07 Disember 2012

Susah hati

02 Disember lepas aqil genap berumur setahun 10 bulan. Kurang lagi 2bulan aqil bakal mencecah umur 2tahun. Dah bujang anak mama sorang ni. Tapi sekarang tak tahu kenapa, dah 2 3 malam dia akan bangun tengah2 malam nangis dan minta buai. Selalu bila tengah2 malam dia sedar, dia akan minta susu je. Sekarang ni tak. Dan bila kita buat susu, dia taknak. Kalau lepas jemput dari rumah pengasuh pun sampai lah masa dia nak tidur, kita tanya dia nak susu ke tak, mesti dia jawab taknak. Kalau kita buat gak dan bagi dia, pasti dia campak. Tak sedap dah ke rasa susu tu sayang? Dah tak selera ke nak minum susu? Dah macam2 persoalan bermain di kepala aku ni.

Kalau aqil ni jenis yang makan nasi kuat macam anis (cousin aqil yg sebaya tu) takpe. Ni tak, aqil bukan nak makan sangat. Kena paksa2 baru makan. Takkan nak suruh mama dan ayah tukar susu lain untuk aqil. Susu banyak lagi tau. Ayah baru beli minggu lepas. Masih ada 8kotak kot. Macam mana ni? Alamakkkk... Buntu lah. Takut kesihatan dan berat badan dia merosot. Bulan ni dah lah ada checkup bulanan untuk aqil. Nanti kalau berat turun takut masuk ke kawasan kuning, dah mama susah hati nanti.

:: Ni lah susu aqil skrg, tapi aqil punya perisa honey ::

Andai kata sampai minggu depan aqil still macam tu, mama n ayah dah decide nak tukar susu lain. Apa boleh buat kan. Daripada aqil langsung taknak minum susu n makan nasi. Nanti buat mama n ayah lagi risau. Harini nak pergi beli semula vitamin lysin tuk aqil. Sebelum ni ada bagi, tapi stop kejap sebab aqil kadang2 nak kadang2 taknak. Last2 terus tak bagi. So harini nak bagi balik supaya selera dia datang balik. Dan minggu depan kalau aqil masih taknak minum susu ni, mama n ayah dah decide nak try bagi aqil susu pediasure. Harap2 dia ok lah. Susu ni pun bagus. 


Susah hati bila anak macam ni. Apa yang tak kena agaknye ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan