12 Disember 2012

Terlanjur Cinta

Rumah aku sekarang dah pasang astro tau. Tapi boring gak lah astro ni sebenarnya. Cerita ulang2 je. Memang boring sangat! Rasa rugi pun ye gak pasang astro ni. Tapi dah incik suami kaki bola, sanggup lah dia. Channel wajib dia amek Sport lah. Walaupun dah pasang astro, aku tetap nak layan tv3 and tv9 ok! Sekarang selain drama Mimpi Cinderella dan Sarakit aku suka, aku jugak dah suka satu drama ni kat TV9. Terlanjur Cinta. Best ok. Sila lah layan setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30pm.


Terlanjur Cinta mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.


Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

Pelakon hebat drama Terlanjur Cinta ialah Siti Saleha, Raja Ema, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Pengarah Terlanjur Cinta ialah Erma Fatima.

Drama Terlanjur Cinta sesuai buat penggemar drama Melayu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9!

07 Disember 2012

Rindu

Sekarang aku tetiba rasa rindu nak mengandung! Uwaaaa... Hahahaha.... Tapi belum ready lagi la. Nak pergi vacation dulu bawak aqil tahun depan. Lepas tu baru boleh mengandung. Nanti jenjalan naik flight bawak perut, sangat tidak best ok! So kene rancang betul2.. Hahaha.. Lagi satu aku rindu sangat nak pergi jalan2 kat Singapore. Raya tahun lepas ada balik Singapore, tapi tak sempat lah nak bawak aqil jalan2. So incik suami dah 2 3 kali mention bulan 12 ni kita pergi. Aku harus lah on je! Hahahaha... Memang sangat2 rindu dua2 moment ni. Kebetulan pulak dulu masa cousin2 bawak jalan kat Singapore, aqil masih dalam perut ok. Jom la kita layan gambar2 zaman2 kecomelan perut aku. hahahahah... Bulan ni kite pergi Singapore ok! InsyaAllah.

:: Rindulah saat ini ::
:: Gila posing ::

:: Ni lah cousin2 husband yang tinggal kat Singapore ::

:: Aku nak naik benda alah ni, sebab dulu mengandung tak boleh ::

:: Naik guna cabel tu, turun gune ni. LUGE namenye ::

:: Ni rumah makcik incik husband kat sana ::

:: Kali ni pergi nak naik atas bangunan 3 tu, ada swimming pool ok atas tu ::

:: Macam eye on Malaysia dulu2. Memang gayat ok ::

:: Oh Singa! ::

:: Tu aqil masih dalam perut ::
Memang serius rindu nak pergi Singapore. Dah lama tak balik sana. Cousin2 pun dah banyak kali suh balik sane. Tunggu ye. Nak idupkan pasport dulu. Kali ni nak bawak aqil jenjalan pulak kat sana. Dia suka naik tren. So kita naik MRT and bas je kat sana, senanggg...

Pada sesiapa yang blm tahu, incik suami saya sebenarnye Singaporean. Tapi dibesarkan di Malaysia. Sebab tu aku merasa gi sana. Kalau tak, belum tentu aku dapat merasa. Saudara2 dia pun masih ramai kat sana. 

Susah hati

02 Disember lepas aqil genap berumur setahun 10 bulan. Kurang lagi 2bulan aqil bakal mencecah umur 2tahun. Dah bujang anak mama sorang ni. Tapi sekarang tak tahu kenapa, dah 2 3 malam dia akan bangun tengah2 malam nangis dan minta buai. Selalu bila tengah2 malam dia sedar, dia akan minta susu je. Sekarang ni tak. Dan bila kita buat susu, dia taknak. Kalau lepas jemput dari rumah pengasuh pun sampai lah masa dia nak tidur, kita tanya dia nak susu ke tak, mesti dia jawab taknak. Kalau kita buat gak dan bagi dia, pasti dia campak. Tak sedap dah ke rasa susu tu sayang? Dah tak selera ke nak minum susu? Dah macam2 persoalan bermain di kepala aku ni.

Kalau aqil ni jenis yang makan nasi kuat macam anis (cousin aqil yg sebaya tu) takpe. Ni tak, aqil bukan nak makan sangat. Kena paksa2 baru makan. Takkan nak suruh mama dan ayah tukar susu lain untuk aqil. Susu banyak lagi tau. Ayah baru beli minggu lepas. Masih ada 8kotak kot. Macam mana ni? Alamakkkk... Buntu lah. Takut kesihatan dan berat badan dia merosot. Bulan ni dah lah ada checkup bulanan untuk aqil. Nanti kalau berat turun takut masuk ke kawasan kuning, dah mama susah hati nanti.

:: Ni lah susu aqil skrg, tapi aqil punya perisa honey ::

Andai kata sampai minggu depan aqil still macam tu, mama n ayah dah decide nak tukar susu lain. Apa boleh buat kan. Daripada aqil langsung taknak minum susu n makan nasi. Nanti buat mama n ayah lagi risau. Harini nak pergi beli semula vitamin lysin tuk aqil. Sebelum ni ada bagi, tapi stop kejap sebab aqil kadang2 nak kadang2 taknak. Last2 terus tak bagi. So harini nak bagi balik supaya selera dia datang balik. Dan minggu depan kalau aqil masih taknak minum susu ni, mama n ayah dah decide nak try bagi aqil susu pediasure. Harap2 dia ok lah. Susu ni pun bagus. 


Susah hati bila anak macam ni. Apa yang tak kena agaknye ye.

06 Disember 2012

Lelaki 'Perfect'


Ramai wanita yang mempersoalkan tentang perkara ini. Masih ada ke? Betul ke wujud lagi lelaki macam ni? Bagi aku sendiri, aku sangat2 bersyukur kerana kesemua kriteria lelaki perfect tersebut ada pada incik suami aku setakat ini. Dan berharap benda tu semua akan kekal dalam ikatan rumahtangga kami. Cuma bab curang tu aku tak berani nak cakap, sebab tak nampak dan susah nak nampak. Lagipun tak elok kita nak berbangga diri sangat, kerana atas perangai suka membangga itu akan memakan diri kita suatu hari nanti. Nanti kalau aku cakap laki gila2 setia, padahal curang. Dah ke malu aku dan merana aku! Mintak jauh la dengan perkara tu! 

Syurga Isteri

Dulu hari2 aku suka dengar radio HotFM je. Tapi sekarang aku hari2 dengar online radio SuriaFM ok. Layan gak la lagu2 dia. Best! Ni semua gara2 aritu aku ada pakai kereta bapak mertua aku, frekuensi masa aku bukak tu adalah radio orang tua la SuriaFM, aku dengar2 best pulak lagu2 nya. So, terus beralih arah la. Tapi pagi2 on the way pergi kerja, comfirm aku bukak radio HotFM jugak tau. Mesti nak dengar Fafau, AG n Faizal merepek. hahaha.. Pagi tadi punya Hot Chat menarik minat aku pulak tuk share kat sini. Pasal kalau suami nak kahwin lagi, isteri yang carikan calon.

:: Print screen dari FB Hot FM ::
Apa pendapat korang wanita-wanita di luar sana? Setuju ke tak? Aku pasti ramai wanita2 yang bergelar isteri tidak rela keadaan ini berlaku kepada diri sendiri kan. Termasuk aku. Tapi aku suka fikir positif. Tak salah apa kalau suami kita mampu dan adil untuk berpoligami. Lagipun dalam Islam pun sama sekali tidak mengharamkan poligami. Janji niat itu betul. 

Andai kata perkara ini jadi dalam hidup aku, insyaAllah aku akan membenarkan jika itu sudah takdir. Kita sebagai manusia biasa, layakkah untuk menolak takdir dari Allah. Jika kita ikhlas membenarkan suami kita berkahwin lain, besar ganjaran yang bakal kita terima di akhirat kelak. Tapi jauh di sudut hati, aku susah lah nak mengizinkan. Berharap tidak akan berlaku lah pada aku. Jadi kita kena lah pandai2 membahagiakan rumahtangga kita tanpa ada gangguan2 dari luar atau berlaku perkara yang kita taknak.

Sayangilah keluarga kita. Ikhlas lah dalam perhubungan. Sentiasa bertolak ansur. Sentiasa mengambil berat dan sayang menyayang antara satu sama lain. Banyak bersabar dan berdoa agar ikatan perkahwinan itu tetap kuat dan kukuh hingga hujung nyawa kita. 

Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami.

04 Disember 2012

Kuasa ALLAH

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Selasa.

Korang dah tonton Adam dan Hawa? Hahaha.. Tetiba kan. Aku dah selamat menonton pepagi sampai tadi. Lepas dah tonton, baru pergi breakfast. Dan sekarang perut dah sedap kenyang, terus boleh update blog. Wahhhhhh... Gedik je kan. Itu lah rutin aku hari2 bila sampai ofis. Tapi update blog tu jarang la. Tak jadi rutin lah. Takde mood, bizi, malas, macam2 lagi lah alasan aku. Sebenarnya aku ke sini pagi2 ni bukan nak cerita pasal tu semua, aku nak cerita pasal semalam time aku balik kerja.

:: Gambar hiasan ::
Petang semalam aku keluar dari ofis, memang dah gelap dah langit. Cuma belum hujan je lagi. Tapi aku rasa kat jalan otw balik nanti mesti hujan. Sepanjang jalan Istana Lama tu dah renyai2. Dan biasa lah kan jem sikit. Tu tak boleh nak elak lah. Jem sampai Sri Petaling. Aku ikut highway Plus. Tak ikut MEX. Sampai je Sri Petaling, hujan selebat2nya. Sampai tak nampak jalan ok! Aku hanya mampu drive 40-60 km/j je ok. 

Kusangkakan hujan lebat macam tu separuh jalan je. Tapi sampai tol Sungai Besi pun hujan masih mencurah2 tak nampak jalan. Memang semua slow lah. Aku lagi lah slow. Fobia jalan licin. Sampai kat tol UPM pun masih lebat gila2. Tengok atas memang gelap gila. Tak nampak langit dah. Sangat gelap! Aku biasa akan balik ikut Bangi, Gate 1 Putrajaya. Itu memang jalan aku lah. Sepanjang jalan memang hujan sangat lebat sampai pemandangan sangat terhad. Tapi tiba di satu kawasan masjid kat Kg Abu Bakar Baginda tu, boleh pulak dengan serta merta hujan rintik2 je. Sedangkan sebelum tu hujan lebat gila2.

Aku ingat kan lepas tu pun takdela hujan lagi. Rupa2nya hanya di kawasan sekitar masjid tu je yang tak hujan. Sebelum dan selepas jalan tu hujan turun mencurah2 sampai rumah. Sungguh pelik. Tapi itu adalah kuasa Allah. Hanya Allah yang berkuasa dan tahu tentang segala2 nya. Sekadar kebetulan atau suratan.