20 Ogos 2013

Masih dalam dilema

Hari Ahad lepas berkesempatan pergi tengok rumah yang kitorang beli tu. Memang dari minggu lepas lagi owner tu suruh datang tengok. Tapi mana nak sempat kan. Itu pun, Ahad tu lari kejap gi tengok.

Ok lah dah dibaikpulih semula. Cuma ada lah part2 yang aku minta dia buat lagi. Selagi tak puas hati, selagi tu aku taknak sign strata tu. Aku sebagai pembeli mesti lah ada hak kan. Mana boleh tak puas hati, pastu selambe je sign strata tu. Memang tak lah.

Cuma rumah ni tak sebesar mana lah. Boleh lah untuk dijadikan tempat berlindung. Bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang2 nya dah ada aset paling utama dalam kehidupan seharian. Syukur alhamdulillah. Esok2 dah tua, kalau tak larat nak daki tangga tu, kita sewakan je lah kat orang kan.

Sekarang ni kitorang belum sign starata tu lagi. InsyaAllah kalau ada masa terluang nanti, kami akan pergi lah ke pejabat lawyer tuk sign. Pastu baru boleh submit loan kat BPP. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.

Proses nak tunggu loan BPP lulus pun memang akan makan masa lama gak. Berbulan-bulan mungkin. Jadi owner beri pilihan pada kami. Samada nak sewa dulu atau tunggu je sehingga semuanya selesai.

Kalau sewa pun, kitorang minta harga separuh je. Itu cadangan lawyer pada kami. So, kitorang masih dalam tempoh memikir-mikir lagi. Belum ada keputusan yang sahih. Memang nak, tapiii................ nanti lah pikir. Memang ok sangat lah kan. Takyah dah tumpang in-law.

Kena pikir gak tu barang2 nak diangkut bagai. Selagi loan tak lulus, peruntukan yang bakal BPH bagi bila keluar dari kuarters sbb beli rumah tu tak boleh dapat lah. Banyak gak $$$ yang akan diberi. Takyah guna duit sendiri kan tuk pindah randah. Kalau pindah sekarang kene guna duit sendiri dulu. Fuhh pikir pikir. Takkan nak duduk rumah tanpa barang. Gilossss.

Masih dalam dilema nak sewa ke tak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan