03 November 2011

Soffiya + Cinta Ellysa + Aaron Aziz

Saya pasti ramai yang meminati drama bersiri Soffiya di tv3 sekarang. Setiap hari Isnin - Khamis pukul 7.00 petang. Saya memang tak pernah tinggal lah drama bersiri tu dari episod 1 sehinggalah episod semalam. Setelah 25 episod kot saya tonton drama tu, baru semalam rasa puas hati saya timbul bagi drama tu. Puas hati betul bila watak Fiona (Izara Aishah) tu dah kena penangan atas perbuatan sendiri. Padan muka dia. Memang menjadi betul watak tu untuk dia. Berjaya buat kita semua benci dia. Tak sabar nak tunggu kesudahan kisah Soffiya tu.

Hari Selasa depan drama Soffiya tu dah nak tamat. Sebab hari Rabu akan ada drama bersiri baru lakonan Ady Putra. Saya tengok iklan tajuk drama tu KISAH DHIA. Macam best jugak tu. Kena tonton ni.

Drama Cinta Elysa jugak sangat menambat hati saya dan incik suami. Dari episod 1 jugak kami tak tinggal. Dua2 drama ni memang incik suami layan. Susah tau nak tengok dia layan drama melayu ni. Bercerita pasal drama Cinta Elysa ni mulalah saya rasa geram pada mak dia & teman lelaki mak dia tu. Eeeeeeeee...memang bikin panas betul. Mak dia tu taknak sedar2 diri. Dan saya telah meramalkan yang ayah Elysa telah mewasiatkan syarikat dia tu kepada Aril. Hahaha...pandai-pandai pulak kan saya nak meramal2. 

Saya minat Aril @ Johan As'ari tu daripada drama Juvana lagi. Tapi bila dah kisah dia dan Izreen tu keluar, jadi berbelah bagi pulak saya nak minat dia. Tapi tetap minat jugak. Buat2 lupa je kisah dia dan Izreen tu. Tapi Aaron Aziz tetap di hati. Hehehee...

:: Suka betul tengok dia ni ::

Drama Jiwa dan Lara dah tinggal2 dah episod nya. Bukan apa tak tahan lah mata ni nak tunggu pukul 10.30. Sebelum pukul 10.30 mesti dah zzzzzzzzzzzzzzzz... 
I'm so sorry ye abg aaron! hehehehe....

02 November 2011

Happy birthday My Lil Hero!

Harini tanggal 02 November 2011 genap lah 9 bulan umur hero kecik saya Muhammad Aqil Rizqin bin Mohammad Azhar. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi saya admit ward dan melahirkan si comel tu. Masa tu saya dah overdue. Saya admit ward 01 Februari 2011.

:: Muka boring kena admit ward ::
Terpaksalah semalaman duduk dalam wad di HKL tu. Memang ni 1st time saya masuk wad. Tak pernah-pernah hayat. Padahal masa ni takde rasa sakit pun. Kena admit sebab dah overdue seminggu. Sebelum admit tu, doktor check dulu, rupanya dah buka jalan 3cm. Tapi langsung saya takde rasa sakit. Doktor pun pelik. Tapi dah betul tak sakit kan. Semalaman saya tak boleh tidur, bukan sebab sakit atau apa. Tapi sebab perangai saya ni tak boleh bertukar tempat tidur. Mulalah tak boleh tidur. Keesokan harinya (02 Feb 2011) tengah hari sebelum makan tengah hari doktor minta saya masuk bilik di wad tu untuk check laluan keluar baby. Bila check rupanya dah buka 4cm. Tapi saya still tak sakit pun. Sampai doktor & nurse tanya betul ke. Dah betul, takkan saya tipu kan. Suka betul anak mama ni duduk dalam perut ye. Sampai tenang je duduk dalam perut mama. Thank you sayang! 
Kemudian saya terus ditolak ke Labour Room. Masa tu pukul 1.00 tengah hari dah. Lepas nurse pecahkan air ketuban, terus rasa sakit datang kerap-kerap. Sehingga lah pukul 5 lebih. Dan lahirkan si kecik ni. Sepanjang proses contruction, incik suami sentiasa ada di sisi saya sehinggalah aqil lahir. 

:: Usia Aqil baru beberapa hari ::

Sungguh berbeza rupa Aqil masa kecik dan sekarang. Tapi perangai dia tetap sama. Senang betul jaga Aqil ni dari kecik sampai lah sekarang.




And now Aqil dah merangkak. Dah nak pandai berjalan. Dan semalam saya tengok dia dah pun tumbuh gigi pertama dia. Setelah sembilan bulan menanti. Akhirnya keluar juga gigi dia. 

Happy birthday 9 months sayang! 
May God bless U
..Mama & ayah sayang sangat Aqil..

9 Golongan Orang Yang Sembahyang

This entry ni pun saya copy and paste je dari http://strongjohn2u.com/blog/info-islam/ . Kalau ada masa, klik2 lah link tu. Saya saja2 je nak share apa yang saya dah baca harini. Sebagai renungan kita bersama. 

solat 252x300 9 GoLoNGaN oRaNG YaNG SeMBaHYaNG
Solat dapat menghindarkan kita dari pelbagai kemungkaran

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu bagaimana hendak sembahyang. Imam Malik berkata jatuh kafir kalau yang tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie berkata jatuh fasik (masuk neraka juga) kalau ia masih yakin bahawa sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan mereka masih tidak betul, taklid buta, ikut-ikut orang saja. Tidak pernah belajar sembahyang secara rasmi atau tak rasmi. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tidak boleh melawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik, ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tidak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tidak khusyuk, kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia sendiri tidak faham, fikirannya tidak terpusat atau tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya, ini kerana ia tidak faham apa yang dibaca. Cuma menghafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada duniawi serta alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tetapi tiada penghayatan dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara duniawi, dek kerana faham sahaja tetapi tiada penghayatan. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi masih main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tetapi terjadi juga. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya ditahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba perbaiki semula, tetapi masih tidak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah masih belum lagi cintai orang seperti ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak sedikitpun mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin  (yang hampir dengan Allah)

Golongan 9


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan kita dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, membentuk disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita?Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan bertangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/sembahyang kita. Marilah bersama-sama kita memperbaiki solat kita agar segera mendapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



…HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH…
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan ”zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Wanita Pertama Masuk Syurga
Just copy and paste sahaja - kalau nak baca banyak lagi, click la pada tajuk tu.


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam, dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan (orang biasa) yang pertama akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
wajah wanita muslimah bertudung 300x225 WaNiTa PeRTaMa MaSuK SYuRGa

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas ia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke rumahnya tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan tersebut. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk daripada suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah s.a.w. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatilah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak berapa mempedulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak dipedulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat kita lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini, taatlah serta berbuat baiklah kepada suami masing-masing, nescaya akan diredhai oleh suami anda. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami anda.

Buat Renungan semua ~
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Dilema + berbelah bagi

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma beberapa hari lagi. Kami anak beranak tak decide lagi nak balik mana. Ikutkan hati saya ni, saya nak balik kampung saya di Raub. Tapi memandangkan keadaan kewangan yang sangatlah terhad terpaksalah saya menguburkan hasrat saya tu. Mungkin lain kali boleh. Bukan saja nak mengelak tuk balik sana, tapi disebabkan minggu depan 12 November kami plan nak balik Bentong dah sebab sepupu saya kahwin. Mana lagi penting kan. Dua2 pun penting. Tapi terpaksa memilih salah satu je. Sedikit kecewa tapi kena tahan perasaan ini. Apa alasan yang wajar saya beri kepada sedare2 sume ye. Dah lah raya puasa haritu pun tak balik sana. Ni raya haji pun tak balik. Argghhhh... tak suka betul la bila ada perasaan macam ni. Serba salah dibuatnya. Yang pasal kenduri tu pulak, memang nak pergi sebab saudara2 sebelah abah ramai yang belum pernah jumpa hero kecik saya tu. 

Jadi keputusan yang sewajarnya adalah saya harus memilih untuk tidak balik ke Raub. Tapi saya akan balik ke Bentong. Muktamad! Maaflah ye pakcik2, makcik2 dan sepupu2 ku sekelian. Bukan sengaja. Tapi keadaan dan kewangan tidak mengizinkan. Mungkin lain kali saya akan bertemu kalian. Rindu sangat suasana kat kampung. Dah lama betul tak balik. Adik-adik saya pun lama dah saya tak jumpa. uwaaaaaaaaa.......... 

Incik Suami & Tempoyak

Kalau namanya saya ni asal dari Pahang. Walaupun Bentong tu sebelah je dengan KL ni. Kira Pahang la jugak ye. Jadi, orang Pahang memang tak boleh dipisahkan dengan tempoyak. Saya memang suka makan tempoyak. Dan lepas kahwin, saya ajar incik suami makan tempoyak. Memang tak sia-sia, dia suka! Saya lagi lah suka kan. Weekend lepas kan saya balik Bentong, jadi saya mintak lah kat makcik saya tempoyak nak bawak balik rumah. Dapat lah sebekas. Cukup lah untuk kami laki bini. Semalam balik kerja, terus incik suami request nak makan sambal tumis tempoyak. Memang berselera betul dia makan. 


:: Ni lah menu yang di'request' incik suami semalam ::

:: Amboi suka benor ::

:: Tak pandang kiri kanan dah ::

:: Khusyuk sungguh makan tu ::

:: Kicap - tambahkan kesedapan ketika makan ::

:: Uish..sampai begitu sekali ::


Nampak berselera kan dia makan. Padahal gila simple je tu. Sambal tumis tempoyak + telur dadar + air cordial sarsi. Kawan-kawan nak try ke. Cuba lah. Tapi pastikan bahan utama yang perlu ada mesti lah tempoyak. Ni saya share kan resipi masakan kampung saya ni. Maklum lah orang kampung, mesti lah makan masakan dari kampung je. Hehehehe..


Sambal tumis tempoyak 


Bahan-bahan :-
1) Cili padi - ikut suka banyak mana nak.
2) Kunyit hidup @ kunyit serbuk pun boleh
3) Ikan bilis - ikut suka banyak mana nak.
4) Tempoyak - ikut suka banyak mana nak, cuma jangan banyak sangat dan jangan sikit 
                      sangat. Sedang-sedang je orang kata. Hehehe..
5) Garam 
6) Bawang besar - tak kira lah kuning @ merah - dihiris.


Cara-cara membuatnya :-
Tumbuk cili api bersama kunyit hidup @ serbuk kunyit + sedikit garam sehingga lumat. Kunyit tu jangan banyak sangat. Agak-agak je macam kita nak masak gulai lemak cili api tu. Bila dah lumat, masuk kan ikan bilis pulak, tapi jangan tumbuk ikan bilis tu sampai hancur pulak. Tak sedap nanti. Tumbuh sekadar hancur sikit-sikit je. Lepas tu masukkan tempoyak. Lenyek-lenyekkan tempoyak tu dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi tu. Kemudian, panaskan minyak. Tumis segala bahan yang telah anda tumbuk tadi. Tumis sehingga masak bahan-bahan tadi. Sehingga warna keemas-emasan gitu lah. (Tak pandai betul nak explain). Hehehe.. Faham-faham sendiri lah ye. Eh, sambung balik la kisah resepi tadi. Meleret pulak. Lepas tu masukkan lah ajinomoto. Kalau rasa tak cukup masin lagi, letak la garam lagi. Kalau ada yang suka rasa manis-manis sikit, boleh lah letak gula sesudu kecil. Macam saya memang letak. Kalau rasa kering sangat pun, anda boleh tambah air sikit. Janganlah banyak sangat ye. Nanti jadi berkuah sangat tak sedap pulak. Sekadar basah-basah sikit tu sedap lah. Akhir sekali masukkan bawang yang dihiris tadi. Kacau dan tunggu sebentar, kemudian sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2~~

Bismillah

Salam 1 November @ Salam 1 Malaysia !!


Pejam celik pejam celik, harini dah tiba 1 November 2011. Lagi 2bulan kita dah nak sampai tahun 2012. 2012?? Grrrr.. Sekejap nya. Macam-macam dah kita dengar pasal 2012. Tapi semua tu tak semesti nya kita percaya. Jadi kita perlu lah penuhkan amal ibadat supaya kita tak terlambat untuk menghadapi alam lain di suatu ketika yang akan tiba jua. InsyaAllah.

Harini saya beKERJAya semula setelah semalam seharian bermalas-malasan. Harini semangat dah ada. Jadi saya nak siapkan kerja-kerja yang dah banyak atas meja saya ni. Menanti untuk saya menyentuh nya sahaja. Selamat bekerja ye semua! Next entry saya nak share pasal incik suami dan tempoyak.. hehehehe...