01 Ogos 2013

Persiapan Raya 2013

Apa lagi lah aku ni nak cerita ni kan. Bila bosan dan takde apa buat, marilah kita update blog selalu. Muahahaha.

Tempat baru ni FB ke YouTube ke Tonton.com ke semua tak boleh bukak. Hanya pukul 1pm nanti je boleh. Nasib lah blog boleh kan. So mengadap baca blog2 orang je lah. Pastu bukak blog sendiri update pulak. Betul2 takde keje aku ni kan.

Mari kite cerita sikit pasal persiapan raya aku tahun ni. Tahun ni macam meriah sikit lah pulak. Walaupun kemeriahan tu tak berapa nak rasa kat KL ni. Kemeriahan persiapan sakan aku ni. Sebelum puasa dah siap2 beli baju Aqil tau. Beli sikit2. Tiap2 minggu bulan puasa keluar, beli lagi. Sikit2 baru jadi banyak baju anak bujang sorang aku tu. Aku kan rajin soping baju budak kecik tu.

Aku pun awal2 dah setel. Baju kurung 3 pasang. Tudung semua. Tinggal nak pegi window soping tengok kalau2 ada yang berkenan. Boleh lah sambar kan. Sebab gaji bulan ni memang tak plan beli apa2, so boleh lah enjoy beli itu ini kan. Nanti lepas raya, makan kayu ngan batu ye. Sebab duit dah kering. Hahaha. Jangan sampai begitu, beringat lah.

Baju raya
Aku - Baju kurung 3 pasang. Baju kasual @ jalan2 biasa - 4 helai.

Incik suami - Seperti kebiasaan. Lelaki tidak suka soping. Bila suruh beli seluar baru ke baju baru ke. Jawapan pasti elok lagi lah yang dulu. Ok, it's up to u. Janji i punye nak baru semua. Tamakkk. Itulah perempuan.

Aqil - Beberapa belas helai baju. Jeans beberapa helai je. Short pants pun beberapa helai je. Nampak banyak kan. Tapi korang jangan anggap aku kaya sangat ke berlagak sangat ke. Tapi tu semua aku beli sikit2 dari sebelum puasa lagi tau. Kumpul2 tak pakai lagi banyak lah jadinya. Nanti raya pun pakai bape helai je agaknya. 

Esok plan nak ke Sogo. Nak beli Levi's jeans for Aqil. Haritu pegi tengok ada sale 50%. So minggu ni comfirm jadi 70% sale kan. Dah nak dekat nak raya lah katakan. Murah gak aku tengok aritu. Dalam RM60 je rasenye lepas sale. So sekarang mesti lagi murah. Aku suke! Pastu nak tambah baju2 duduk rumah. Kalau tak beli pun, kita window soping je lah ye.

Abah - Akan bawak family soping ari Sabtu ni. Dah mesej awal suruh amek cuti sebab nak bawak pegi beli baju raya. Anak beranak sume.

Kuih raya
Pun dah awal2 aku order. Tempat biasa. Kat CC tempat keje lame aku. Murah dan sedap! Esok jugak pergi amek. Sebab Sabtu ni balik Bentong nak bawak sekali bagi umah abah. Peruntukan kuih raya hanya untuk 2 rumah sahaja. Rumah mertua dan abah aku.

Duit raya
Ini pun awal2 dah booking. Order je kat CC. Order lebih duit tukar. Untuk agih2 kan pada adik beradik ipar yang nak tukar gak. Esok amek kuih sekali ngan duit tukar lah. Senang kan order je. Takyah beratur bagai. Malasss.

Kasut raya
Aku? Belum ada lagi. Or aku akan pakai je kasut yang ada ni. Tak kisah sangat pun. Aqil? Pasti lah kasut baru. Pilihan aku. Awal2 dah siap beli. Minggu pertama puasa aku dah beli kasut tu. Aku suka! Aqil pun suka kasut. Asyik mintak kasut je. Ayah aqil? Dia taknak. Katanya kasut yang ada masih elok dan sedap pakai. Aku je yang hover kannnn. Tapi anak tetap diutamakan.

Persiapan rumah
Memandangkan tahun ni kami tak beraya di rumah sendiri. Just beraya di rumah mertua je. Sebab kami sekarang bermastautin di sana kan. Jadi persiapan hanya tertumpu yang kat rumah mertua je lah. Tapi takdelah langsir ke apa ke. Sarung kusyen pun takde, sebab mertua pakai kerusi kayu jati tu je. Mana ada kusyen bagai. Just sediakan persiapan dapur lah. Untuk masak rendang ke lontong ke kuah kacang ke nasi impit ke air ke kuih raya ke. Tu jelah.

Cuma kami akan bagi washing machine raya lah kat mak. Hahahaha. Takde kene mengena ngan raya kan. Tapi tulah yang kami akan beli esok. Sebab mesin basuh mak dah mau tak mau je bekerja. Kitorang pun ari2 pakai, so incik suami decide nak beli baru je. Aku ok je, janji jangan mintak duit kat aku lah. Sebab aku takde duit yang banyak. hahaha.

Pssstttttttttttt. Esok nak MC lah. Boleh ke? Hahaha. Banyak benda nak setel esok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan