Assalamualaikum semua!
Pasal update trip kami ke Sabah tu takyah la kot aku update kat sini. Tengok gambar2 je lah ye kt FB aku. Nanti kang muak pulak korang. Dah ada kat FB, pastu nak update lagi kat sini. Bukan korang je muak nanti, aku pun sama muak ok. So, arini marilah kita cerita pasal hero aku.
Tak pernah2 aku nak buat entry ni, tetiba arini rasa nak up entry ni pulak. Bukan nak menunjuk tapi saje buat kenangan kat sini. *Macamlahadaorangbacablogaku* Sesaje je kan. Akan datang boleh lah aku baca2 balik. Nanti aqil dah besar pun, aku boleh tunjuk kat dia.
Almari dia ni dah lama aku beli. Dari tahun lepas lagi. Kalau tak silap lepas raya puasa kot. Sekarang baru aku nak update kan. Hahahaha... Taste aku biasa2 je. Asal berbaloi bila beli dah ok dah. Aku ni jenis nak yang besar dan harganya dah tentulah aku nak murah.
Smurfs?? Oh bukan sebab aqil suka smurfs or aku ke bapak dia ke. Tak! Tapi sebab harga. Hahaha...boleh jugak begitu kan. Almari ni boleh tahan besar. Aku sangat puas hati. Sebab tu aku sambar je terus. Tak silap aku RM300 je masa aku beli tu. Murah kan? Berbaloi kan? Silalah ke kedai perabot di Bangi. Hahaha.. Aku ni cerewet tau. Tapi tak cerewet sangat la. Yang ni pun ok!
Ni je lah koleksi Aqil setakat ni. Dah penuh jugak lah wardrobe dia. Kalau sebelum2 ni lagi lah sikit je dalam ni tau. Sebab tu lah kot baru sekarang aku baru nak update. Sebab tu tiap2 minggu aku pergi Sogo. Motif nak penuhkan almari dia. Hahahah...
Bab kain baju semua aku yang settle sendiri. Aku tak suka suami aku buat. Kalau orang lain aku tengok suruh suami basuh kain la, lipat kain la, susun kain la. Tapi not me! Aku ni sangat cerewet kalau bab kemas kain baju, kemas rumah ke, basuh kain baju ke, sidai kain baju ke. Semua aku cerewet. Semua tu ada cara aku sendiri. Kalau mak mentua aku lipat kain baju aku, suami aku n anak aku pun, comfirm aku kirai dan lipat balik. Tapi bukan depan mak lah ye. Nanti kecik ati pulak mak mentua aku. Tapi aku rasa mak mentua aku dah faham. Sebab kalau aku stay rumah dia, kalau lipat baju anak aku, mesti mak mentua aku lipat cara aku lipat, tapi aku tetap akan kirai gak. Sorry ye mak!
Ini tempat baju pakai harian. Kita lipat je ye. Belum penuh lagi ni. Nanti kita pergi shopping lagi ye. Kasi penuh! Ayah dia selalu geleng kepala tiap2 jumaat. Sebab ada je barang aku beli. Tapi untuk anak jugak. Hahaha...
Aku rasa rumah aku sekarang banyak pulak almari pakaian. Bapak punye almari 2. Mak punya almari pun 2. Anak punya 1 yang ni je lah. Padahal baju kami pakai lepas baju tu baju tu lagi. Macam takde baju lain jugak kan. Entah lah. Kalau nak pindah nanti, letih lah. Tapi kita upah je lah orang tu tuk angkat sekali kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan