19 Ogos 2013

Open House kami

Assalamualaikum.

Hari Isnin = hari malas = hari takde mood nak kerja = monday blues.

Serius! Malas betul rasa nak bangun pagi tadi. Mengantuk dan penat yang amat sangat. Mana tak nya, semalam kitorang buat open house. Tak putus2 orang datang. Dari tengah hari sampai lah ke malam. Fuhh memang penat sangat. Sebab bukan katering, tapi semua masak sendiri. Terasa la penat yang amat sangat. Dari pagi sampai lah ke malam dok buat kerja je.

Menu alhamdulillah memang banyak. Semua air tangan MIL. Kami yang anak menantu ni tolong2 apa yang patut je. Macam potong memotong ke goreng menggoreng ke bancuh membancuh ke semua kami anak menantu yang buat. Tumis menumis masak memasak semua MIL yang buat. Kami tukang kacau2 angkat2. Kalau kitorang anak menantu yang buat kerja masak memasak ni takut semua makanan tak laku je nanti. Hahahaha.

Menu :
1. Laksa
2. Soto
3. Mi rebus
4. Nasi impit
5. Kuah kacang
6. Nasi jagung
7. Sambal ayam
8. Daging masak bistik
9. Ayam goreng
10. Rojak
11. Puding koktel
12. Air rutbir / sirap / teh tarik
13. Kuih muih raya

Banyak kan. Semua masak sendiri. Memang ohsem lah.




Open house ni tak plan pun langsung sebenarnya. Asalnya besan2 je nak datang beraya. Jadi MIL nak masak lah untuk besan2 makan. Tapi last2 entah macam mana MIL & anak menantu semua kata dah alang2 baik masak lebih sikit, boleh ajak kawan2 datang sekali. Sedare2 sebelah FIL pun boleh datang jugak. Ramailah jadinya semua.

Maka berlangsung lah mini open house kami ni. Kawan2 pun tak ramai sangat pun kami jemput. Sebab last minit kan. Kawan2 yang dijemput pun, tak semua datang. Mana tak nya dah last minit call ajak dah tentu2 lah dorang ada plan lain dah kan. Tak kisah lah kami paham.

Terima kasih banyak2 lah pada sape2 yang sudi hadir semalam. Maaflah kalau ada terkurang terlebih. Semoga kita bertemu kembali.

Gambar pun aku tak sempat nak snap. Dapat lah sekeping ni je haaa. Jadilah daripada takde kan.

Ehh tapi aku tak dapat rasa semua kelazatan makanan tu. Aku dapat cuik2 sikit2 je. Maklum lah konon2 bizi. Puihhh. Hahaha.




Gatai tau aqil ni. Ni gambar dah petang dah. Dia baru bangun tidur, nak bawak anak dara orang lari pulakkk. Hahahaha.

Kepada sesiapa yang tak dijemput tu, minta maaf banyak2 lah ye. Bukan sengaja kami taknak menjemput kalian, tapi sebab benda ni dah last minit. Maka kami menjemput orang2 yang tinggal berhampiran je. Maafkan kekhilafan diri ini. Cehhhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan