Tiba-tiba saya teringin nak bercerita pasal sahabat baik saya sejak dari sekolah rendah sehinggalah sekarang. Nama dia Rohayu binti Sohor, kami semua panggil dia Ayu. Tapi ada sesetengah kawan dia, panggil dia adeq. Dia lah kawan saya ketawa dan bersedih dulu. Bukan senang nak cari sahabat seperti dia. Saya sayangkan dia macam saya sayangkan keluarga saya. Dulu bila saya ada masalah, dia lah tempat saya mengadu dan bercerita. Bila saya gembira, dia jugak tempat saya kongsikan. Tetapi sejak masing-masing dah ada kehidupan berkeluarga, kami jarang berjumpa. Bukan sebab apa, dia still ada kat Bentong. Cuma saya je yang kat KL ni jarang balik Bentong tu. Macam lah jauh sangat kan Bentong tu. Entry kali ni saya nak cerita pasal suatu kehilangan yang amat dirasai. Kehilangan orang yang sangat disayangi oleh Ayu. Dalam pada kita sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2011, kita tak tahu pun kedukaan orang lain yang sedang berduka lara mengenangkan nasib mereka.
Begitulah yang terjadi kepada sahabat baik saya ni. Suami dia telah pergi meninggalkan alam nyata ini buat selama-lamanya pada beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut aidilfitri. Saya sangat mengenali arwah. Saya kenal arwah sejak mula diorang couple lagi. Sejak diorang belajar lagi di Kuantan. Dah bertahun-tahun saya mengenali arwah. Kehilangan arwah turut dirasai oleh saya. Saya sangat terkejut dan tidak percaya akan pemergian beliau. Tapi kita sebagai hambaNya terpaksa redha. Semua ini ada hikmah di sebaliknya. Arwah meninggal pada hari Jumaat. Pada hari Khamis sebelum arwah meninggal, saya dan incik suami sempat melawat beliau di Hospital Ampang Puteri. Masa tu dia dah memang tak sedarkan diri. Doktor pun dah menyatakan yang hanya tinggal beberapa % sahaja lagi. Tapi bagi kita tu semua kuasa Allah. Mana tahu kan.
Ayu dan arwah baru sahaja mendirikan rumah tangga. Diorang nikah pada bulan Disember 2010. Saya masih ingat lagi ketika itu. Muka diorang sangat ceria. Saya masih simpan lagi gambar-gambar kahwin mereka. Kat sini saya nak share sedikit kenangan yang saya masih simpan.
:: Di hari pernikahan mereka :: |
:: Saat-saat sebelum akad nikah :: |
:: Selepas akad nikah - i'm preggy :: |
:: Malam berinai :: |
:: Majlis bersanding :: |
:: Majlis memotong kek :: |
Itu lah antara gambar-gambar yang boleh saya share kat sini. Saya tak boleh share lebih dari ini. Air mata saya boleh mengalir bila melihat balik kenangan ni. Saya tak dapat bayangkan jika saya di tempat Ayu. YaAllah...
Ayu dikira kuat untuk menempuhi segala dugaan ini. Semasa arwah terlantar sakit, dia lah orang yang tak putus-putus asa memberi semangat kepada arwah. Paling saya terkilan bila mendengar kata-kata Ayu menyatakan "aku tak sempat nak menyambut raya pertama bersama pian, aku tak sangka macam ni pulak jadinya." Hanya tuhan je yang tahu betapa remuknya hati seorang insan ini. Ya Allah kuatkan lah semangat kawan ku ini. Kuatkan lah iman nya. Berikanlah petunjuk dan kekuatan kepada dia Ya Allah.
Al-Fatihah buat arwah.. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan