21 Mei 2013

Akhirnya! Alhamdulillah...

Betul kata orang, penantian itu suatu penyiksaan. Bertahun aku mencuba. Akhirnya dapat jugak. Setelah sebulan lebih menanti, dan akhirnya harini aku telah menerima berita gembira tersebut. Terima kasih YaAllah. Syukur alhamdulillah.


Akhirnya aku telah ditawarkan jawatan tetap. Di kementerian/jabatan mana belum tahu lagi. Kena tunggu surat tawaran dari JPA dulu. 

Perjalanan kejayaan aku ni, memang sama betul dengan incik azhar aku. Pada usia dia 26 tahun setelah 4tahun dia bekerja di CIMB Bank, dia telah dapat anugerah pekerja terbaik (gitulah kot gelarannya masa kat sana). Dan selepas itu, dia juga telah dapat tawaran jawatan tetap dalam kerajaan. 

Aku jugak sekarang 26 tahun dan 4 tahun kerja sebagai PT(P/O) N17 Kontrak di jabatan kerajaan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dan juga telah dapat tawaran jawatan tetap pada tahun yang sama. Sama kan kisah perjalanan kejayaan kami dapat tawaran kerja tetap kerajaan. 

Itulah jodoh namanya. Cehhh~~~~

Aku bersyukur yang teramat sangat. Tahun 2013 telah memberi kami banyak rezeki. Terima kasih YaAllah.

13 Mei 2013

Menanti 20 Mei.

Salam Isnin semua!

Jangan monday2 blues la ye. Not good..not good! Takde yang menarik nak diceritakan. Keje macam biasa. Kehidupan pun macam biasa je. Sekarang ni tengah bizi sikit sebab adik ipar aku nak kahwin 1 Jun nanti. So banyak persiapan yang kene tolong. Tapi segalanya berjalan lancar setakat ni.

Aku sekarang berdebar menanti 20 Mei. Lambat pulak rasa masa berlalu. Cepat lah tiba saat itu. Berjayakah atau kecundang? Sama2 lah kita nantikan. Sekarang ni kat ofis aku ni, cc aku dok sibuk suruh aku siapkan segala kerja. Nanti kang dapat keje, abes sume aku tinggalkan katenye. Semua kat sini konfiden je aku akan dapat keje tetap tu. Harap2 masin lah mulut mereka.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry. *Entry malas namanya ni* Asalkan ada sudah. Hihihihihi..

07 Mei 2013

Fossil ES3101




Tadaaaaaaaaaaa.... Alhamdulillah. Terima kasih suamiku kerana telah menunaikan impian isteri mu ini. Suka sangat! Tengah malam tadi adik ipar aku call incik suami suruh pergi amek jam tu kat dia. Tapi incik aku malas nak keluar dah tengah2 malam. Last2 adik ipar aku anta jam tu balik. Perghhhh memang terbaik lah. Tak sabar nak pakai. Tunggu pergi hantar bukak yang lebih panjang tu. 

Best sangat dapat jam ni. Fossil code ES3101. Next request ape ekk. Gediknya aku! Hadiah birthday u minggu depan kita pergi beli ye. Delay lame sikit. Tapi tetap ada. Sayang u ketat-ketat incik suami!

Cepat pergi tengok Iron Man 3. Best!




Pada hari pertama tayang Iron Man 3 aku dah pergi tonton dah. Memang superb! Tak menyesal langsung. Dah la masa tu amek tiket midnight. Memang berbaloi2 korbankan waktu tidur. Almaklumlah aku ni kan pukul 10 ke 11 ke dah tido dah. 

Korang semua dah pergi tengok ke IM3 ni. Aku memang suggest sangat korang pergi tengok. Aku rasa nak repeat je lagi. Tapiiiiii..........



Tiket GoldClass still 2 lagi tak guna. Bila lah boleh pergi lagi ni. Hujung bulan ni dah nak expired dah tiket ni. Cerita apa lagi sekarang yang baru best2 ekk. Nak keluar pergi dating lagi ni. Kuikuikuikui.

30 April 2013

MySkinCare.. Pro Natural 2000

Cehhh..tetiba nak cerita pasal skin care bagai kan. Bajet retis je. Hahaha.. Sesaje aku nak share pasal skin care yang baru sebulan lebih aku amalkan. Dan yang penting kenapa aku nak share kat sini sebab sebab sebab ianya amat berkesan kepada kulit aku yang sangat lah kusam ni kan. Mana tau korang pun sama cam aku ke, boleh lah pergi cari ye. Aku tak jual. Aku share pengalaman je.

Aku tak tau lah samada korang pernah dengar ke tak produk ni. Sebab bagi aku sendiri pun tak pernah. Aku biasa pakai D'putih je sebelum2 ni. Tapi nak dijadikan cerita, aku pergi lah booth biasa jual2 jamu bagai tu kan. Nak beli D'putih ni lah. Dan tetiba perempuan tu promote aku ProNatural 2000 ni. 1st time lah tu aku dengar nama produk ni. Aku ni pulakk pantang orang promote, comfirm nak try. Maka aku pun beli lah. Dan setelah pakai beberapa hari, memang nampak kesannya pada kulit aku. Dan ramai jugak yang dah tegur perubahan tersebut. Sampai my BFF AYU pun aritu tegur kata aku nampak berseri2 dah sekarang. So ayu, ni lah rahsia dia aku nak cerita. hahaha. *Masukbakulangkatsendirinamanyani*

Kulit muka aku ni kalau tak pakai bedak memang kusam nak mampus. Kusam sangat ok! Laki tengok agaknya pun tak selera. Tapi sebab nak jaga hati, tak penah lah dia tegur. Hahaha.. Jadi kita sebagai isteri2 ni janganlah tunggu sampai laki tegur baru tergedek2 nak cari jalan penyelesaian. Bertindak sebelum perkara2 buruk berlaku. Wakakaka..


Kat atas ni gambar beberapa bulan lepas. Ni muka dah pakai bedak ok. Tetap nampak kusam gitu kan. 

:: Ter'interframe' gambar laki sendiri sekali ::

Yang ni pulak gambar paling latest. Malam tadi (29.04.2013). Tanpa secalit bedak pun ye. Nampak lebih ok daripada gambar atas sekali. Atas sekali tu pakai bedak, yang bawah tak pakai bedak or apa2 krim langsung waktu tu. Takde edit2 ok. Snap n terus post je kat IG. 

Korang nampak tak? Ke tak nampak? Hahahaha... Tapi memang ada perubahan lah. Terima kasih Pro Natural 2000. Harga pun mampu milik lah. Tapi aku rasa mahal gak lah. Aku kan kedekut. hahaha.. Harga day cream yang kecik giless tu RM29.90. Dan sabun cuci muka pulak RM39.90 seketul. Mahal kan. Tapi kesannya terbaik, jadi apa salahnya kita try kan. Pergi lah korang cari sekarang ye. Aku dah cakap tadi aku tak jual. Meh aku share pasal produk ni.

Pro Natural 2000

1. Ance Prone Cream

- Mengempiskan, mengecutkan jerawat


- Menghilangkan dan mengeringkan jerawat


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

2. Collagen Cream


- Menganjalkan kulit
- Menghilangkan garis-garis halus dan kedutan
- Memudarkan dan menghilangkan parut

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
3. Day Cream

- Sebagai pelindung matahari
- Sebagai alas bedak yang mampu memutih dan mecerahkan kulit
- Menutup parut jerawat dan pori-pori
- Menghaluskan kulit

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
4. Facial Soap

- menghilangkan jerawat dan jeragat
- Mengurangkan dan menghapuskan bintik-bintik hitam
- Memperlahankan proses penuaan
- Mencerahkan kulit

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
5. Facial Toner

- Menyegarkan dan membersihkan sisa-sisa cleansing milk yang masih melekat pada muka

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
6. Night Cream

- Membersihkan flet-flet hitam
- Menegang dan mencerah kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Mengecilkan pori-pori
- Membesih dan mengeluarkan toksin pada kulit

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
7. Toner Treatment

- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Menghilangkan jeragat dan bintik-bintik hitam
- Mencerahkan kulit

Selamat mencuba!

Ohhh lupe nak bagitau lagi satu benda. Aku baru je sekarang try2 foundation baru. Best sangat ok. Salu pakai foundation, mesti nak kene tepek bedak pulak kan atas muka, ni tak payah tepek bedak pun takpe. Comfirm tak berminyak. Nampak cantik je. Nama foundation tu ialah KRYOLAN-professional make-up. 

26 April 2013

Gedik tak aku? Hover tak?

Minggu depan 30 April 2013 birthday laki aku. Aku lemah betul lah bila fikir2 nak bagi apa. Susah tau nak cari present untuk lelaki. Memang bab2 ni aku selalu je blurrrr. Aku kalau nak bagi present kat dia, aku akan tengok dan perhatikan apa yang dia dok tengah sebut2 selalu. Haritu sibuk nak jam tangan. Dapat dah. Fossil ok! Jeles! Pastu dia sibuk nak PlayStation. Pun dia dah dapat. Semua tu bukan aku bagi. Dia pergi beli sendiri. Hahaha. Dan sekarang dia sebut nak beli motor baru. Ni je sekarang yang dia idamkan. Homaigod! Alasannya sebab nak motor baru senang ulang alik hari2. Yakin dengan condition motor baru. Ok alasan diterima wahai suamiku. So, nampak gayanya aku kena tunaikan impian incik suami aku ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan belikan dia sebiji motor. Tapi nama kat geran, comfirm nama aku! Hahaha.. Gila tamak. Tapi tak boleh sekarang la ye pakcik. Tunggu sikit hari lagi. Kita trade in 1 motor ok. Takdelah tambah duit banyak2. Tak pun kita share2 ye. U sikit duit, i sikit duit. Baru fair. hahaha

:: Picture credit to google pictures ::
Birthday orang lain yang akan tiba. Tapi aku pulak yang hover. Request macam2. Aku request seperti dalam gambar rajah ye. #Fossil #ES3101. Teringin katanya. hahahaha. Nasib lah boleh dapat half price. Berjaya jugak aku dapatkannya. Esok or lusa bakal terlekat di pergelangan tanganku yang comel ini. Wakakakaka. Gedik tak aku? 

24 April 2013

APC 2012.

Alhamdulillah rezeki. Aku telah terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012. Sangat2 bersyukur dan tak sangka. Rezeki Muhammad Aqil Rizqin ni namanya. Rizqin = Rezeki. Aku terima dengan besar hati dan gembiranya. Terima kasih YaAllah.

Majlis APC KPKK telah diadakan pada 18.04.2013 di Istana Budaya. 1st time aku masuk IB ok! Bestt. Aku pulak dapat seat depan pentas gak. Aku dapat duduk baris keempat dari depan pentas. Jadi jelaslah mata aku ni tengok depan. Bertambah best lah kan. Tapi rasa sedih tu ada jugak lah untuk warga KPKK sebab time tu adalah kali terakhir menteri bersama ngan kitorang. Dr Rais Yatim lepas ni dah takde. Jadi lepas PRU-13 ni KPKK akan dapat menteri baru. Sapelah agaknya? Hehehe.. Tak perlu cerita banyak lah. Jom layan gambar di hari kejadian.

:: Ni kat screen kat pentas ::

:: Antara penerima dari JASA HQ ::

:: Persembahan dari koir KPKK & artis budaya IB ::

:: Ni lah menteri KPKK ::

:: Tu baju merah tu, Ketua Pengarah JASA. Adik-beradik Jalaludin Hasan ::

:: Terkedek2 aku tu. Malu! ::

:: Ceria tak kami ::

:: Riang ::