30 Ogos 2013

I'm ready!

Bila tengok orang pregnant, rasa seronok je. Rasa nak je cepat2 mengandung lagi. Tapi, belum lagi lah. Tunggu tahun depan. Memang kitorang plan tahun depan mengandung, dan tahun 2015 aku bersalin. Tapi rasa lama pulak nak tunggu. Tapi sekarang belum boleh lagi sebab banyak benda nak kene setel sekarang. Tapi kalau tetiba ada rezeki, kami terima seadanya. Kita hanya merancang, Allah menentukan segala-galanya.

Sebenarnya kalau difikir-fikir balik takut lah nak jalani tempoh bersalin tu. Masa mengandung ok. Masa dah keluar anak jaga anak semua ok. Cuma part bersalin tu rasa macam hmmmmmmmmmmmm. 

Tapi aku memang betul2 dah ready sekarang. Cuma keadaan belum mengizinkan lagi. Kalau boleh aku nak bersalin awal tahun - pertengahan tahun je. Taknak beranak hujung2 tahun. Nanti jauh2 jarak birthday anak aku. Kalau mengandung sekarang dah tak sempat nak beranak awal tahun. Hahahaha.

Lepas ni kalau bersalin, aku nak amek cuti 3 bulan. Pastu kalau dapat aku nak amek cuti tanpa gaji beberapa bulan tuk menyusukan anak secara exclusive. Aku nak bagi dia minum susu badan sepuas2 nya. Bagi antibodi dia kuat. Supaya perkara macam abang dia takkan berlaku lagi.

Angan-angan lagi. Eh, ni bukan angan2 lah. Ni matlamat lah. Kebaikan tuk anak2.

Yes, i'm ready! Masanya akan tiba juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan