17 Disember 2011

Cara Uruskan Uri Bayi

Tiba-tiba harini saya rasa nak share tip ni. Walaupun saya tak pernah buat, tapi tak salahkan saya share. Saya ambil tip ni dari sebuah majalah. Mari lah kita ambil ilmu ni.

  1. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
  2. Basuh uri dengan bersih menggunakan air paip atau sungai yang mengalir sehingga tiada kesan darah yang melekat.
  3. Selepas itu, bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.
  4. Letakkan uri yang telah dibersihkan di atas kain putih yang bersih.
  5. Taburkan sedikit garam bersama asam keping di atas uri berkenaan.
  6. Bungkus uri dengan kemas dan ikat ketat.
  7. Gali lubang tanah kira-kira satu kaki setengah (saiz muat untuk uri berkenaan sahaja. Jangan terlalu besar).
  8. Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan yang mudah reput (boleh juga gunakan tempurung kelapa).
  9. Setelah itu, timbus tanah dan ratakan. Pastikan lubang yang digali tadi menghadap ke arah kiblat.
  10. Akhiri proses dengan surat Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada-Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.

12 Disember 2011

Boleh pergi haji balik hari

Itu hanyalah perumpamaan semata-mata. Perumpamaan yang sesuai dituju kepada orang yang cekik darah bila berniaga. Boleh tahan bengang jugak lah saya bila terkena. Ni semua gara-gara pagi tadi la ni. Saya nak ber'alkisah' sikit dengan korang semua pengalaman saya pagi tadi. Bagi saya memang tak berpatutan lah harganya dengan apa yang saya ambil. Tak logik lah. Ni pendapat saya, tak tahu lah macam mana pulak pendapat korang kan.

Harini tanggal 12 Disember 2011 (Isnin), KPKK telah mengadakan sesi taklimat berkaitan SBPA. So, saya adalah antara orang yang wajib menghadirkan diri walaupun malas. Sebelum masuk ke dewan taklimat tu, saya dengan kawan pejabat saya ni pergilah sarapan dulu kat kafe bawah bangunan tu. Saya je lah yang makan, kawan saya ni tak. Sebab dia dah siap sarapan. Nak dijadikan cerita, saya pergi lah meninjau2 apa2 makanan yang sedap untuk dimakan. Jadi saya pun memilih lah nak makan nasi dagang. Nampak sedap lah. Ditambah pulak dengan seketul / sepotong ikan. Kemudian ternampak sosej. Wahhh saya ni memang pantang nampak sosej, mesti nak sambar. Jadi ambiklah satu. Itu je. Nasi pun takdelah banyak sangat. Kemudian beratur nak beli air sekali nak bayar lah. Beratur punya beratur, lama sangat pulak orang tu. Tak jadilah beli air. Sebab saya dah kesuntukan masa. Yang buat saya terkejut bila saya bayar nasi dagang yang saya makan tadi tu, harganya RM5.00 OK! Semata-mata nasi dagang + ikan sepotong + sosej satu. Itu je! Dah RM 5 ok! Tu belum campur harga air. Toke kedai tu boleh lah pergi haji balik hari. Mahal sungguh lah bagi saya. Kalau campur air, logik lagi. Ni tak! 

Saya ni memang dari dulu suka makan nasi dagang, nasi kerabu tu semua. Tak pernah lagi lah kena harga semahal tu bagi sepinggan atau sebungkus nasi dagang atau nasi kerabu. Saya ni tadi tak sempat nak pertikaikan pada akak tu. Sebab saya dah lambat nak masuk dalam dewan. Jadi saya berlalu begitu sahaja. Sehinggalah sekarang saya baru tersedar kembali. Nasib baik lah saya bukan penghuni bangunan tersebut. Kalau tidak, hari2 kot akak tu kena sound ngan saya sebab charge mahal sangat. Terima kasihlah akak sebab dah berjaya kenakan saya harini !!

10 Disember 2011

Terpaksa

Sejak lepas bajet 2012 diumumkan, memang tak menang tangan dah kami ni nak buat kerja. Terutama bila dah masuk bulan Disember ni. Lepas tu pulak, sekarang ni pekeliling yang sepatutnya dah ada yang keluar. Mulalah tugasan kami. Dan harini jugak saya terpaksa datang office semata-mata nak siapkan data pegawai-pegawai negeri Selangor dan Labuan untuk dimasukkan dalam sistem Hrmis. Terbaik kan. Ahhh...takde maknenye terbaik. Terpaksa OK! Dah lah terpaksa datang office buat kerja, lepas terpaksa pulak saya membawa si kecik. Bukan saya sengaja nak bawak dia, tapi tiba-tiba incik suami pun kena datang office jugak disebabkan tugas untuk program esok lusa dan tulat. Nak hantar kat mak, mak pulak nak pergi kenduri. Nak hantar pada pengasuh memang tak lah kan. Sebab harini hari Sabtu! So, berkorban apa sajalah! Walaupun kami ni satu office, tapi unit lain-lain tau. So, ada lah tugas sendiri. Memang kesian lah bila bawak si kecik ke sini. Mana boleh bebas macam duduk kat rumah kan. Terhad lah pergerakan dia. Mesti dia rasa bosan. Takpelah ye sayang, for today je! Sekarang tugas saya yang sepatutnya saya selesaikan harini telah selesai. Lega memang lega! Tapi lega dengan tugas ni je lah. Yang lain2 banyak lagi menanti. Hari Isnin (12.12.11) ni pulak kena pergi ke Kompleks KPKK pulak, ada taklimat berkaitan SBPA. Macam-macam lah. Kalau boleh terus balik rumah takpe, ni tak. Taklimat tu habis tengah hari, dan kami kena masuk office. Sadiss kan. Saya ni lagi lah sadis rumah dah baik punya kat Putrajaya. Tup tup kena jugak pergi KL pada hari Isnin tu. Menci..

:: Kesian dia, mengantuk! Dia memang tidur tak guna bantal ::

:: Ni upah untuk aqil ye, sebab sanggup ikut mama pergi office. Dibiayai oleh aunty kema ::
Memang habis fries tu dia makan. Suka dia. Mentang-mentang lah dah ada gigi. Hehehe.. Tak lupa jugak, thanks pada Qema yang sudi taja makan tengah hari kami. Ngeh ngeh ngeh.... Sekarang kerja dah siap, tapi ayah nya macam belum siap je lagi buat kerja nya. Tak tahulah pukul berapa nak balik ni. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 4.37 petang. Dah penat dah ni. 

Bapak Borek Anak Rintik




Nampak tak apa yang cuba saya tunjukkan? Tengok2 dan intai2 lah ye apa dia. Ni baru fizikal, belum nampak lagi dari segi dalaman. Maksudnya yang tersirat.

09 Disember 2011

3 jam menunggu

Sebagaimana yang korang tahu @ yang mana kenal dan mengikuti kisah anak saya, semua mesti tahu yang my lil hero tu tak sihat2 lagi. Dah masuk 2 minggu ni kot. Dah naik risau jugak lah. Dah banyak ubat yang saya try bagi. Dah 2 3 klinik kitorang pergi. Tapi still batuk dan selsema dia tu tak baik2. Demam pulak on off on off je. Apa lagi lah kan saya nak buat. Dah tak tahu dah. Akhirnya petang semalam balik kerja saya dan incik suami buat keputusan bawak aqil pergi hospital Putrajaya pulak. Tambahan pulak, masa jemput aqil di rumah pengasuh, pengasuh bagitau yang aqil ni meragam je sepanjang hari. Katanya, tak boleh pulak takde orang depan mata dia. Kalau takde, mula lah dia menangis. Selalu nya takkan macam tu. Kecuali kalau dia tak sihat @ demam, comfirm dia jadi macam tu. Memang kami sendiri dah maklum sangat dengan perangai aqil tu. 

Berbalik semula pada cerita bawak pergi hospital tu. Kitorang keluar rumah pukul 6.15 petang lebih kurang. Kononnya fikir taknak lah pergi lambat sangat, nanti kalalu lambat pergi lambat lah balik. Jadi keluar lah awal. Sampai2 je kat unit kecemasan tu, mak aiiii ramainye orang. Memang penuh lah. Sampai kat luar orang. Bila daftar, nurse tu cakap memang lambat sikit lah sebab orang ramai. Saya pun cakap lah takpe. Ye lah takkan saya nak balik pulak kan. Tunggu je lah. Tunggu punye tunggu tak panggil2 jugak. Takpe sabar je lah. Sebab kita paham la kan. Hospital kerajaan. Kalau nak cepat pergilah hospital bayar. Betul tak? Demi aqil saya dan incik suami sabar menunggu sehinggalah nama aqil dipanggil. Masa tu korang tau tak dah pukul berapa. Dah pukul 8 lebih ok. Memang lama! Lepas tu bila dah masuk bilik doc tu. Memang serius lembap doc tu. Slow sangat dia buat kerja. Nak marah karang, tak sampai hati. Bila dah siap doc check, tunggu pulak nak ambil ubat. Pun lambat jugak. MasyaAllah sabar je lah. Tepat pukul 9 malam rasanya kami baru sampai kat rumah. Punya lah lama! 

Kadang-kadang tak faham kenapa lah servis dorang tu lambat sangat. Janganlah macam tu kan. Bukan nya kita ni duduk tunggu kat luar tu sihat walaafiat. Dah tentu2 lah kita ni sakit @ tak sihat. Mana yang bawak anak kecil macam saya ni, dah tentu2 lah meragam2 diorang tu. Sampai ada saya tengok yang masih dalam pantang dan bawak baby kecik tu. Menangis2 anak dia punyalah lama dah tunggu kan. Muka pun dah merah2. Saya rasa anak dia demam. Takkan lah pihak hospital tu tak tahu. Kalau budak kecik demam panas, bahaya sangat ! Janganlah ambil mudah. Memang betul kita perlu tunggu, tapi jangan lah sampai berjam2. Sampai ada yang balik. Kesihatan tu penting. Kalau apa2 jadi pada anak2 orang semua, nak ke diorang bertanggungjawab? Tak kan? Jadi sedarlah! Berhati perut lah sikit. Biarlah ada kemajuan di mana2 hospital kerajaan. Janganlah hospital sebesar besar alam, tapi doktor nye dua ekor je! 

06 Disember 2011

Sesi Meng'HANDSOME'kan!

Rasanya macam dah lama je tak update. Sepertimana yang korang tahu, yang pernah baca entry saya sebelum ni. Cerita pasal sibuk tu. So, kesibukan tersebut telah bermula ye. Sebab tu lah saya lama tak update. Lama tak lama jugak lah. Baru je beberapa hari. Hehehe... Ni pun curi-curi masa je untuk menyinggah kejap. Nak baca entry kawan2 lain pun tak berkesempatan. Sadisss sungguh! Biarlah cerita kesibukan tu berlalu begitu sahaja. Mungkin next time saya akan share kot. Kalau berkesempatan dan rasa nak update lah ye. Kali ni saya nak share pasal hari Sabtu lepas.

Sabtu lepas saya balik rumah mak mertua. Maklumlah dah 2minggu tak balik. Rindu nenek kepada cucunya nanti. Kebetulan pulak minggu tersebut ada kenduri di area KL. So, alang-alang lah kan. Hari Sabtu tu lepas pergi kenduri di Cheras, kami terus menuju ke Melawati. Tapi sebelum balik rumah mak, kami singgah kedai mamak kat Melawati tempat biasa aqil gunting rambut tu. Dah lama benor rasanya tak gunting rambut dia. Jadi bermulalah operasi gunting menggunting rambut dia.

:: Rambut sebelum digunting ::

:: Mula2 sampai ::

:: Cool je kan muka dia ::

:: Bagus anak mama ni ::

:: Hensem nye ::

:: Amboi muke dia ::

:: Dah mule dah ::

:: Still under control ::

:: Muke boring - tak boleh duduk lama dia ni ::

:: Dah masam dah muke dia ::

:: Mengantuk sebenarnye ::

:: Dah siap tapi tak sempat sikat lagi ::

Macam-macam perangai dia kan. Tu lah anak bujang saya sorang ni. Memang dia boleh duduk diam bila gunting rambut tu. Tapi tak boleh lama-lama sangat. Bila dah lama-lama sangat tu, mule lah dia meragam dah. Tapi memang dia tak menangis pun. Bagus lah anak mama. Pandai.. Sayang sangat kat dia! 

:: Inilah hasilnya ::

03 Disember 2011

Demam OMBAK RINDU!

Sekarang aku memang gila-gila minat Aaron Aziz. Hensem lah dia. Berbakat besar sungguh dalam bidang lakonan. Tak sia2 aku pergi tengok filem Ombak Rindu tu. Kalau korang nak tau, sanggup OK aku keluar awal di hari Jumaat tu. Ni semua gara-gara abang aaron! I love him very much. Hahahaha.. Gila over kan. Incik suami selalu cakap kat aku, dia tu dah ada anak 2. Apa ku kesah.... Hahahhaa..


:: Tengok ni ::

Sanggup kan aku. Tak kisah lah hari kerja ke. Pergi je. Ye lah kalau hari2 cuti Sabtu dan Ahad tak merasa lah nak pergi tengok wayang. Maklum lah dah beranak kecik ni. Rumah je lah jawabnye. Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa yang belum pergi tengok filem ni, sila lah pergi. Sure korang tak menyesal. Memang kena pergi. ABP nanti tak mustahil lah Aaron Aziz boleh dapat award sebagai Bintang Paling Popular bagi tahun 2011. Saya dah plan akan beli surat khabar Berita Harian setiap hari nanti bila undian untuk ABP dah keluar. Saya akan terus menerus mengundi Aaron Aziz. I love u lah!