28 September 2011

Mengantuk

Pagi-pagi dah mengantuk? Ya! Saya mengantuk. Ini semua gara-gara tak dapat tidur lena malam tadi la ni. Mana tak nya, anak saya Muhammad Aqil Rizqin tu demam. Memang pagi semalam sebelum saya nak pergi kerja dah dia demam. Tapi, saya tetap juga hantar pergi rumah Umi. Rupanya demam dia masih ada. Tapi, takde lah teruk sangat. Dia masih boleh main-main tak boleh duduk diam macam biasa. Saya dan incik suami tuam kepala dia dengan kain basah. Takut panas melarat. Tapi, alhamdulillah tak lah teruk sangat. Cuma dia tak lena tidur malam tadi. Asyik tersedar dan merengek. Saya pun risau jugak mulanya. Alhamdulillah pagi ni reda sikit panasnya. Selepas pukul 3 pagi tadi dia boleh tidur lena. Pagi tadi macam biasa saya hantar dia pergi rumah Umi. Saya bekalkan ubat demam dan kool fever.  Harap-harap dia OK. Susah hati betul bila dia demam. Nampak lesu sungguh dia dengan mata yang kuyu. Makan taknak, minum susu pun taknak. Kesian anak mama. Mama doa moga Aqil cepat sembuh ye. Aminn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan