06 Oktober 2011

Diari seorang insan

Hari ni saya nak menceritakan kisah seorang insan yang sangat kerdil di sisi Allah S.W.T. , yang sangat naif dan daif dan sebagainya lah.


Pada mulanya kisah hidup insan ini disulami dengan penuh kasih dari sebuah keluarga yang sempurna. Walaupun keluarga insan ini tidak sesempurna mana, tapi cukuplah dengan limpahan kasih sayang dari keluarga tersayang. Itu sudah memadai bagi diri nya yang sangat inginkan kasih sayang secukupnya. Kehidupan keluarga insan ini tidak lah semewah seperti orang lain, tapi dia tetap bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat baik dan memahami keadaan keluarga nya pada masa itu. Tapi, langit tidak selalu nya cerah. Ada masanya kita akan gembira dan bahagia selalu, ada kalanya kita bersedih selalu. Itu lah yang dialami oleh insan ini. Bahagia hanya sementara.


Kisah hidup insan ini mula terasa kesedihan dan keperitannya apabila ibu tersayang meninggalkan dia dan keluarganya buat selama-lamanya. Pada seawal usia 9 tahun insan ini telah kehilangan orang yang disayangi. Walaupun pada masa itu, dia tidak memahami dan tidak dapat merasai sebenar-benarnya erti kehilangan dalam hidupnya, tapi ingatannya masih terpahat tentang peristiwa di satu pagi Subuh pada hari Jumaat yang hening. 


Ibu insan ini sebenarnya telah terlantar sakit selama beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia. Pada mula nya ibu hanya mengalami demam biasa. Ibu terlantar sahaja di dalam bilik. Pada waktu itu, ibu masih boleh bangun dan membuat kerja rumah. Cuma tidak lah cergas macam selalu tu. Insan ini tidak faham kenapa ayahnya tidak membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital. Insan yang tidak tahu apa-apa ini, selalu keluar bermain dengan kawan-kawan nya. Kasihan ibu di rumah menjaga adik-adik. Sampai satu tahap agaknya ibu dah tak tahan dengan perangai keanak-anakan insan ini yang selalu pergi bermain, insan ini telah dipukul oleh ibunya. Mula dari situ, insan ini barulah selalu ada di rumah menolong ibunya menjaga adik-adiknya. Ayah?? Entah lah tak tahu nak cakap mana, setahu insan ini, ayah nya pergi bekerja. Kehidupan insan ini serba sederhana. Kadang-kadang nak makan pun takde apa yang hendak di makan. Nasib baik kawan ibu selalu tolong keluarga insan ini. Sedih hati.


Setelah berbulan-bulan ibu terlantar, akhirnya pada satu hari di hari Khamis, tiba-tiba ibu saudara insan ini datang ke sekolah untuk menjemput dia pulang lebih awal dari sekolah. Insan ini terpinga-pinga bila dijemput balik awal. Dia hanya menurut sahaja. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Lagi lah dia tertanya-tanya. Kenapa ni? Nak tengok siapa ni ? Segalanya terjawab apabila sampai di HKL. Rupa-rupanya ibu dia telah dimasukkan ke HKL. "Oh, mak...kenapa mak kat sini?" Sampai sahaja di sana, dia terus duduk di sebelah ibunya. Dia minum air Coca Cola di samping ibu nya. Dalam hati dia, berdoa agar ibu cepat sembuh. Tapi, hati dia berasa tenang kerana kelihatan ibu segar. Bila hari hampir gelap, ayah membawa dia pulang.


Pada keesokan harinya, di Subuh hari dia terdengar suara ayah dia menjerit dan menangis. Dalam keadaan mamai, dia terus melulu ke arah ayah nya. Dan tanpa bertanya sepatah kata, ayah terus nyatakan yang ibu sudah tiada. Peliknya, dia tidak menitis kan air mata walaupun setitik. Kenapa? Mungkinkah dia terkejut? Mungkinkah dia tak memahami? Mungkinkan tiada perasaan sayang di dalam hatinya? Kenapa...kenapa...kenapa???


Kisah ini akan disambung di next blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan