24 Mac 2013

Ujian Allah

Publish entry guna hp je tak best lah. Gambar kena dok last sekali. Pastu bantai lah tak rotate. Malas nak exit dan edit balik, aku biarkan je.

Aqil still warded di HKL. Keadaan dia dah ok sikit. Cuma perlu monitor lagi. Sebab paru2 dia masih belun clear lagi. Degil sungguh kuman tu. Tapi bak kata doktor lebih elok kuman tu di paru2 berbanding kalau dia naik ke otak.
Aku sedih sangat tengok aqil tak sihat macam ni. Makan taknak. Minum taknak. Main pun sikit2 je. Harini dah hari ke-6 warded. Pecah rekod lah. Selama ni kalau masuk wad mesti 3 hari je. Ni 2st time lama. Gilir2 lah kami laki bini.

Mama doakan agar aqil cepat sembuh. Sihat macam selalu. Takmo kena macam ni lagi. Lepas ni nak pergi berubat cara kampung pulak. Setiap orang lain2 cara ujian yang diberi oleh Allah. Kami redha dan tabah menghadapi keadaan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan