30 Ogos 2013

Sembang2 di Hari Jumaat

Salam Jumaat!

Haritu bukan main hari2 kan update blog. Kekadang sampai 2-3 entry dalam sehari. Pastu sekarang dah senyap balik dah kan. Bukan taknak update, tapi takde ape nak diceritakan. Hari2 je aku hadap blog ni sekarang. Sebab sekarang kat ofis aku dah takde keje. Keje aku melanguk je. Uwaaaaaaaaaaa. Bosan!

Sedar tak sedar, esok dah 31 Ogos 2013 kan. Merdeka! Malam ni ambang kemerdekaan. Plan nak bawak aqil pegi tengok bunga api, tapi tak tau nak kemane. Tengok lah kalau rajin, kalau tak, kita tidur je lah ye nak.

Progress pembelian rumah dah hampir selesai. Alhamdulillah. Dalam beberapa bulan lagi dah boleh pindah lah. Tapi aku nak renovate sikit. Dah siap renovate baru pindah masuk. Sambil2 tu aku tengah sibuk dok survey2 barang2 baru tuk rumah tu nanti. Nak deco simple2 je tapi sedap mata memandang.


Start dah lah misi aku nak survey2 barang. Nak beli kat IKEA je. Senang. Barang2 dia pun memang sesuai tuk rumah yang tak berapa nak besar kan. Dah lah simple, pastu kemas pulak. Kalau cukup duit, nak buat kelainan sikit. Angan-angan itu penting. Puihhh. Hahaha.

Dah macam2 dalam kepala ni. Nak deco gitu lah gini lah. Tak tau lah menjadi ke tak nanti. Kita tengok je lah ye nanti.


Voucher aku masih banyak lah. Parkson + Jaya Jusco. Aku gila shopping. Tapi kenapa banyak lagi bocer aku ni. Berhemah gak cara aku berbelanja kan. hahaha. Tapi kira banyak gak abis. Aritu ada dekat RM2000 bocer aku ni sume. Sekarang dah kurang. Ni tinggal dalam 700-800 je kot. Nak gi shopping lah tengah ari ni. Alamanda~~~~~~~~~~~~~~

Tapi............................................................ takde transport lah. Laki aku nak pegi solat Jumaat, kang suh anta marah pulak dia kat aku. Takutttttt.

Oh apa2 pun nak wish Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Syukur alhamdulillah kita masih hidup dalam keadaan aman damai di negara Malaysia ini. Semoga tiada kejadian buruk2 akan berlaku di negara kita ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan