05 Ogos 2013

Selesai persiapan raya mak

Assalamualaikum. 

Selamat hari Isnin semua! Mesti ramai yang dah takde mood nak keje kan. Macam aku ni lah. Mood raya je rasenye sekarang. Tahun ni aku rasa bersemangat lah nak beraya. Macam2 persiapan dah aku buat. Terutama untuk si qiqil. Baju raya dia je tahun ni berlambak. Tiap2 hari keluar, comfirm beli baju dia sepasang dua. Last2 kumpul, tertelan ailio tengok. Dahsatttttt. Tak sedar.

Maklumlah dah nama pun pompuan kannnn. Barang I gak takde yang baru sangatt. Pakai je lah apa yang ada.

Sabtu aritu balik Bentong, anta kuih raya n baju2 raya yang aku beli tuk diorang. Pastu keluar soping lagi tuk diorang. Seronok budak2 tu aku tengok. Setahun sekali berbelanja lebih sikit tuk family sendiri ape salahnye kan. Bak kate suami aku, kite tolong orang, semakin murah rezeki kite nanti. Alhamdulillah.

Hari Ahad pulak aktiviti melunaskan janji kepada mak mertua pulak. Persiapan raya nye lain sikit. Hahaha. Kami tak sponsor langsir ke sofa baru ke. Tak! Tapi kami belikan mak washing machine baru je. Pastu ngan dapur gas n periuk nasi baru. Barang elektrik baru je. Senyum je makkk. 



Seronok dapat buat semua orang tersayang happy. Ini lah hadiah hari raya untuk mak.

Lepas tu petang kitorang keluar pergi Parkson Festival City. Saje je nak jalan2. Gatal kan. Padahal takde mende dah nak beli. Tengok2 last2 terbeli lagi. Baju aqil again. Sepasang lagi. Untung jadi aqil kata bapaknye. Perli aku ke ape ni. Muahahaha

Tapi betul lah. Nafsu soping aku teruk betul lah. Takpe2,setahun sekali je kan. 

Pastu petang gi berbuka ngan geng2 melawati kat Sukhumvit Kg. Baru. Makanan ok2 je lah. Janji kenyang. Alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan