14 Ogos 2013

Superb

Bosan. Jam ni aku rasa lambat je berputar ke pukul 5. 

Semenjak keje kat tempat baru ni, aku rasa bosan sangat. Bukan sebab tempat ni. Tapi sebab takde keje. Tempat keje lama dulu kan keje aku tak penah putus. Sampai rasa macam nak putus nyawa dah asyik buat keje je. Tak penah takde keje kat sana. Bila masuk sini, langsung takde keje. Pehhh dia punya bosan toksah cakap lah.

Aku tak tau lah sebab aku baru ke sebab tu takde keje ke memang kat unit aku ni takde keje? Aku pun tak tau. Tapi aku rasa memang takde keje pun unit aku ni. Dah namanye unit IT. Keje apa yang ada. Time orang panggil repair PC or pasang PC baru or buat ID orang je lah ade keje. Time lain melanguk lah agaknye. Ohooiii seksa weii takde keje. Mati kutu!

Nak kate takde kawan, ade je. Geng2 lelaki semua. Geng PAP. Aku lebih suke kawan ngan lelaki compare ngan perempuan. Perempuan ni bila dah banyak sangat bercakap, jadi umpatan pulak. Pastu kuat sentap lah. Iri hati lah. Kalau ngan lelaki ni rilex je. Sempoi. Tapi batasan tetap dijaga lah. Jangan sampai melampau pulak kan.

Tengah ari tadi incik suami ajak makan sama. Kitorang pergi bertiga sekali ngan kawan dia. Kawan dia tu nak belanje katenye. Aku bab makan mane boleh kate tak. Hahaha. 



Gambar selepas je ade. Gambar sebelum tak sempat nak snap. Sebab lapar sangat dah. Memang lazat lah. Nak2 pulak orang belanje kan. Memang bertambah selera lah makan. Hahahaha. 

Memang not bad lah makanan dia. Korang boleh lah try kat Restoran D'limau Nipis, Bandar Baru Bangi. Ikan bakar, sotong bakar sume ada. Memang puas ati. Cuma harga dia agak mahal lah bagi aku. Tapi rasa sedapppppp. Nyumsss. Sampai sekarang tangan aku bau tempoyak tau. Sebab tadi makan sambal mentah tempoyak. Memang superbbbb.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan