20 Julai 2012

7 Ramadan

Dah lama kan aku tak update blog. Tengok harini sekali rajin nak update, 2 3 entry aku nak buat. Kekangan tugas yang banyak dan kemalasan yang melanda diri ini membuatkan aku jarang mengintai ke sini. Ok2 dah cukup jangan asyik nak bebel je aku ni. Sekarang aku nak share pasal drama tv3 yang aku tonton semalam. Drama dalam slot samarinda tv3 memaparkan drama yang menyentuh perasaan aku sebagai seorang anak dan juga seorang ibu. Drama ni menggantikan drama Ameera yang baru je tamat pada 18 Julai lepas. Pasti yang tahu kan cerita Ameera tu. 


Info
Setiap Selasa & Rabu, jam 10.30 mlm – 11.00 mlm, Setiap Khamis, jam 9.30 mlm – 10.00 mlm, mulai 19 Julai. 

Sinopsis
Drama ini mengisahkan Sufiah tinggal di kampung seorang diri dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya demi menyara kehidupannya dan anak angkatnya, Ramadhani yang amat disayangi. Ramadhani atau Dhani kini telah dewasa dan baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan dalam sebuah sejarah hitam dalam hidupnya. Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Pelakon
Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda, Roy Azman

Jom lah kita tonton drama ni. Semalam baru episod pertama. Tak terlambat lagi untuk korang2 yang belum tonton cerita ni semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan