16 Ogos 2013

Perkembangan beli rumah

Ehh tajuk entry bukan main. Macam beli rumah 1st hand. Pun gaya macam beli rumah banglo. Padahal rumah alakadar je. Hahahaha.

Masih dalam proses.

Lamanye? Ye, lama sebab masalah hakmilik antara owner dan pemaju. Dalam title ape ke tah namenye tu tak setel lagi. Masa kitorang mula2 sign agreement + bayar 10% aritu, bukan main dia ngan lawyer kate dah takde apa2 dah. Senang lah lepas ni. Boleh terus submit loan. Hangguk dia. Bila laki aku pegi BPP, orang BPP check2, belum setel lagi. Rumah tu masih atas nama pemaju, walaupun dia dah habis bayar. Ape kejadahnya. Dah meleret panjang jadinya.

Pastu bulan puasa aritu, lawyer maklumkan yang pemaju dah keluarkan surat serah title. Means dah setel lah kan. Tapi si owner kene bayar 3% untuk urusan tu. Bantai nye dia kate takde duit mase tu sebab nak raye. Duit 10% yang kitorang bayar tu masih hold pada lawyer, selagi loan belum diluluskan. So dia takde duit lah. Itu masalah ko ye. Bukan kitorang.

Pastu konon2 deal lah nak jumpa sign dokumen bagai. Kitorang ni pepagi dah keluar rumah pergi pejabat lawyer, dia boleh tak datang. Bengang gak lah. pastu kitorang taknak sign dokumen2 tu. Aku cakap aku nak tengok keadaan rumah tu dulu. Samaada dah baiki atau belum. Masih ada orang duduk ke. Aku nak semua clear seperti dalam agreement. Jadi bile kitorang tak sign dokumen2 tu, maka si owner pun tak boleh lah dapat duit 10% tu. Kitorang mintak lawyer maklumkan pada owner kami nak tengok keadaan rumah dalam keadaan yang sangat puas ati, baru kitorang nak sign. Padan muke dia tak dapat duit tu. Geram aku. Buat lagi kitorang tertunggu2.

Beberapa hari lepas tu ejen pada owner tu call suruh kami datang tengok rumah. Kitorang tak pegi pun. Malas. Lagipun masa tu lagi beberapa hari nak raya, so kitorang tengah bizi, memang malas nak fikir lagi pasal rumah. Pastu sampai arini kami masih diam je. Aku rasa dah tawar hati dah cenggini. Jangan sampai aku batal kan dan amek balik duit 10% tu. 

Andai kata aku pegi tengok rumah masih tak memuaskan hati, aku nak cancel je. Letih lah tunggu lelame cenggini. Owner tu bila tau kite taknak sign dokumen2 tu baru lah terhegeh2 nak call suh tengok rumah. Kalau tak, buat dono je.

Kesimpulannya, proses beli rumah tu masih tertangguh lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan