14 Mac 2013

Happy Anniversary to US!

Sedar tak sedar, dah 3 tahun usia perkahwinan aku dan incik suami. Alam perkahwinan adalah lebih indah jika nak dibandingkan dengan alam percintaan. Alam perkahwinan juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Bagaimana nak hidup berdikari, bertolak ansur, jujur, ikhlas, tolak ansur, menguruskan rumahtangga, menguruskan anak, segala-galanya pengalaman yang indah belaka. Aku sangat bahagia dan happy dengan kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah.

Dulu masa kecik2 kita tak tau semua ni, tapi bila dah kahwin, dah ada anak, segala2nya berubah. Baru kita faham erti kesusahan sebenar. Aku bersyukur sangat dipertemukan jodoh dengan seorang yang sangat memahami, sangat bertanggungjawab, dan yang penting dia dapat membimbing kami anak beranak dengan sempurna. Alhamdulillah.

Tipulah kata kami tak pernah bergaduh. Memang tipu sangat kan. Dalam rumahtangga pasti ada sedikit salah faham, gaduh2 manja tu. Hahaha.. Tapi kalau gaduh2 tu, mesti incik suami aku yang selalu mengalah. Aku ni keras hati betul. Tak elok kan? Aku memang sedang belajar untuk berubah. Dulu lagi teruk, sekarang dah ok sikit ye! 

Kehidupan kami menjadi lebih sempurna dan lebih indah dengan kehadiran Muhammad Aqil Rizqin. Aqil adalah segala2nya pada kami. Mama and ayah love u so much sayang! 

Hadiah anniversary? Oh.. belum lagi. Incik suami suggest 3 benda kat aku. Kalau boleh aku nak tiga2, tapi aku masih tau nak ukur baju di badan sendiri. Apakah yang disuggest tu? Haaaa.... incik suami suggest ????. Jeng jeng jeng. Tapi rahsia lah apa benda tu ye. Tapi comfirm lah aku nak. Tapi kena pilih salah satu. Aku dah pilih apa aku nak tu. hehehehe.. Terima kasih suamiku! Alhamdulillah.

Semalam dinner sempena anniversary, kami takde keluar makan ke apa ke. Kami duduk rumah je. Aku pun takde masak spesel2 pun. Aku masak biasa2 je. Dan yang paling best, arini incik suami request nak makan sambal telur je. Memang senang sangat lah. 


Ni je menu dinner kami semalam ye! Sangat simple kan. Padahal laki aku tak makan petai. hahaha.. Dia punya sambal sotong semata la. Aqil pulak aku gorengkan udang je. Sodappp sangatttt makan simple2 gini. Takyah susah2 nak buang duit makan tempat yang mahal tuk celebrate anniversary. 

Happy anniversary to Us! I love u sayang! Semoga perkahwinan kita ini kekal ke jannah. InsyaAllah. Semoga hidup kita sentiasa gembira dan bahagia selalu. Semoga Allah memberi kebahagiaan dalam rumahtangga kita, semoga Allah murahkan rezeki keluarga kita, semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik2 saja pada kita sekeluarga. Terima kasih Ya Allah! Aminn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan