11 Jun 2012

Kembali Pulang

Cehhh..tajuk entry macam tajuk lagu. Hahaha.. Saje nak buat gempak kan. Ok, harini nampak macam aku ada sedikit mood nak meng'update' serba sedikit kat sini. Dah jarang kan aku update. Bukan apa, kemalasan melanda. Hehehe.. Ok, kita berbalik kepada tajuk entry aku yang konon2 nampak gempak tu. 

Sepertimana yang korang tahu kan aku, incik suami dan qiqil dah sebulan lebih berkampung @ tinggal kat rumah mak mertua aku kat Taman Melawati tu. Dan semalam secara rasminya kami telah kembali pulang ke teratak indah kami di P18R4. Hehehe.. Dan bermula lah semula rutinku berulang alik dari Putrajaya ke KL setiap hari. Waaaaaaaaaaaaaaa.... Penat! Tapi sebenarnya lebih selesa tinggal di rumah sendiri berbanding menumpang di rumah orang walaupun mereka darah daging kita. Aku kata gini bukan maksud aku tak suka, tapi 'lebih' selesa memandangkan kita ni dah berumahtangga dan sudah beranak pinak. Kalau kat rumah sendiri bebas nak buat apa pun, nak terkangkang ke nak tergolek ke nak berlari ke nak terlentang ke nak menjerit ke nak bercakap sekuat mane pun. Kalau kat rumah mak mertua, aku sebagai menantu kena jaga kelakuan. Cehh wahh.. Maklumlah aku ni seorang yang sangat kasar dan garang. So, kena lah jaga kelakuan ye kawan2. Hahahaha..

Bila dah balik rumah sendiri ni, bermulalah semula rutin harian ku sebagai isteri dan ibu seperti biasa. Bangun pepagi sediakan bekal untuk incik suami bawak gi kerja, kemas beg qiqil tuk anta umah pengasuh, iron baju dan banyak lagi lah. Pastu siap2 nak pergi kerja. Mengantuk2! Hehehe.. 

Dah merepek2 aku sekarang, sebab aku tengah mengantuk sebenarnye ni. Yang pentingg, tak lame je lagi, tak sampai sehari or dua ari aku akan dapat NOTE! Yeay!!! Suke suke suke!! Tak sabar dah rasa nye. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan