20 Disember 2012

Aqil's Pronounce

Tahun 2012 sudah hampir melabuhkan tirainya. Kurang dari 15 hari lagi kita bakal bertemu tahun 2013. InsyaAllah jika dipanjangkan umur. Mudah-mudahan. Sekarang aqil dah besar dah pun. Kurang dari 2bulan lagi, dia akan mencecah usia 2tahun. Tak sabar rasanya. Dah semakin besar hero aku ni. Dah bujang dah. 

Sekarang ni dah makin banyak kerenah dah hero aku ni. Makin besar makin pandai dah. Makin pandai cakap pun ye walaupun tak berapa nak terang cakap nya tu. Alhamdulillah sangat. Kadang-kadang bila dia cakap, kita pun tak faham dan nak ketawa pun ye gak. Jom tengok antara perkataan aqil :-

1. Ayah = "Yayah"
2. Mama = "Mak"
3. Aqil = "Atil"
4. Pokok = "Popok"
5. Keropok = "Papok"
6. Susu = "Cucu"
7. Jalan = "Yam"
8. Jom = "Tom / Yom"
9. Kundur = "Dor"
10. Semut = "Mok"
11. TV = "Vivi"
12. Kereta = "Tate"
13. No = "Nom"
14. Lori = "Ayi"
15. Bas = "Bashhh" 
15. Rambut = "Mut"
16. Nenek = "Nanek/Manek"


Kelakar kadang2 dengar aqil cakap. Aqil memang lambat sikit pronounce dia kalau nak dibandingkan dengan sepupu die yang sebaya die tu (Anis - anak kembar suami aku). Sepupu die tu sebaya lahir same bulan cume aqil lahir dulu 20hari. Anis tu sangat petah bercakap. Pandai. Aqil tak berapa pandai lagi, tapi dah boleh lah sikit2. Kadang kalau tak faham tu, tengok die tunjuk baru kita tahu die cakap ape. Hahaha.. Aqil aqil. Yang perkataan bas tu dulu lagi lah tau, dia panggil bas tu "tak". Aku pun tak tahu lah kenapa. Lama jugak nak ajar dia sebut bas. Bas dengan tak tu tak ke jauh sangat lari nye pronounce tu kan. Tapi nasib baik sekarang dah ok. Aqil memang sangat suka bas! Pantang nampak bas, siap beria cakap kat mama n ayah. N siap babai babai dan buat flying kiss ok! Sebijik perangai paklong dia yang minat bas.

Sekarang ada perangai baru, perangai tak boleh kena marah. Kalau kita marah atau halang apa dia buat comfirm dia 'bab' kita. Terutamanya mama la. Dia pantang betul la kalau mama halang apa2 dia buat. Comfirm laju je tangan dia nak 'bab' mama. Kalau dengan ayah dia behave je. Sebab dia anak ayah. 

Memang aqil anak ayah ok! Dia sangat manja dengan ayah dia! Mama? Tak..ada masa je. Apa2 mesti ayah dulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan