18 Januari 2012

Here We Come!

Alhamdulillah lebih kurang lagi dua minggu anak saya akan genap berumur setahun. InsyaAllah kalau jadi saya akan buat majlis doa selamat + makan2 sikit sempena menyambut tahun pertama kelahiran si kecik. Kalau jadi, saya takkan lupa untuk menjemput kalian yang saya kenal. Sekejap je masa berlalu kan. Dah setahun dah anak saya. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesihatan yang baik kepada saya dan keluarga serta memberi rezeki yang cukup buat kami. Syukur Ya Allah! Sempena kehadiran tanggal 02 Februari 2012, saya dan suami telah bersetuju untuk membawa aqil bercuti ke Cameron Highlands this weekend. Kami pergi minggu ni sebab minggu ni kan cuti panjang sikit. Maklumlah sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina. So, awal 2minggu lah dari tarikh 02 Februari tu. Boleh je kan. Hehehe.. Salah satu hadiah buat aqil lah ni kiranya. In advance. Dah lama benar tak pergi Cameron Highlands. Last pergi masa darjah 6 kot. Sekarang dah 25 tahun. Punyalah lama dah kan. So, Cameron here we come




Credit to google pictures. Kaut dari google je gambar2 ni. Awal tahun ni pergi Cameron. Pasni tak sabar nak pergi Langkawi pulak. Pergi langkawi nanti bawak aqil naik flight pulak. Bilik dah booking, tinggal nak booking flight je ni. Mesti dia suka. Bila aqil suka, mama lagi suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan