Salam Selasa semua..
Alhamdulillah hari ini saya masih bernafas di atas bumi Allah yang indah ini. Saya masih dapat bersama keluarga kecil saya. Saya sangat bersyukur! Hari ini saya nak sambung kisah "dia". Sebelum tu saya nak share sikit lah mengenai "dia" dalam cerita ni. "Dia" dalam cerita ni, seorang yang sangat tabah dan kuat semangat ~~ mungkin. Dalam pada itu, "dia" juga seorang yang mudah sangat terasa dan berkecil hati. Yang penting "dia" dalam kisah ni seorang yang sangat berdikari sejak dari kecil. "Dia" juga seorang mempunyai hati yang sangat keras. Ok, mari kita teruskan kisah "dia".
Pada pagi itu, memang banyak persoalan yang muncul di kepala dia. Dan berbagai juga perasaan yang timbul di dalam diri dia. Sedih...kehilangan...kekeliruan...dan bermacam lagi lah. Tapi semua itu, tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Pagi itu dia dan adik-adiknya dibawa pergi ke rumah ibu saudara yakni kakak kepada ayahnya. Di sana dia dan keluarga menanti ketibaan ibu dari HKL. Dia pada waktu itu, berumur 9 tahun dan tidak berapa memahami keadaan sebenar. Dia dilayan sebaik-baiknya seperti bayi yang baru dilahirkan. Dia pun sangat gembira bermain pagi tu. Tapi segala-galanya berubah suram apabila jenazah ibu dia telah selamat sampai. Dia menangis sekuat-kuatnya sampai tidak boleh dikawal lagi pada masa itu. Puas semua orang memujuk dia, tapi sedikit pun tidak dihiraukan. Dia berasa sangat sedih pagi itu, melihat keadaan ibu dia yang telah ditutup dengan kain batik lepas. Kelihatan muka ibu sungguh tenang tapi tidak setenang hati dia ketika itu. Dia tak sangka situasi sebenar pada waktu itu rupa-rupanya dia telah kehilangan ibu yang tersayang. Sangat cepat rasanya untuk merasai nya pada usia seawal dia.
Bila ibu sudah selesai dimandikan, upacara mengafan pun bermula. Pada masa tu, dia tengok je. Tanpa sebarang reaksi. Dia terpana dan menyangka kan ibu nya sedang tidur. Bila ibunya siap dikafankan, sebelum menutup muka arwah, kaum keluarga dibenarkan untuk mencium arwah buat kali terakhir. Seorang demi seorang pergi mencium ibu. Tapi bila semua orang meminta dia mencium ibu, dia berkeras tidak mahu. Sebenarnya dia sangat takut tengok benda yang berbungkus berwarna putih. Dan sekarang dia sangat terkilan bila teringat akan kisah tersebut. Tapi apakan daya semuanya telah berlalu. Sudah begitu lama.
Sebelum solat Jumaat pada hari tersebut , ibu telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Dia dan keluarga masih bersedih. Tapi apakan daya, semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. . Kini tinggal lah dia dan ayah nya serta adik-adik nya. Dia sebagai anak yang sulung perlu menjaga adik-adik nya. Tapi apalah yang budak berumur 9 tahun buat. Dia hanya tahu untuk main, main dan main. Nasib jiran-jiran semua prihatin terhadap nasib 3beradik ini.
Masa berlalu seperti biasa. Tiada apa yang istimewa sepanjang ketiadaan ibu. Segalanya terasa kosong. Dia 3beradik mula belajar hidup berdikari. Sehingga lah satu hari ayah bawa pulang seorang perempuan yang dia dan adik-adik nya panggil "akak". Entahlah dia pun tak tahu siapa. Yang pasti perempuan tu tolong jaga diorang, tolong masak, tolong kemas rumah dan sebagainya. Keadaan itu berlarutan sehingga ayah kahwin dengan "akak". Tapi dia memang tak boleh terima. Lepas ayah kahwin, dia terus pindah tinggal dengan ibu saudara dia. Adik-adik dia masih tinggal dengan ayah. Bertahun masa berlalu. Dia pun semakin meningkat remaja. Banyak perjalanan hidup suka duka yang dia telah lalui.
Tapi semasa dia berumur 12 tahun, dia sangat sedih dan marah dengan sikap ayah dan mak tiri nya. Dia tak sangka perkara itu terjadi.
Apakah perkara itu? Nantikan kisah dia di next blog k.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan