08 Mac 2013

Stroller dan Carseat

Aku tak tau apa yang aku ngan laki aku teruja sangat nak beli stroller dan carseat. Dari sebelum aqil lahir sampai lah sekarang. Walaupun aqil dah ada benda2 tu kita masih nak beli. Saje mengada kan. Tapi nasib baik aqil nak duduk dalam carseat n stroller tu. Kalau tak, memang rugi lah kan.Tapi kitorang beli yang murah2 je. Takdelah yang mahal2. Takdelah yang berjenama bagai tu sampai harga riban riban tu. Boleh pengsan beli mahal2 tu. Kami hanya ikut kemampuan kami je ok.


Ini stroller pertama kami beli. Dan ini adalah barang pertama yang kami beli sempena menunggu kehadiran si comel. Orang selalu beli baju ke lampin ke dulu kan. Tak pada kami. Kami beli stroller ni dulu ok. Masa aku mengandung 6 ke 7 bulan gitu, tak ingat dah. Kami beli 2nd hand je. Atas orang. Sangat berbaloi2 dan murah sangat2. Orang tu baru pakai sekali. Siap dengan plastik lagi masa kami beli tu. Cari kat mudah.my je masa tu. Dan sehingga sekarang masih simpan je. Sebab sayang. Aqil sekarang dah pakai stroller lain. *Picture credit to Google*


Ini pulak stroller kedua kami beli tahun lepas rasanya. Tapi ni lebih dikenali sebagai Buggy ye. Yang ni biasa2 je. Aku tak bape suka sangat, tapi tak tau lah kenapa nak beli jugak. Mengong kan. Mahal gak buggy ni. Padahal jenama "MamaLove" je rasanya ni. Tak ingat dah sebab aku dah let go kat orang. Nasib baik ada orang beli, kalau tak terperap je lah dalam stor tu.


Ok! Ni the latest kami beli ye. Sweet Cherry jugak. Ni je yang kami mampu. Yang ni aku pilih sendiri. Aku minat. Dia ala2 buggy jenama Halford. Tapi bukan! Hahahaha.. Boleh la ala2 kan. Ni lah yang sekarang kami bawak ke hulu ke hilir. Pergi Sabah pun bawak ye. Pergi mana2 mall or jalan2 mana mesti tak tinggal. Sebab aqil punya style asyik nak berdukung je. So bila ada buggy sedap lah dia landing dalam tu. Lega lah mak bapak dia takyah dukung2 dia lagi sekarang. "Aqil bukan ringan lagi ye sayang, dah semangat dah tau. Nampak je kecik, tapi bila dukung memang rasa lenguh dan penatnya tu"


Ni carseat pulak. Ni 1st carseat aqil. Masa dia baby2 dulu. Tapi aqil punya dah buruk lah. Ni aku amek gambar dari cik google ye. So nampak menarik lah. Dulu masa aqil baby2, aku salu balik kampung aku sorang2 bawak aqil. Sebab incik suami dulu selalu outstation. Jadi ini lah gunanye carseat pada masa tu. Tapi semakin hari dia semakin membesar, maka carseat ni dah macam tak muat dengan dia. Tambahan pulak carseat ni dah buruk. Aku pun guna kuasa veto pujuk2 incik suami beli carseat lain. Hahahahha.. Maka semalam berjayalah misi aku tu. 


Picture credit to google jugak ye. Dari ari apa dah ye incik suami nak bagi aku duit, suruh pergi beli carseat aqil kat Sogo. Tapi tau2 lah aku ni. Malas ada. Karang kalau dah dapat duit pun, takut terbeli benda lain. Jadi aku cakap kat incik suami kita pergi beli sama2 lah. Makanya balik kerja semalam kami pun terus keluar ke Manjaku Bangi. Memang banyak pilihan. Mampu milik belaka. Tapi kami dah tentu cari yang berbaloi2. Pilih punya pilih, mula2 nak beli SCR jugak. Tapi incik suami tetiba berkenan kat carseat jenama ALDO. Aku ikut je. Aku suruh dia buat pilihan pulak. Sebab selalu aku je kan. So ini lah yang kami beli. Tapi yang kami beli tu takdelah gambar tweety tu. Dan takdelah sama sangat macam ni. Biru nya pun lain. Tapi design lebih kurang lah. Semalam aku lupa nak amek gambar carseat sebenar. Nanti2 lah ya aku amek gambar sebenar. Aqil pun selesa dan suka sangat duduk dalam tu. Muka excited je.


Haaa....happy kan muka dia. Sukalah dia asyik dapat barang baru je dari ayah. Mama? Oh sekarang dah jatuh no.2. Tapi mama pun suka aqil selalu dapat baru. Hahahaha...Esok2 kita mintak lagi kat ayah ye nak. Mama pun boleh tumpang sekaki. hahaha... Haa...tu nampak biru tu. Warna biru tu la. Electrick blue panggil tu kan. Aku memang suka jugaklah warna tu. Memang puas ati beli ni. Takyah aqil dok riba mama lagi ok. Dok diam2 dalam tu. Mama jadi mem je kat belakang. Huahuahua.... Dah balik dari Bangi tu, nak balik masak dah tentulah aku malas kot. Sebab dah kul 8 masa tu. So incik suami pun tetiba ajak makan luar, aku ok je. So kami pergi ke Padi House Restaurant di PUtrajaya tu. 


Ni lah menu kami dinner malam tadi. Dah pernah makan kat sini. Memang ok lah makanan dia. Environment pun memang ok. Malam lagi lah ok. Sebab takde orang langsung. Berwestern lah kita ye semalam. Lega hati mama takyah masak semalam. TQ suamiku kerana telah melengkapkan kehidupan kami dua beranak. Dan terima kasih juga kerana telah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada kami. We love U always! 

*Minggu depan anniversary perkahwinan kami, apa lah agaknya plan kan. Kalau boleh nak dating berdua je time tu. Kita tunggu lah nanti ye kalau ada. Kalau takde, dok diam2*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan