31 Julai 2012

Wanita Lebih Kuat Dari Lelaki?

Jangan terperanjat dengan tajuk entry aku kali ni. Hahaha.. Gempak je kan tajuk. Tapi apakah sebenarnya?? Jom kita kaji sama2 betul ke tak kenyataan tersebut. Haaa..kaum lelaki jangan pandang wanita takde mata ye! Walaupun pada hakikatnya golongan lelaki memang dilahirkan lebih kuat sedikit daripada wanita dari segi fizikalnya namun jangan lupa bahawa wanita juga ada kelebihannya. Antara kelebihan wanita yang melebihi dari golongan lelaki adalah seperti berikut :-

1. Merajuk

- Betul tak? Wanita lebih kuat merajuk berbanding lelaki. Jadi jangan cuba bermain dengan api sebab bukan senang nak pujuk tau!

2. Membebel

- Ini adalah takdir. Wanita lebih kuat membebel berbanding lelaki. Tiada siapa mampu menafikannya, betul tak? Jangan buat apa yang wanita tak suka kalau taknak dia membebel. Inilah kuasa wanita yang tak mampu ditandingi oleh lelaki.

3. Cemburu

- Kata orang cemburu itu tandanya sayang. Jadi wanita lebih kuat cemburu berbanding lelaki. Ini adalah kerana wanita lebih memahami erti kasih sayang yang sebenar. Betul kan?? Hehehe...

4. Cerewet

- Wanita memang sangat cerewet tentang kebersihan. Dia sentiasa hendakkan persekitaran yang bersih dan tenang sahaja.

5. Berbelanja

- Hampir 80% kalau anda masuk shopping complex, anda akan nampak wanita lebih ramai daripada lelaki dan ini membuktikan wanita lebih kuat berbelanja daripada lelaki.


Jadi kepada kaum Adam, jangan iri hati dengan kaum Hawa kerana apa yang dinyatakan di atas adalah hakmilik wanita sepenuhnya!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan