31 Julai 2012

Menu Ramadhan

Alhamdulillah harini genap kita telah berpuasa selama sebelas hari. Sekejap sungguh rasa masa tu berjalan. Sedar2 dah 11 ramadhan. Lagi 19 hari je kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Haa 19 hari lagi?? Alamak baju raya tak beli lagi. Macam mane ni?? OMG! Ok2 relax ekin relax. Kau tu beli baju ready made je. Tak payah nak kecoh sangat la. Hahaha..ok2. Leceh la nak tempah2 ni. Tailor tetap aku ada kat MyHomeTown Bentong. Dah la jarang balik bentong kan, so camne nak gi anta kain pasang tuk dia buat baju. Jadi cara paling senang adalah beli baju ready made! Eh, cerita pasal raya pulak. Tajuk entry Ramadhan. hahaha melalut2 dah aku. Mari2, arini aku nak cerita pasal menu yang simple2 aku masak sepanjang bulan ramadhan ni. Tapi tak banyak pun, kekadang tu lupa nak snap picture. Tapi yang pasti setiap hari bekerja aku masak ok. Sebab incik suami tak suka makan masakan beli sangat. Jadi aku ni terpaksa la kena jadi super power gurl n mommy. Cepat2 balik dari KL dan pasti kan aku kena sampai rumah paling lewat kul 6 petang. Kalau lepas pukul 6 aku baru sampai rumah, pasti tak jadi la nak memasak ape sume. Bukan tak sempat tapi dah penat dan takde mood. Mari lah menjamu mata anda semua tengok menu2 aku yang tak seberapa sangat ni.

:: Ni menu hari ke 4 puasa kalau tak silap ::

:: Tomyam campur + paprik ayam + telur dadar ::

:: Kari ayam terbaikkk ::

:: Ni menu makan kat kedai ye, bukan aku masak ::

:: Ni fresh lagi, menu semalam. Sambal sotong + udang, ikan cencaru goreng dgn cicah + bendi rebus + smbal belacan ::

:: Ni menu minggu lepas kot, ulam petai ::

:: My fevret! Gulai tempoyak ikan patin ::

:: Sayur kobis goreng je ::

Ok tak menu2 yang aku masak untuk berbuka?? Tapi kalau korang nak tau hari ketiga puasa sama dengan hari pertama aku berpuasa di rumah sendiri, suami aku kena masak ok. Sebabnya masa balik kerja di hari tersebut aku telah terkandas di LRT Bandar Tasik Selatan atas sebab sistem LRT mengalami masalah. Jadi suami aku lah yang kena masak. Kesian laki aku! Menu sedap sangat. Sardin ngan telur. Hahahahaha... Sedap kan. For me kalau makan sadir dan telur lagi berselera kot. 

Yang penting harini aku tak payah masak. Sebab harini incik suami bawak aku gi berbuka kat Concorde Hotel, KL. Best! Esok kat Marriot Putrajaya pulak. Yeay! 2hari berturut2 tak payah masak! Terima kasih cinta!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan