13 Ogos 2013

Hadiah Raya For Aqil

Bertemu kembali.

Harini aku buat kerja gila. Gila selamba. Main redah je. Aku bosan sorang2 kat ofis arini. Aku bantai pergi booking online tiket wayang Adnan Sempit 3. Pergi tengok sorang2 kat Alamanda. Sekarang ni aku baru balik opis la ni. Takde sape cari aku. Hahaha. Bosan ok. Tempat baru dah buat perangai kan aku ni. Harini je. Hahaha.

Aqil sekarang asyik nak main henpon aku je. Main game pastu tengok video. Bila tak bagi, mengamuk nangis2. Pastu dia mintak kat aku tak dapat, dia pergi ngadu kat bapak dia, dah aku kene marah. Selalu sangat gitu. Tensen tau. Pastu hari ahad tu dia boleh bantai pegi buat henpon aku jatuh. Jangan tanya bape kali jatuh dah lah henpon aku tu. Berkali2 dah. S4 ok! Nak marah kang, anak. Tak marah gini lah jadinya. Pasrah je lah. Ahad tu lepas henpon tu jatuh bantai takde bunyi langsung henpon aku. Fuhh lagi bertambah stress la aku ni. 

Terus request kat bapak dia, suh beli kan tab lah untuk anak kesayangan dia tu. Ayahnya senyum je tanda setuju. Suka lah aku. Walaupun henpon takde bunyi tu. Tapi tetiba bila bangun tido pagi semalam, dah elok pulak henpon aku ni. Sampai lah sekarang sihat je. Magik.

Semalam gerak dari Melaka pukul 11.30 pagi. Sampai KL dalam pukul 1 gitu. Kejap je kan. Sebab jalan clear. Alhamdulillah. Sampai je rumah, rehat2 jap. Dalam kul 2 keluar semula. Sebab aku nak gi bank. Pastu terus gi kedai henpon lah. Cari si kecik ni punya tab. Memang aku tak boleh tunggu lagi lah.


Tengok tu cara si kecik nak memilih. Bila kita tanya nak yang mana 1, dia main tunjuk je. Tapi tunjuk yang tah apa2 jenama. Dok itu je dia tunjuk. Harga dia pun sangat lah murah. Tapi kitorang tak berkenan. Macam hak lama punya je. Macam 2nd hand punya pun ye. Dekat sejam lebih kat kedai tu. Fikir punya fikir baik beli yang betul2 ok sikit. Biarlah keluar duit lebih sikit, untuk anak jugak. Nanti mak bapak pun join main benda alah tu. Hahaha.


Tadaaaaaaaaaaa. Muka ada sinyummm. Dah dapat dah tab dia. Hak milik Muhammad Aqil Rizqin. Pasni jangan amek henpon mama lagi ok. Tu aqil punya buat lah ape je pun. Cover tab tu pun Aqil yang pilih sendiri.


Kitorang pilih Samsung Galaxy Tab 2, 7.0. Harga dari RM700 dapat RM600 lbh je. Total semua sekali cover tu + cover baru henpon mama RM715 je. Berbaloi lah kot bagi aku. Ke korang rasa ada lagi murah? 

:: Pegang dah taknak lepas tu ::


Amboi si bujang aku sorang ni. Suka lah tu. Mama pun suka. Pasni takyah rebut2 henpon ngan mama dah ye. Ayah pun boleh pakai tab Aqil tu. Muahahahaha.


Tapi bila petang anak tido, hakmilik bertukar. Hahaha. Sibuk dok download segala jenis video n game tuk anak bujang dia. Ontong jadi Muhammad Aqil Rizqin. Dulu mama kecik2, jangan kate laptop, henpon pun tak penah ade tau. Dah keje, baru lah beli sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan