06 Ogos 2013

Memalukan sungguh!

Lagi 2 hari dah nak raya. Yeay!

Excited. Gedik. Menyampahs. Bosan kerja.

Aku nak cerita insiden yang sangat memalukan. Siot betul. 

Hari Jumaat lepas aku MC. Lepas dah pegi klinik bagai. Panjang lah pulak langkah ni kan. Kebetulan memang nak pegi opis lama amek duit tukar duit raya ngan kuih raya.

Sebelum gi opis tu, singgah lah jap Sogo. Sebab memang dah plan nak beli jeans Levi's aqil. Awal lah aku sampai Sogo aritu. Belum kul 10 pagi aku dah sampai. Siap tak boleh masuk lagi. 

Begini ceritanya. Masuk2 je parking, terus dapat parking. Yelah awal lagi kan. Takyah rebut2 parking. Suka! Pastu keluar kereta dan berjalan laju menuju ke arah lif. Entah macam mana aku boleh tak perasan simen tu macam ada bertingkat sikit lah. Jalan punya jalan. Gedebuk! Aku jatuh ok! Siot betul. Memalukan! 

Bukan aku terpeleuk, tapi aku tak perasan simen tu menurun. Aku pun yakin lah berjalan laju dengan wedges. Yang aku perasan belakang aku ada lah sekumpulan perempuan tengah jalan nak gi lif jugak. Aku dah jatuh tu, cepat2 bangun tanpa pertolongan sape2, terus pegi depan lif. Pastu tak boleh naik lif lagi, sebab belum pukul 10. Dah kene tahan malu kat situ kan.

Aku berdiri depan sekali kat lif, tak paling2 muka ke belakang dah. Berdiri kat situ main je henpon. YaAllah memang memalukan sangat ok! Lutut aku pun sakit, sebab terhentak. Errrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Dah banyak kali sebenarnya insiden sebegini berlaku. Tapi selalu boleh cover dari orang lain, kali ni terang2 depan orang. Hahaha. 

Aku kalau jadi orang yang nampak aku jatuh tu pun, aku akan gelak berdekah2 tau. Padan muka kau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan