01 Ogos 2013

Selamat datang Ogos!

Assalamualaikum. 

Selamat datang Ogos! Lagi 7 hari semua umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Yeay Raya! Tapi sedih jugak. Sebab Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sekejap je rasa. Rasa macam baru je lalui ramadhan. Rupanya dah hampir sebulan pun. Bulan yang penuh barakah.

10 malam terakhir = Lailatul Qadar. 

Semalam setengah jam lagi nak waktu berbuka, tiba2 hujan lebat yang amat sangat di KL. Hujan rahmat. Selepas je waktu berbuka, alhamdulillah hujan semakin reda.

Hmm..bercerita pulak pasal tempat kerja baru. Alhamdulillah keje sangat senang walaupun takde kaitan ngan gred aku sekarang. Pasrah. Keje pun takde sangat. Just mengadap PC. Buat ID orang bagai. Emel lah. Aku dah jadi orang IT oiiiiii. Grrrrrr. Tak suka! Orang kewangan kene buat keje orang IT. Lari bidang betul. Tapi ok gak sebab keje takde. Hahahaha

Tahun ni raya mana? Tahun ni sama seperti tahun2 sebelum ni. Pagi raya pertama, akan beraya di KL dulu. Tengah hari or petang baru balik Bentong. Dan mungkin akan tidur semalaman di Bentong. Ye, semalaman je. Sebab raya ketiga tu nak balik Melaka pulak sampai raya ke-4.

Kita dijangka beraya pada 8 Ogos. Sama tarikh ngan tarikh lahir arwah mak. Rindu mak. Semoga roh mak sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Apa lagi nak cerita ekk. Macam takde apa je. Sabtu ni balik Bentong kejap. Nak bawak abah dan adik2 pergi shopping raya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan