12 Disember 2012

Terlanjur Cinta

Rumah aku sekarang dah pasang astro tau. Tapi boring gak lah astro ni sebenarnya. Cerita ulang2 je. Memang boring sangat! Rasa rugi pun ye gak pasang astro ni. Tapi dah incik suami kaki bola, sanggup lah dia. Channel wajib dia amek Sport lah. Walaupun dah pasang astro, aku tetap nak layan tv3 and tv9 ok! Sekarang selain drama Mimpi Cinderella dan Sarakit aku suka, aku jugak dah suka satu drama ni kat TV9. Terlanjur Cinta. Best ok. Sila lah layan setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30pm.


Terlanjur Cinta mengisahkan tentang cinta Nia (Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.


Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.

Pelakon hebat drama Terlanjur Cinta ialah Siti Saleha, Raja Ema, Aqasha, Marsha Milan, Nazim Othman, Zul Ariffin, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Pengarah Terlanjur Cinta ialah Erma Fatima.

Drama Terlanjur Cinta sesuai buat penggemar drama Melayu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan