06 Disember 2012

Syurga Isteri

Dulu hari2 aku suka dengar radio HotFM je. Tapi sekarang aku hari2 dengar online radio SuriaFM ok. Layan gak la lagu2 dia. Best! Ni semua gara2 aritu aku ada pakai kereta bapak mertua aku, frekuensi masa aku bukak tu adalah radio orang tua la SuriaFM, aku dengar2 best pulak lagu2 nya. So, terus beralih arah la. Tapi pagi2 on the way pergi kerja, comfirm aku bukak radio HotFM jugak tau. Mesti nak dengar Fafau, AG n Faizal merepek. hahaha.. Pagi tadi punya Hot Chat menarik minat aku pulak tuk share kat sini. Pasal kalau suami nak kahwin lagi, isteri yang carikan calon.

:: Print screen dari FB Hot FM ::
Apa pendapat korang wanita-wanita di luar sana? Setuju ke tak? Aku pasti ramai wanita2 yang bergelar isteri tidak rela keadaan ini berlaku kepada diri sendiri kan. Termasuk aku. Tapi aku suka fikir positif. Tak salah apa kalau suami kita mampu dan adil untuk berpoligami. Lagipun dalam Islam pun sama sekali tidak mengharamkan poligami. Janji niat itu betul. 

Andai kata perkara ini jadi dalam hidup aku, insyaAllah aku akan membenarkan jika itu sudah takdir. Kita sebagai manusia biasa, layakkah untuk menolak takdir dari Allah. Jika kita ikhlas membenarkan suami kita berkahwin lain, besar ganjaran yang bakal kita terima di akhirat kelak. Tapi jauh di sudut hati, aku susah lah nak mengizinkan. Berharap tidak akan berlaku lah pada aku. Jadi kita kena lah pandai2 membahagiakan rumahtangga kita tanpa ada gangguan2 dari luar atau berlaku perkara yang kita taknak.

Sayangilah keluarga kita. Ikhlas lah dalam perhubungan. Sentiasa bertolak ansur. Sentiasa mengambil berat dan sayang menyayang antara satu sama lain. Banyak bersabar dan berdoa agar ikatan perkahwinan itu tetap kuat dan kukuh hingga hujung nyawa kita. 

Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan