22 Ogos 2013

Dulu dan Kini

DULU aku tidak pernah merasa hidup dalam sebuah keluarga yang sempurna.
SEKARANG aku telah bahagia dalam sebuah keluarga yang sempurna.

DULU aku takde duit.
SEKARANG aku telah ada duit sendiri.

DULU aku tidak matang.
SEKARANG aku sudah dewasa dan matang.

DULU aku hidup susah sampai tak mampu nak beli apa yang diingini.
SEKARANG aku hidup dalam keadaan yang sederhana tapi telah mampu.

DULU aku seorang pekerja kontrak.
SEKARANG aku telah mendapat pekerjaan tetap.

DULU aku tak pernah terfikir mengenai masa depan.
SEKARANG tidak lagi, masa depan sentiasa difikirkan.

DULU aku tak mampu nak beli rumah sendiri.
SEKARANG telah berjaya memiliki rumah sendiri.

DULU aku sendirian.
SEKARANG aku berteman.

DULU aku tak suka shopping.
SEKARANG aku hantu shopping.

Dulu dan kini telah berubah. Syukur alhamdulillah atas rezekiMu YaAllah. Bersederhana itu lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan