih memilih kami untuk dijual rumah tu. Katanya dia utamakan orang berkeluarga. Alhamdulillah syukur! Tapi apa2 pun, sekarang tak boleh nak cakap lebih2, sebab langkah pertama baru nak dimulakan. Kalau takde aral melintang, kalau dah itu rezeki kami, insyaAllah kami akan dapat lah membeli sebuah rumah di Ukay Perdana.
Aku berpuas hati dengan kawasan tu. Komuniti dia bagus. Keselamatan pun ok aku tengok. Hanya penduduk di situ dibenarkan masuk. Sebab kat situ kena ada access card. Setakat ni itu je lah kemampuan kami. Akan datang kalau gaji dah naik lagi, kalau ada rezeki lebih kita cari rumah atas tanah pulak ye. Sekarang kita beli rumah atas rumah (apartment) ye. Hehehe.. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Harap loan rumah lepas dan takde masalah. Harini kita bayar 2% dulu ye pada owner. Terima kasih YaAllah.
Salam.
BalasPadamNak tanya pakai loan bank mana utk beli rumah di Ukay Perdana? Sebab setahu saya tak banyak bank yg cover area Ukay Perdana. Btw apartment mana tu di Ukay Perdana?
wslm..
BalasPadamooo..yeke. kami menggunakan fully government loan.