26 September 2011

Makan lagi

Ye ye saya tahu saya dah janji nak share lagi pasal makan makan dan makan tu, tapi tak share2 kan. Takde masa lah + perasaan malas amat sangat. Lagipun cerita tu dah basi. Tapi saya cerita lah ek sikit pasal kisah makan saya dari hari Sabtu sampai lah semalam hari Ahad. Dua hari berturut-turut makan tanpa henti. Terima kasih kepada semua yang sudi jemput kami sekeluarga. Moga makin murah rezeki anda semua. Hari Sabtu tu, kami ada dua jemputan rumah terbuka + sambutan majlis hari lahir. Rumah pertama adalah rumah kawan baik incik suami di Zoo View. Memang saya sangat teruja tuk pergi ke rumah dia ni. Sebab selalu tengok kat tv je. Mesti korang pelik kan, kenapa saya kata saya tengok rumah dia kat tv je. Sebenarnya rumah Shah ni selalu disewa oleh geng2 pelakon untuk buat penggambaran. Salah satu cerita yang sewa rumah dia ni adalah cerita Adnan Sempit (bukan the series, tapi filem tu). Yang rumah family Nadia tu lah rumah nya. Memang besar dan sangat cantek. Teruja la kejap tengok. Al-maklum la kita ni mana ada rumah yang sebesar tu. Cantek pulak tu, jakun la jap. Hihihi..Eh, cerita pasal rumah pulak kan. Hehehe.. Sebagai saringan je tu. Yang penting, makanan kat rumah Shah memang sedap2. I like satay! Nyummmm.... Layanan yang kami terima pun sangat memuaskan. Family dia baik2 semua. TQ so much!
Lepas je habis makan kat rumah Shah, kami pun bergerak pulak tuk menuju ke rumah yang kedua di AU (Keramat) berape tah, lupe lah. hehhehe... Ni rumah kawan incik suami jugak, dia buat jamuan raya sekali dengan sambutan birthday anak dia. Masa kat rumah dia ni saya dah tak mampu nak mengisi perut. Memang sebenar punya kenyang masa kat rumah Shah.  Lepas tu kami takde apa2 aktiviti lagi, terus balik rumah mak mertua kat Taman Melawati, kami tidur semalaman kat sana. Esok tengah harinya kami dah keluar nak pergi ke A&W JJ AU2 tuk menghadiri birthday party Ardini Nayli anak kepada kawan baik incik suami. Boleh tahan meriah jugak majlis tu. Tak lama kami kat sana. Sebab ada lagi jemputan lain yang kami nak attend.  Habis je majlis tu, kami terus ke Bandar Tun Razak, Cheras rumah kawan serumah saya masa bujang2 dulu. Kebetulan pulak suami dia tu kawan sekolah menengah incik suami. So, memang tak keberatan la untuk kami pergi, lagipun lama dah tak jumpa. Lepas je siap makan dan borak2 kami pun minta diri tuk pulang. Terus kami meneruskan perjalanan ke rumah terbuka seterusnya di Semenyih, rumah CC lama incik suami. Dan akhir sekali, ke rumah officemate kami di Presint 5, Putrajaya. Fuhhh...memang kenyang sungguh. Aqil walaupun tak dapat makan apa2, dia tetap penat ikut mama dan ayah pergi makan2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan