21 April 2014

Tak sabar!

Minggu lepas hari Jumaat, aku kena pergi KK Presint 3 minum air gula. Dalam kul 10 pagi gitu dah setel dah pun. Tapi memang rasa malas betul nak masuk ofis. Lepas je habis amek darah semua, aku balik rumah kat Putrajaya dulu, basuh baju. Maklumlah KL kan kena catuan air. Dah setel jalankan mesin, aku keluar pergi Taman Equine Seri Kembangan.

Memang dah lama plan nak ke Jusco Taman Equine tu pastu nak jalan2 kat area sana cari kedai perabot. Akhirnya Jumaat tu dapatlah aku pergi sorang2. Best. Baru bebas nak jalan and shopping. Kat Jusco tu aku beli barang2 baby je. Round2 bagai lah. Keluar dari JJ tu kononnya nak cari lah kedai perabot berhadapan JJ tu, tapi macam tak jumpa je. Ada je jumpa kedai perabot, tapi macam tak best je. Pastu kawasan tu pulak susah gila nak dapat parking. Ahh terus rasa malas lah!

Dengan rasa kecewa dan tak puas hati, terus la memandu untuk pergi Bangi pulak. Cehh ayat skema memandu. Hahaha.

OTW drive tu kepala berputar je kat mana lah aku nak cari perabot yang berkualiti tahan lama cantik semua lah. Tetiba dah dekat ngan pasar borong Selangor tu aku nampak ada Valencia. Pastu boleh pulak ada papar besar2 kat situ SALE! SALE! 50%! Kau gila taknak singgah? Aku singgah lah! 

Masuk2 je, wahhhhhhhh. Memang perabot dia cantik2 dan menepati citarasa aku. Yes! Tapi aku tak terus beli ye. Sebab aku masih beringat, aku ada laki lagi. Kang beli2 tanpa persetujuan bersama, tak best gak kan. Sebab dah beli nanti sama2 dok rumah mana tau laki aku tak berkenan ke. Tapi serius murah2. Sofa besar gedabak dari 3k++ jadi 1k++ je. Serius puas ati lah. Cuma kabinet tv je lah yang aku tak berapa ok sebab harga dia mak aiiiii mahal. Sofa memang ok lah beli kat situ.

Bila dah survey2 kat situ, aku pergi pulak Bangi. Konon2 ok kita survey harga2 perabot kat sana plak. Tapi takde yang menepati citarasa aku lah. Harga mahal tapi kualiti tak berapa lah bagi aku. Kat Valencia tu aku boleh tempah tukar warna ke, design ke. Memang aku suka lah. Pastu dalam masa 5tahun kalau sofa aku tu koyak ke patah ke, dorang boleh datang amek balik and jahit balik ke ganti kulit baru. Ye aku suka aku suka!

Dengan perasaan hampa jugak tak dapat beli perabot lagi, aku pun balik rumah Putrajaya sementara nak tunggu laki aku abis keje kul 6 lebih gitu. Tapi macam mana pun minggu ni aku mesti pergi balik Valencia tu. Aku akan beli gak. Tak kira! Aku dah kira bajet aku, memang ngam sangat ngan bajet aku. So tak boleh tunggu lagi.

Ikutkan hati nak pergi tengah hari ni. Kereta pun aku yang pegang arini. Tapi malangnya petang ni kul 3 aku ada checkup pulak. So tangguhkan la ke esok hari or lusa. Yang penting minggu ni! Tak sabar!

16 April 2014

Nak beli perabot

Dalam entry sebelum ni aku ada mention kitorang akan pindah semula ke rumah kitorang kat Putrajaya kan. Yes! Tapi lepas aku bersalin, InsyaAllah. Aku penat lah ulang alik hari2 dari KL ke Putrajaya. Sedangkan ada je rumah kat Putrajaya ni kan. Aku sayang nak pulang rumah kuarters ni. Sebab rumah ni selesa untuk kami sekeluarga. Rumah pun masih elok. Kami pun orang pertama duduk rumah tu. Bukan 2nd hand ke 3rd hand ke. Tolak bulanan pun sangat2 lah murah.

Tapi sebelum pindah semula, aku plan nak ubahsuai balik rumah tu. Bukan lah renovate. Tapi deco. Bukan deco beria, tapi sikit2 je. Aku nak beli sofa baru, kabinet tv baru dan peti ais baru. Yes, 3 barang ni aku nak beli baru. Tujuan nak tukar sofa dan kabinet tv tu sebab aku nak nampak kelainan dari dulu. Maklumlah dulu Aqil kan selalu tak sihat demam sampai fit tu. So bagi aku itu adalah peristiwa hitam. Aku ngan laki aku taknak dibayangi peristiwa di saat-saat Aqil tak sihat dulu. Nak minta kat BPH tukar rumah lain macam mustahil je dilayan. So, ini lah satu2 nya cara bagi rumah tu nampak lain.

Aku plan nak cat dinding tu warna lain. Cat memang aku boleh dapat dengan harga murah, sebab cousin aku kerja kedai hardware. So, part harga tu tak fikir sangat lah rugi ke tak. So senang lah kan. Tapi tengok pada kerajinan lah. Motif aku nak tukar peti ais baru pulak sebab peti ais aku sekarang hanya 1 pintu. So, sekarang aku nak beli yang 2 pintu. Motif? Plan nak bf baby nanti. So, bila peti ais 1 pintu ni macam susah je nak simpan stok sebab ruang kecik. Kalau beli peti ais 2 pintu, besar la sikit ruang nya kan.

Sekarang still tengah survey2 barang2 perabot yang nak dibeli tu. Memang nekad sangat dah nak beli ni. Duit pun aku dah standby siap2 tuk tiga barang ni. Tunggu jumpa yang berkenan je. Kalau korang tau kat mana2 kedai perabot/elektrik yang harga ok dan barangan pun cantik2, bagitau lah aku. Aku memang mencari sangat ni. Kalau boleh nak setel semua sebelum bulan 6 ni.

Habis tu barang perabot yang lama tu macam mane? Aku akan anta kat kampung bagi abah aku. Takkan lah aku nak peruk jugak kan kat rumah tu. Memang tak lah. Sekarang ni jugak aku tengah cari kat mane murah jual rak serbaguna (boltless rack). Aku nak letak dalam bilik serbaguna. Memang praktikal sangat rak tu. Kalau korang ada info, share lah ye.

09 April 2014

Persiapan 2nd baby

Assalamualaikum

Sedar tak sedar sekarang dah 27 minggu usia kandungan aku. Tu bermakna dah 6 bulan lebih. Sekejap je rasa masa berlalu. Lagi 3 bulan aku bakal melalui saat2 indah itu (bersalin). Tapi kali ni rasa berdebar2 lebih pulak. Dulu takde la sangat. Mungkin sebab sekarang usia dah meningkat kot. Dulu dekat2 due n sampai lah dah overdue, aku ilek je tak rasa ape2. Tapi kali serius lain betul. Awal2 gini aku dah nervous dah. Apakah?

Bercerita mengenai pengalaman pregnant kali ni, memang berbeza lah kalau compare masa mengandung Aqil dulu. Masa mengandung Aqil, aku mabuk teruk sampai melepet 4 bulan. Kali ni pun sama 4 bulan, tapi takdelah sampai melepet cam dulu. Makan semua ok lagi. Dulu langsung tak boleh makan sampai kene drip. Tapi yang pelik kali ni mengandung dah 6 bulan tapi berat tak naik sangat. Naik 1.15 kg je. Dah jadi point utk nurse n doc bebel. Boringggg~~~~~
Doc scan tengok berat baby, ok je. Berat dia dah 600gm lebih pun. Good boy/gurl!

Mengenai persediaan barang2 pulak, dah ada beli sikit2. Utk baby, tinggal sikit2 je barang yang takde. Kali ni aku beli semua baru jugak. Sebab masa Aqil banyak yang sedara2 bagi pinjam n aku pun dah pulang balik. So kali ni takmo la pinjam2 dah. Semua aku beli je.

Barang aku pulak, macam bengkung memang kena beli, sebab yang dulu punya tak best langsung. Tapi aku tak tau nak beli bengkung brand apa n jenama apa. Pastu breast pump pun still tengah review2 lagi. Pun tak tau mana yang ok. Kalau korang ada cadangan, bantulah aku.

Tu je kot setakat ni, nanti sambung lagi lah. Nak gi review barang2 aku pulak. Nak review breast pump, bengkung, set bersalin. Ehh macam2 nya.

26 Mac 2014

Semoga segalanya dipermudahkan

Assalamualaikum!

Lama sungguh aku tak bersiaran kat sini kan. Dah berbulan pun aku tinggalkan blog ni berhabuk. Aku hari2 je buka blog. Tapi dok sibuk gi baca blog orang je. Blog sendiri dibiarkan terdampar begitu sahaja. Malas!

Kalau sesape friend ngan aku kat FB mesti dah tau aku sekarang tengah pregnant anak kedua. Alhamdulillah. Segalanya ok sihat. Cuma biasa la aku mabuk. Tapi sampai 4 bulan je. Dan sekarang dah 6 bulan, alhamdulillah dah takde mabuk2 lagi. Lega.

Sekarang aku dah kerja kat Putrajaya. Tapi still berulang alik lagi dari KL ke Putrajaya. Semua demi Aqil. Alhamdulillah sekarang Aqil dah semakin besar dan matang. Jarang sakit2 lagi. Dan sebab itulah sekarang kami laki bini tengah plan nak balik tinggal Putrajaya semula. Nasib baik aku tak pulang lagi rumah kuarters tu. Haritu plan nak pulang dah. Nasib baik tak jadi. Kalau tak, menyesal tak sudah lah aku. 

InsyaAllah kami akan masuk duduk semula ke rumah kami di Putrajaya lepas aku bersalin anak kedua ni. Maybe dalam bulan 9 or 10. Depends. Aku due 7.7.14. So, dalam hujung bulan 8 gitu aku dah habis pantang 44 hari kot. So, time tu dah boleh la move in ke rumah sendiri kan. 

Sabtu ni aku dah upah orang untuk cuci rumah kami tu. Then lepas tu aku dah plan nak bagi sofa, rak tv and peti ais pada abah aku. Aku nak beli baru and deco semula rumah tu. Nak nampak lain. Taknak nampak sama macam sebelum2 ni. Nanti bila dah siap deco, aku akan panggil orang untuk baca doa selamat dan majlis sikit. Sebab dah lama tinggal rumah tu kan. Tak elok lah kalau main redah masuk je. Dah la ada anak kecik. 

Bab pengasuh pulak, insyaAllah baby akan dihantar ke rumah pengasuh lama Aqil. Dan Aqil aku akan hantar dia ke sekolah di presint 11. Tapi cuma dari bulan 10-12 tu aku kena hantar Aqil jugak ke pengasuh dulu, sebab dia akan mula sekolah pada tahun 2015.

Semua dalam perancangan. Semoga segalanya dipermudahkan.

28 Oktober 2013

Suprise Birthday Present

Kalau korang ade add or follow FB/IG aku mesti tau yang minggu lepas birthday aku. Alhamdulillah pada tanggal 23 Oktober 2013 genap umur aku 26 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dan merasa nikmat kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang. Tiada yang lebih berharga daripada keluarga sendiri.

Masa hari kejadian tu, incik suami wish masa aku bangun tidur. Takde wish kat FB sume. Sentap gak la. Tapi ade sebab rupanya. Seharian dia buat dono je macam takde apa2. Ok pasrah lagi! Tapi dia ada emel aku kata "nanti ada suprise. Tungguuuuuuuuuuuu". Suprise ke namenye tu? Hahahaha.

Balik tu atas motor dia buat tak tau je sampai umah. Tapi atas motor ada paper beg parkson. Bila aku tanye ape tu, dia jawab ada orang bagi cawan free. Aku pun bendul, percaya je lah.


Tadaaaaaaaaaaaaaa. Ini lah suprisenye tu. Sebuah handbag yang diidam2 kan. Senyum lebar lah aku. Dah lama aku aim benda alah ni. Tapi tak tergamak nak keluar duit sendiri. Rasa sayang je duit. Aku kan kedekut. Hahahaha. Siap ada kad tu, tulisan sendiri. Ini lah sebab nya dia taknak wish kat FB. Katanya buat apa wish kat FB sume tu, nanti lama2 benda tu hilang ke bawah gak. Yang ni aku boleh simpan dan baca bila2 aku nak katanye. Romantik gak suami aku ni. Hahahhaa. Terima kasih sayang. I love it!

Cuma birthday treats belum lagi ni. Dah banyak kali mention nak makan kat Victoria Station. Nanti kite pegi ye as a birthday treats. hahaha. 

Quality time with family

Seperti biasa, setiap hujung minggu kitorang tak pernah lekat kat rumah. Mesti nak bawak aqil keluar gak. Wajib! Dia pun dah tau. Bangun2 je tdo pagi, terus cakap "mama ayah, jom jalan". Itu lah ayat dia setiap weekend. Kesian lah kan kalau tak bawak keluar. Dah la tinggal ngan nenek. Duduk pun rumah nenek, dah tentu2 balik kerja duduk rumah je. Hari Sabtu Ahad je lah time dia keluar.

So, hari Sabtu baru2 ni pagi2 lagi pukul 7.30pg dia dah kejut ayah dia, ajak keluar. Ayah dia dah la tidur lambat malam tu. Nak taknak dia terpaksa la bangun. Merengek2 si kecik nak keluar sebab susah hati tengok nenek dah keluar pergi pasar, anis pulak pagi tu awal keluar gi anta mama dia work. Memang aqil tak boleh tunggu lagi lah.




Tengok lah pagi2 dah nak keluar, ayah bawak lah dia main depan rumah. Muka ayah ngantuk je. Tapi sekejap je lah main kat luar tu. Pastu ajak dia masuk mandi. Cakap jom kita keluar gi breakfast.

Bila dah siap2, terus keluar. Tak tau nak gi mana. Tetiba ayah terus menuju ke KLCC. I is ikut je. I like! Jalan pun tak jem langsung pagi2. Nak cari parking pun sangat lah senang. Pagi2 melambak lagi parking.













Kitorang betul2 dah macam pelancong dah. Tapi best la jalan pagi2 kat KLCC. Kurang orang! 2 jam gak lah kitorang kat sana. Aqil pun hepi. Pastu incik suami ajak pegi OU or curve. Tapi aku ni tah kenapa malas sangat. Aku ajak balik je. Lagipun aqil bangun awal kan pagi tadi, so mesti lah nak kene tidur dulu. Petang nanti nak ikut mama ayah pergi pejabat lawyer pulak. Jadi marilah kita pulang.

Balik tu pulak layan cite hindustan Maan. Best! Aqil tidur dalam 3 jam gitu. Dia bangun je ngam2 kitorang nak gerak pergi pejabat lawyer. Dah setel kat pejabat lawyer, tak bawak dia ke mana pun. Pergi Manjaku Wangsa Maju je beli puting. Malas nak bawak dia jalan2 dah petang tu, sebab nanti malam nak bawak keluar lagi pergi dinner pulak ngan family kat Kg. Baru. Incik suami nak belanja mak ayah dia. Tempat biasa kitorang pergi, Rosdet, Kg. Baru. Best makan kat sini. Servis cepat, makanan sedap dan yang paling penting harga murah!




Macam2 kitorang order malam tu. Padahal makan untuk 5 orang je. Antara order2 tersebut adalah :-

1. Nasi putih (7 pinggan)
2. Ikan siakap masak 3 rasa
3. Tomyam campur 2 orang makan
4. Sup ekor 2 orang makan
5. Kangkung goreng 2 orang makan
6. Telur dadar 3 biji
7. Udang goreng kunyit (khas tuk aqil)
8. Udang sambal petai (khas tuk aku sorang)
9. Sotong goreng tepung 2 orang makan
10. Daging masak merah

Air semua air buah.

Banyak kan. Murah je. Total semua RM137 je! Kalau tempat lain tak dapat kot harga gini. Dah la murah pastu sedap pulak. Arghhh terus lapar!

Ahad pulak pagi kitorang dok umah je. Incik suami nak layan MotoGP. Aqil memang dah merengek nak keluar gak pagi2 tu. Tapi kite pujuk2 dia ajak main lah bagi tab la, pastu dia lupa la.

Tengah hari dalam kul 1 lebih gitu incik suami ajak keluar. Sekali lagi dia ajak pergi OU. Aku pun tak faham apa dia nak cari kat sana. Katanya nak soping. Ahh malas lah dah petang nak ke arah sana. Dah la jem pstu kang nak cari parking lagi satu hal. Aku ajak gi Jusco je. Last2 dia kata kite gi jauh sikit lah. Gi jusco Kepong. Boleh lah.



Ni gambar sebelum keluar semalam (Ahad). Sekarang bab bergaya memang dah pandai. Baju semua nak pilih sendiri. Kalau amek baju biasa2 je dia akan jawab tak cantik, atil nak baju cantek. Dia pergi la pilih sendiri. Geram pulak mak dia ni. Baju ni dari atas smp bawah semua dia pilih sendiri. Dah la pilih baju kemeja. Mak dia ni dah la pemalas nak iron. Tapi terpaksa gak.



Dah jalan2 kat Jusco, dia nampak pulak tempat ni. Meloncat2 nak masuk. Ok lah ok lah. Demi mu anak. Sejam = RM5. Boleh lah. Time ni dah dekat kul 7 pun. Pastu ayah dia sibuk ajak pergi makan pulak. Sekali lagi perangai malas aku keluar. Malas nak pergi makan. Sebenarnya aku pening kepala. Tu yang malas tu. Balik baru makan lah. Malam tu pulak mak masak nasi goreng lah, mi goreng lah. Sedapnya! Bertambah2 aku makan. Oh, patutlah aku dah gemuk sangat sekarang. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Harini aku start diet atkins balik. Semoga berjaya. Haritu aku buat diet atkins, 3hari aku dah turun 2 kg. Tapi kene kuat semangat lah buat diet atkins ni. 

Anak oh anak

Assalamualaikum

Lama betul tak bersiaran kat sini. Ada je masa. Banyak sangat masa free, tapi kemalasan yang amat sangat melanda. Baca2 blog orang je rajin, menulis kat blog sendiri malas. It's me!

Dah lama aku tak cerita dan up gambar anak bujang aku kat sini kan. Anak bujang aku tu dah semakin besar sekarang. Cakap pun dah banyak. Kadang2 penat nak layan dia cakap. Tapi aku happy sangat. Sekarang umur dia dah 2 tahun 8 bulan. Sekejap je kan masa berlalu. Lagi beberapa bulan dah genap umur 3 tahun pulak. Betapa indahnya perasaan menjadi seorang ibu.


Ni gambar beberapa bulan lepas. Pergi lepak rumah abang zali kat Segambut. Dia ajak karaoke. Tengok lah aqil semangat.



Muka kerek kan. Ini lah aqil sekarang. Sebijik perangai ayah dia, xsuka bila kita snap pic dia. Muka pun sama ngan ayah. Hehehe.




His favourite! KFC! Memang suka sangat KFC. Every weekend ajak ayah ngan mama makan KFC or MC'D. Aku dah naik muak dah. 








Kalau kat rumah pulak, ni lah aktviti dia. Setia dengan tab. Upin Ipin je. Aku pun dah naik hafal dah dialog dalam tu. Anak oh anak.

Banyak lagi sebenarnya cerita nak up. Kita sambung kat next entry la k. Babaiiiii