13 Ogos 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.

Selamat memulakan rutin harian seperti biasa semula kepada sesape yang dah bekerjaya seperti aku ni. Ahhh bosan! Rela dalam keterpaksaan. Cehh boleh jadi tajuk lagu ni. My incik somi coti lagi. Bestnye! Jeles! 


Buat pertama kali nya aku drive sendiri ke ofis baru. Selama arini, jadi pembonceng je naik motor. Harini kene bawak kete. Aku ok je jalan ke Putrajaya ni dari KL. Masalah aku adalah sesat di parking. hahahah. Maklumlah besar sangat lah bangunan Kementerian Kewangan ni. Utara lah Selatan lah Tengah lah. Berpusing2 aku tadi. Nasib baik jumpa. Kalau tak, marilah kita pulang. Hahaha

Jom kita cerita pasal hari raya. Hari raya korang camne? Best ke? Aku? Best je! Meriah! Aku lambak dalam satu entry je lah kot. Malas lah nak buat entry2 lain.

Hari raya pertama pagi di Kuala Lumpur je. Rumah MIL. Petang raya pertama baru aku gerak balik ke Bentong, Pahang. Kat Bentong 3 hari 2 malam. 



Gelagat si teruna dan dara di malam raya. Kanak-kanak lain biasa malam2 raya sibuk main bunga api bagai kan. Tapi dorang ni khusyuk tengok tibi pulak. Tengok lah tu mimik muka bukan main lagi. Waktu ni dah nak dekat pukul 12 malam rasa aku. Dorang khusyuk tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Bila aku cakap "Aqil, meh lah tido", jawapan dia bukan main, "Atil nak nenok cite antuuu". Dah pandai dah sekarang.

Raya pertama tahun ni rasa happy sikit sebab semua adik beradik incik suami ada. Mak ayah pun nampak happy sangat. Mak punya gembira sampai masak rendang ayam tua 5 ekor ok! Tak tau lah sape nak makan. Tak abes pun aku tengokkk.

Tahun ni pulak alhamdulillah rezeki qiqil. Banyak kami dapat hamper.





Qiqil memang suke bab2 ni. Aku ngan qiqil lah yang bukak sume hamper2 ni. Tu pun ada lagi 1 kat umah tu tak berbukak. Tak termakan pun. 



Gelagat si bujang dan si dara di pagi raya. Bukan main comel dua2 pakai baju kurung dan baju melayu. Tahun ni satu family tema sama. Pakai baju masa kenduri kahwin adik ipar aku tu.

:: Baby Aish, anak buah aku ::

:: Suasana pagi raya, ready nak salam2 ::




Pastinya dimulakan dengan abang sulong. Abang ipar aku. Abang boy.



Diikuti isterinya. Birasku Kak Liza. Aqil suka tau selit2 kacau orang nak salam2.



Pastu turn incik suami aku pulak. 




Sudah pasti selepas itu aku! Muaaahhhh sayang mak ayah.







Kemudian diikuti si kembar incik suami dan suaminya. Azah dan Wan. Nampak tak si kenit dua orang tu menyibuk je kan.




Bila sampai turn ayep. Aku tak boleh tahan. Ayep ni adik ipar aku. Sebaya aku. Time dia salam memang akan teresak2 menangis. Adik beradik lain ok je. Dia punya sedih tu, sampai aku pun boleh menitis air mata. Yang abang ipar aku boleh gelak2 pulak. Dia kate ayep cengen. Hahaha. Time raya lah abang boy oiii. Hahaha. 



Seperti biasa, diikuti oleh isteri masing2. Ni tahun pertama ayep beraya sebagai seorang suami. Tahun depan insyaAllah beraya sebagai seorang suami dan ayah pulak. Sebab sekarang Liana dah start mabuk2. Tahniah adik iparku dan birasku!


Adik bongsu sekali, Alan. Jom sesi bergambar raya. Gambar ikut family masing2. Gambar family besar, kite pergi kedai amek.

:: MIL & FIL, Aqil menyibuk jugak disitu ::

:: 3 beranak ::

:: Bersama2 cucu ::

:: Kembar incik suami bersama familynye ::

:: Kami ::

:: Adik iparku Ayep & Liana ::

:: Abang iparku dan keluarganya ::
Selesai bergambar family masing2 di rumah, jom kita pergi kedai gambo pulak. Ambil gambar family sepenuhnya. Lengkap semuanya. Nanti gambar dah siap, aku tunjuk ye. Besar gambar tahun ni. Ramai. Harga pun boleh tahan lah. Katanya aritu 10 hari baru siap. So minggu depan lah baru amek.

Dah siap amek gambar sume, kitorang pun gerak ke rumah grandma. Grandma ni nenek incik suami. Mak kepada FIL. Memang kami panggil grandma. Dia tinggal kat Melawati gak. Kawasan yang sama, lorong je lain2. Dah siap makan lepak2 bagai, kami balik rumah semula. Tidur! hahaha. Petang kul 6 gitu baru gerak balik Bentong.

Azah ngan wan tengah hari tu dah gerak dah. Tak sempat2. Memang salu gitu. Abang Boy pulak gerak balik Melaka dulu. Sebab Sabtu dia nak balik Kelantan pulak. Tinggal lah ayep ngan Liana ngan mak n ayah je kat rumah.

Sampai2 je Bentong, terus aku singgah rumah abah dulu. Sampai Bentong dalam pukul 6.45 gitu. Lepak2 sampai lepas Maghrib. Pastu terus pergi umah makcik aku. Berkampung kat sana semalaman pulak. Esoknya kami pergi beraya kat rumah adik beradik abah.





Macam anak2 dara tak kami? Hahaha. Yang dua orang tepi kiri kanan tu je anak dara. Yang tengah sume mak2 dara. hahaha.




Menyerlah nya aku kat depan sekali tu. Dah lah besarrrrrrrrrrrrrrr. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.



Ni pulak petang raya kedua tu, keluar nak gi beraya umah BFF aku ayu. Tapi tak dapat lepak lama sebab sepupu aku ni ikut. Laki dia nak balik cepat je. Tension aku! Nyesal ajak dorang.

Malam raya kedua aku pergi umah sepupu aku belah arwah mak aku pulak. Tidur kat sana pulak. Baru fair kan. Sehari belah abah. Sehari lagi belah arwah mak pulak. Sepupu aku yang pegi tidur umah dia tu, tengah sarat mengandung. Tunggu hari je. Dan pagi tadi aku dah dapat mesej, dia dah selamat bersalin. Alhamdulillah. Tahniah!


Ni dalam kereta baru nak gerak ke Melaka. Dari Bentong terus ke Melaka. Bolat nye muke aku! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi.

Seronok beraya di kampung ni. Kat kampung Melaka, kami stay 2 malam. Tu pun rasa tak puas. Aku siap basuh semua kain baju aku kat sana. Balik2 KL dah takyah susah2 nak mendobi bagai. Tak malu kan aku. Hahahaha.









Aqil ngan Anis pun memang happy je kat kampung. Bebas lari sana sini. Main pasir bagai. Bukan main lagi korang ye. Kene tungau kang baru tau. Malam pulak main mercun dan bunga api. Adik ipar aku boleh pulak beli mercun yang macam sambut New Year n Merdeka tu. Bakar depan rumah. Gile bestttttt. Yang tu aku amek video, aku dah upload kat Instagram. Pegi lah tengok kalau rajin ye. Search je EkinZulkaflee.





Gambar macam kelabu asap ni lupa nak tukar setting. Lagi satu sebab aku pun dalam proses belajar2 gak. Semua gambar gune henpon aku, Samsung Galaxy S4.




Ni gambar2 yang dah tukar setting. Bukan night mode tu, tapi ape tah namenye setting tu. Tapi tuk malam punye lah. Tanpa flash. Memang auto takde flash. Aku pun tak faham lah kenapa. Dah adakan flash tak boleh pun bila pakai setting ni. Tapi gambar cantik kan dari yang kelabu asap tu. Yang kelabu asap tu pakai flash. Entah apa2 jadinya.


Ni gambar hari Ahad sebelum si dara ni gerak balik KL. Gambar ni waktu tengah ari nak pergi kenduri. Petang Ahad tu Anis dah gerak balik KL dulu. Kitorang je tinggal ngan mak balik Isnin.


Hari Isnin, sebelum gerak balik KL. Kasi Aqil rest dulu.

Memang panjang betul entry ni. Senang kan sekali jalan je semua. Takyah aku susah2 nak separate2 raya kat sana lah sini lah. Amek nak kau muntah lah baca. Ehhh tapi gambar lagi banyak kot dari nak kene baca. Layankan je lah ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan