30 Julai 2013

Berbuka Puasa Episod 3

Haii semua!

Ketemu kembali. Minggu depan dah nak raya kan. Kejap je. 

Semalam kitorang berbuka kat Intercontinental Hotel Kuala Lumpur. Sebaris dengan KLCC. Betul2 sebelah Citibank. Semalam last day lah berbuka kat luar. Penat lah. Harap incik suami dah takde booking kat mane2 lah.

Semalam best menu2 berbuka kat sana. Ehh tapi kisah berbuka hari Ahad kat Tropicana tu aku tak cerita lagi kan. Takyah lah. Sebab tak best pun. Kita skip je lah yang tu. Aku cerita tempat2 makan yang bagi aku best je.

Intercontinental ni salah satu lah. Sedap!


Mula2 masuk je, terus nampak ni dulu. Makanan semua menggiurkan. Tapi walau kat mane kita pegi pun, kalau dah tekak kampung, kampung gak lah kan. Tak boleh nak ubah2 dah pun. 

Pisang goreng dia sangat menepati citarasa aku. Tengokkkk. Aku dah kata kalau tekak kampung, kampung gakkkk. Banyak2 bende lain, pisang goreng ngan kopok lekor paling banyak aku makan semalam. Dah kalau orang kampung, kampung je lah. Jangan gedik2 nak berlagak macam orang bandar. Hahaha.



Ni sebahagian je. 1st trip. Banyak lagi trip2 lepas tu. Nak amek gambar lebih2 malu. Orang tengok. Hehehe. Dan sebelum balik memang wajib lah. Sekeping dua. Tapi tak boleh upload pulakk. Takyah lah kan.

Sekarang dah dekat pukul 5. Tunggu waktu nak balik je. Harini berbuka kat rumah je. Takde dah buka puasa di luar ye. Letih  kain baju sebakul penuh dah menanti tu tuk diputar. Fenatttt. Tapi tanggungjawab perlu dilunaskan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan